. BitterSweetLurveLife: November 2013

Who's Me??

My photo
I wrote my thoughts here and share to all of you the pain and joy of bitter-sweet life. Life is sweet,Lurve is Bitter.

Saturday, November 23, 2013

Tahu Vs Tak Tahu??

Mata masih tak nak pejam. Otak ni masih ligat berfikir dan sangat perlukan jawapan. Kadang-kala aku bagai mencipta halusinasi sendiri dalam ruang yang sepi dan menganggap sedang berkomunikasi dgn si lelaki. 

Ya..harus komunikasi agar semuanya lebih jelas nanti. Mata ke mata..hati ke hati. Biar jelas segala yang tersembunyi tentang persoalan hati dan kedudukan sebenar diri ini. 

Hampir beberapa tahun menjaga hati, mengikat diri, akhirnya dikejutkan dengan kontroversi..yang selama ini hanya hadir dalam mimpi. Namun yang sebenarnya ia bukan sekadar mimpi. Akan tetapi..petunjuk dari Ilahi dan sedikit gerak hati.

Kamu..kenapa dan mengapa harus begini? Aku ingin sekali mendalami..apa sebenarnya yang kamu cari? 

Jika masa dapat diputar kembali..ada baiknya diriku tak perlu ketahui tentang semua ini. Namun, Allah swt lebih mengetahui..dan ingin menguji sekali lagi. Apakah keputusannya kali ini? 

Bukan tak sayang..bukan juga membenci..tapi diri ini telah dikhianati..oleh seseorang yang dipercayai, maka perasaan ini bergelodak kembali..dan perlukan rasional serta ruang sendiri untuk mengubati hati. 

Andai diriku tak tahu, maka sepanjang hidup bersama kamu, adalah tragedi ngeri dalam hidup seorang permaisuri. Namun, aku yakin ada sebab mengapa semua ini terjadi. Kerana itulah kita harus komunikasi..bila tiba saatnya nanti.

Curhat ini bukan untuk membuka pekung sendiri tapi kerana ingin berkongsi rasa di hati yang masih berbelah-bagi..walau sedar diri ini sentiasa dilukai. Tak semua mampu terima bila hati dilukai..namun aku bukanlah sekejam entiti misteri. Aku sanggup hadir disisi..untuk lebih mengerti..agar aku bisa memahami dan melangkah dengan senang hati..kemudian hari..atau bila-bila saja aku harus melangkah pergi.

Jadi AKU harus kuat dan tabah hati!
Untuk terus BERDIRI SENDIRI..
Kerana MATI nanti..
Kita memang SENDIRI!


Friday, November 22, 2013

Tentang Rasa.

Bukan lagu..bukan puisi. 
Tetapi sesuatu yang sedang perit dirasai. Dalam seribu mungkin hanya satu..
Mungkin jua dua..bahkan tiga yang pernah merasai..peritnya rasa hati yang dihiris 
Lalu mati!
Mati kerana hati sudah tiada fungsi. 

Hati ini mati kerana dikhianati..
Hati ini jadi sepi kerana dia bukan dirinya lagi
Yang telah pun khianat pada hati ini
Yang mengharap dengan janji-janji
Sanggup menanti walaupun disakiti
Namun..hati ini pasti akan pergi
Bila rasa sudah tiada lagi!

Pasti pergi..
Pasti lari..
Mencari penawar merawat hati yang mati
Agar suatu hari hati ini bisa bernafas lagi
Seperti takkan ada hari-hari sepi dan sunyi
Datang muncul kembali..

Tenanglah duhai hati
Yang sakit dikhianati
Sembuhlah duhai hati
Agar kau bisa berdenyut ceria lagi..
Dan kembali berfungsi..menyintai!







Thursday, November 21, 2013

Tawar Hati...

Lama tak jenguk blog ni. Rasa rindu sangat nak meluahkan perasaan di sini. Sebelum ni..agak busy dengan urusan kerja..jadi masa yg ada agak terhad nak jenguk blog ni. Balik keje je..penat. Kemudian..terus padam. Tiap hari rutin yg sama..kalau org yg tak biasa dgn keadaan ni..mmg boooringgg.
Skrg musim cuti sekolah..so..adalah sedikit masa untuk berehat dan buat kerja dgn tenang. Tapi..nak kata tenang sangat tu..mmg tak la. Ada bnyk perkara yg terjadi..yg perlu aku selesaikan..demi kebaikan bersama. Masalah peribadi tak berapa elok nak dikongsi bersama. Aku hanya mampu berdoa agar segalanya dipermudahkan nanti.. 

Current Running Numbers

CooL FoLLoWeR