. BitterSweetLurveLife: my work

Who's Me??

My photo
I wrote my thoughts here and share to all of you the pain and joy of bitter-sweet life. Life is sweet,Lurve is Bitter.
Showing posts with label my work. Show all posts
Showing posts with label my work. Show all posts

Wednesday, September 18, 2013

Minggu Busy Datang Lagi.. Beginilah Rutinnya!


Baru je semangat nak update blog, tak lama lepas tu..lambakan kerja pun kembali menunggu. Agak stress juga kalau terlampau banyak sangat kerja ni. Bukannya apa, kadang-kadang tak tahu nak mula dari mana dulu. Tambahan pula, kalau serba-serbi nya 'rushing'. 

Baru-baru ni, aku agak sibuk dengan persiapan ujian percubaan PMR2. Kena gubal soalan, sediakan skema jawapan, pastikan kertas ujian dicetak secukupnya, kena staplerkan kertas soalan sebanyak 200 set (Paper 1) dan 200 set (Paper 2), catatkan siapakah gerangan pengedar dan penyemak kertas soalan pada hari kejadian dan agihkan set soalan pada hari kejadian. Selesai tugas sebagai penggubal kertas soalan.

Next day, kena rush semak kertas jawapan pulak, Objektif paper (MCQ) sekejap je nak semak, sebab murid gunakan kertas OMR..tapi bila sampai masa nak semak kertas subjektif iaitu esei... kepala dah start weng..wenggg..henggg!! Adoii!! Aku sebenarnya agak kurang gemar nak semak esei...sebab prosesnya makan masa yang agak lama coz aku tak boleh nak semak essay paper direct sampai licin.. Neverrr!

Biasanya, essay paper..aku hanya boleh go sampai 3-4 set sahaja. Then, harussss...3R (Refresh, Relax, Rest). Reasonnya...nak kurangkan sakit kepala dan rasa nak koyak kertas jawapan! Semak esei ni sometimes boleh mengundang rasa geram tau! Kalau uols ada family member yg jadi warga pendidik yang mengajar sekolah menengah, maka pastinya uols arif dengan situasi ini. Budak-budak sekarang, bukan macam budak zaman 80an, 90an dulu.. Jauh sangat bezanya! Nak kata pandai sangat..tak jugak. Nak kata.. kurang pandai..pun tak semestinya. Average..kot!

After habis semak semua paper, kena kira markah pulak. Then, bagi markah pada guru kelas untuk di key-in kan dalam sistem analisis peperiksaan untuk sekolah dan juga sistem online. Untuk pengetahuan uols, selain mengajar..aku juga seorang guru kelas. Sekarang ni..semua benda dah kena online..markah murid online..kehadiran murid online..kehadiran staff online..dan macam-macam lagilah yang akan di'online'kan nanti.. Tapi, sebenarnya masalah jugak online ni..especially bila masa line internet bermasalah, maka satu kerja online pun takkan dapat nak buat. Itulah...transformasi pendidikan. Lain dulu, lain sekarang. Dulu, guru lebih rapat dengan pelajar... Sekarang, guru dirapatkan dengan kerja-kerja pengkeranian. Opss...terlebih sudah! Terrrmerapu la pulak.. Maafkan saya. 

Selesai proses key-in markah, kena siapkan pulak buku rekod kemajuan murid dan dihantar kepada pengetua untuk ditandatangan. Hmmm...macam tulah lebih-kurang rutin bila tiba je minggu peperiksaan. Tahun ni, adalah tahun terakhir peperiksaan PMR (Penilaian Menengah Rendah) diadakan.. Tahun depan akan dinilai berdasarkan PBS (Penilian Berasaskan Sekolah) pula. Yang ini pun...agak memeningkan kepala jugak. Tapi..apa boleh buat, kami warga pendidik hanyalah pelaksana dasar yang melaksanakan dasar yang digubal oleh penggubal dasar. Maka...redha dan laksanakan dengan sebaiknya. 

Agak panjang lebar juga coretan kali ini ye... Hahaha!! Apapun, ini sekadar tulisan di saat diri terasa agak tertekan dengan bebanan kerja. Semua orang yang bekerja merasai tekanan...cuma tahapnya berbeza. Ini serba-sedikit gambaran tugas aku sebagai seorang pendidik...kalau nak cerita secara details..sampai bila-bila pun tak habis. Ok..baiii!!


~ Till I blog soon, thanks for reading..~


Friday, February 24, 2012

Sakit Pinggang!


Aduiiiiii.... Hari ni lepas habis je kelas, teruss duduk dpn lappy dan busy buat keje key-in data murid ke Pangkalan Data Murid KPM.. Ada 34 org yg aku kena key-in and then update dari masa ke semasa nanti.. Sekarang semuanya dah online.. Makin bertambah beban kerja warga pendidik... Gaji besar pun tak guna kalau beban kerja melambak dan menjejaskan kualiti hidup weols... Currently, most of my colleagues are under pressure coz banyak documentation yg kena buat.. Suddenly, terfikir nak tukar profesion pulak... 

Bisik2:
bila dah stress..pressure..keje dgn org yg dictator..langsung tak enjoy! 

Wednesday, February 15, 2012

Bila kerja dalam mood stress...hari2 dok menghitung hari utk bercuti!

"Arrrrghhhhhhhhhhh!!!"
Hello there! Agak lama dah tak berupdate blog aku ni kan?? Bukan kerana aku nak berhenti berblogging or yg sewaktu dgnnya..tapi sejak kembali bekerja di tahun baru ni, hari2 aku mmg sgt busyy.. Actually aku ada banyak storiesssss yg nak share dgn uols tapi dek kerana kekangan masa utk aku beronline..dan menaip entry auto publish..so blog ni agak terbengkalai buat seketika.. Masa yg ada pun aku curi2 utk update dan blogwalking ke blog uols!

Di tahun baru ni, environment kerja pun dah bertukar. Aku rasa skrg ni weols berada dalam kawalan sang pemerintah yg menggunakan sepenuhnya kuasa diktatornya utk push weols buat kerja... Yg penting skrg, adalah kerja...no other business selain drp kerjaa!! Ohhhh stresssnyaaa.. Everything must go according to what she says! Pada yg berfikiran positif, yess..apa yg dia buat tu mmg ada reasonnya..tapi sometimes it too much! 

Aku hari2 pening bila balik rumah.. kalau dulu tak perlu nak bawak balik byk sgt kerja ke rumah..now aku rasa macam nak beli trolley bag utk angkut kerja2 dan buat di rumah.. kalau ditinggalkan confirm akan makin bertambah. Adoiyaiiii.... Penatlah! Tak sabar nak tunggu cuti!

Currently, kena taip dan siapkan kertas soalan peperiksaan utk students pulak.. What to do kann.. It's my responsibility.. Okay then, till we meet again dear fellas... Have a nice day!

Bisik2:
i am getting dizzy....i need rest!

Monday, January 30, 2012

Haiii..haiiiii.. Bye..Byee

Kemain lagi tajuk entry.."hai..haii.. Bye..bye".. Well, nak buat macam mana..coz entry ni just entry sepantas kilat jer. Story tu banyakkkkkkk..tapiii masalahnyaa..kebiziannnn sajaaaa.. Nak buat macam mana kalau dah kerjaa kan. So, terpaksa la ignorekan sekejap blog ni coz kerjaaaa harusss diutamakan terlebih dahulu.. Awal2 tahun ni banyak btol kerja2 documentation yg kena siapkan. Hari ni adalah hari pertama kembali bekerja setelah bercuti "gong xi gong xi" selama seminggu.. Bila dah bercuti tu..aku apa lagi..cutilahhh, kerja2 tu tolak tepi kejap coz kepala ni dah rasa berat sangat dgn beban2 tugas yg tersangatlah variety. "Dah namanya kerja..."


Bisik2:
cuti tak berblogging coz ada problem dgn berukband..=(

Saturday, January 21, 2012

Good Morningggg....

Assalamualaikum and a very good morning to all.. Happy Saturday and Happy CNY holiday.. yeayy..aku cuti seminggu dan cuti ni akn dimanfaatkan sepenuhnya dgn menyiapkn...RPT,RPH,TOV/ETR (Headcount) dan mcm2 lagi.. Adoiyai!!

Tuesday, January 17, 2012

Kerja2 Pengkeranian........

Masih busyyyyy!!... Sekarang sangattttt sibukkkk dgn kerja2 pengkeranian... Lepas penat mengajar kena bertungkus-lumus settlekan kerja2 "pengkeranian"  pulakkkk.. Adoiiii... Sabarrrr jelah! Lama tak melawat dan baca blog2 uols. Kdgkala curi masa kejap nak baca blog tanpa meninggalkan komen. Masa masih mencemburui dan banyak kerja2 pengkeranian yg masih memburu aku.. Once dah settle, i'll be back on track again! 

Bisik2:
penattttt dan mengantuk..byk benda nak story tapi blom ada waktu nak update..dan buat auto-publish!

Monday, November 14, 2011

Selesai Sudah....APC!

" Sijil dan Plak Penerima Anugerah..kena susun dgn kemas dan rapi serta ikut turutan"
Sebelum ni, kalau tak silap minggu lepas aku dok kecoh ttg majlis APC kat sekolah dan apa yg aku dan AJK dok buat kat SINI. Sejak hari tu, masa utk blogging dan blogwalking pun sedikit terjejas coz kesibukan yg amat sangat. Biasalah....hujung tahun katakan...memang banyak aktiviti dan perkara yg harus dibuat. Dan, of course semua tu takkan berhenti setakat tu je...akan ada kesinambungan pulak. Biasalah... profesion guru zaman sekarang.

"View dr atas stage, tmpt aku dan AJK Sijil & Hadiah bertugas pd hari kejadian"
Hari kejadian, (8 November 2011)...aku dan AJK yg lain, bertugas diatas stage.. Yelah, kena susun sijil dan hadiah penerima anugerah mengikut urutan sepertimana yg telah dibuat pada rehearsal sebelum itu. Everything have to link dgn pengacara majlis, so that flow majlis pun tak kucar-kacir. Syukurlah, sepanjang majlis semuanya berjalan dgn lancar. Good job, everyone..

"Sebelum majlis, snap dulu sijil2 ni...masa ni tgh tunggu VIP dtg.."
Lega rasanya...aktiviti tahunan dah pun selesai dgn jayanya. Tahun ni, aku AJK Sijil & Hadiah sbg ahli sahaja. Tahun depan...giliran Jabatan aku (Jabatan Bahasa) pulak yg handle majlis ni...? Arghhh...apa agaknya tugasan aku sbg Ketua AJK nanti? .. Adakah msh tetap & berpencen di bidang ini jugak? Hmm..susah nak diramal coz aku antara yg pakar dlm ICT..so sometimes khidmat aku lebih diperlukan di bahagian itu.. (yerrrr......puji diri sendiri nampakkk..)

"Hamper pun ada... Backdrop pun interframe sama ..."
So...that's the story of APC day...minggu yg menjadikan aku mati akal utk buat entry coz busy to death! Wahh...busy to death koooo....hahaha. So, lepas ni boleh la siapkan pulak keje2 yg lain dgn aman dan hati yg tenang.

Bisik2:
still busy gak now..tapi masa utk blogging & blogwalking ttp JALAN!

Thursday, November 03, 2011

Spontan Jer...Menjelangnya APC.

"Bukan gambar sebenar, cedok dr Google je"
Busyyy!!!.... Aku dan beberapa org Ahlijawatankuasa Sijil dan Hadiah..sedang bertungkus lumus menyusun atur strategi utk memastikan tidak akan berlaku sebarang kesilapan pada 'hari kejadian ' iaitu 8 November 2011. Weols sedaya upaya buat yg terbaik coz big boss sgt2 cerewet dan nakkan yg perfect! (eventhou, it hard for us to be perfect at all times) Weols dah pun siap dgn menggulung sijil2 penerima hadiah, dan meletakkannya ke dalam kotak dgn serial number khas bagi memudahkan weols mengagihkan sijil2 tersebut nanti... Spontan je ni, ayat pun rasa cam tunggang langgang je.. Sorryyyy....coz belum punya waktu utk update dgn lebih efisien. 

Bisik2:
keje lain pun masih melambak..hadoiii!

Monday, October 24, 2011

Nak Cari DVD Korea Movie!!

" Ojakgyo Family"
~KLIK FOR INFO~
Monday greets uols! Fuyohhhh...arini quite busy..eventhou silibus matapelajaran dah habis..exam pun dah habis tp still have lots of work to do.. Arini kena check serial number textbook my class pulak coz dorg kena pulangkan textbook yg dorg pinjam awal thn yg lepas. Since cuti akhir tahun pun dah semakin hampir so banyak le tugasan yg menanti.. comingg soon, pulak...ialah "Hari Anugerah Pencapaian Cemerlang" utk pelajar2.. Now, busy dgn proses key in markah online dan offline.. and also kena buat analisis.. Fuyohhhh....peningggg. Rasa nak pengsan..tgok nombor2 di skrin laptop ni. I need some fresh air for a while!

Semalam tgok tv kat bilik member pas dinner. Dia tgh syok layan Korea movie..aku pun dok tumpang sekaki gak nengok. Sekali nengok...rasa movie ni kelakar la..so cepat2 tanya my housemate title movie tu. Nanti nk p cari kat kedai..bleh layan selalu.. Uols yg minat korean tu...dah tgok tak??...

Bisik2:
lama sehhh dah tak tgok movie..kesiannnn kan??

Friday, October 14, 2011

Minggu Exam....Marking Paper....Key In Marks...coming soon!

" Seee....I told you! Tapi memudahkan jugak coz directly terus bagi 0/5" -Google

Arini....final term exam dah pun bermula.. So..tak lama lagi rutin kerja akan agak busy sedikit berbanding hari biasa. Banyak exam paper yg akan ditanda..exam paper objektif...A,B,C,D....dan yg paling mencabar ialah subjective paper..which is essay. Hadoiiii....tang part ni yg slallu buat aku migrain weh! Plus...subjek aku pulak adalah subjek yg 'killer'...English. Adoiyaiiii...tak nak sebut pasal marking exam...dah mula pening dah. Alergik kot! Apepun, wish my students can do better this time..

Bisik2:
sape kata jd cikgu ni SENANG?? Meh aku nak...bagi dia dok SEHARI kat sekolah dan rasa apa aku rasa.

Monday, September 12, 2011

Yeaahhhh...BERTUKAR!~cikgu-cikgi jom kita isi eGtukar..


Masa yg ditunggu2 dah pun tiba.. Kpd cikgu-cikgi bloggers sekalian, if uols berhasrat nak pindah pada tahun depan...cepat2 la uols isi eGtukar ni ye. Permohonan utk berpindah/bertukar telah pun di buka awal September yg lepas. So..apa tunggu lagi? Meh…mehh kita isi together-gether. Fyi, this is first time ever in my life mintak pindah tau..setelah hampir 5 tahun bertugas di daerah ini..(kat mana?..biarlah rahsia..tiba masa nnt baru habaq kat uols na?) Ni bukan saja2 nak try tau..kalau dpt pindah tu..alhamdulillah. Syukur..kerana aku akan memulakan hidup baru dan menimba pengalaman baru di tempat lain pulak. Bak kata pepatah..”lain padang, lain belalang”. Bukannya tak seronok bekerja di sini..tetapi, aku taknak komitmen terhadap tugas terjejas kerana kurang motivasi. Sometimes kita perlukan pembaharuan utk terus bermotivasikan?


Haaaa…ni aku punya permohonan. Maaf ye..aku tak bagi uols tgok my real name coz aku lebih senang uols kenal aku dgn nama pena aku skrg.. Ceaaa…(^_^)hiksshikss. Kl nak tau aku apply kat mana..uols click the pic to enlarge..


Tadaaaa…dah pun diproses. So, lega coz dah settle dgn transfer application. Juz have to wait for the result je.. The result will be announce by the end of this year, probably in November or December.

Bisik2:
Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 September 2011. So, kpd cikgu-cikgi yg blom apply tu..cepat2 apply.

Sunday, September 11, 2011

2 set buku program dalam masa 3 hari!!

"buku program ni takde kaitan pun dgn event yg aku maksudkan.."
 - Google
 Asyik...asyik..aku. Asyik..asyikk..aku. Adoiyaii.. Why lahh? Bukan nak mengeluh or bersungut dgn keje / amanah yg telah diberikan pada aku tapi aku kekadang terkilan dan agak nak mengamuk juga (coz ramai lg those yg ada bakat)..tapi tak jadi gak, bila seringkali di beri kepercayaan utk membuat buku program utk event2 tertentu yg akan diadakan di sekolah. Baru2 ni...sekali lagi, aku telah diberi kepercayaan utk mendesign buku program utk acara perayaan 1 M'sia yg akan diadakan pada malam 15 Sept nanti. Ini adalah aktiviti sekolah, so aku tak heran sgtlah coz dah tau ttg tentatif dan juga AJK yg terlibat. Mmg akan buat yg terbaek punya. Tapi..ada satu set lg, buku program yg melibatkan aktiviti yg dianjurkan oleh masyarakat di daerah ni....aku jugak yg kena buat. Yg menjadi masalahnya, AJK yg terlibat...masih belum memberikan apa2 maklumat ttg tentatif program pada hari tersebut yg mana khabarnya jemputan utk acara tersebut bukan calang2 org.. Ketua Menteri Sarawak..Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.. Adoiyaiiii...event nak buat grand2 tapi maklumat langsung tak dpt. Ingat aku ni keje buat buku program je ke? Keje2 lain melambakkkk tak siapp. Geram dgn spesies manusia yg camni..lain kali bagilah maklumat seawal yg boleh, so that..keje yg mudah bleh disiapkan dalam masa yg sepatutnya. Haisshhhhh!!

Bisik2:
tgh cari idea nak design buku program la ni..hadoiiiii!! 16 Sept..cuti!! Yeayy..

Thursday, August 25, 2011

STRESSFUL!


No words can describe how much stressful I am right now.... No mood to think for raya! I just want to have a peaceful holiday....

Bisik2:
sorry guys...juz a short entry!

Thursday, August 18, 2011

Stress....Lazy....Moody...




Bisik2:
tak sabar nak cuti....nak rehatkan minda dan jiwa! Arghhh...

Friday, August 05, 2011

SAPS : Buat Aku dan guru2 seM'sia peninggg!!

.....Aku sangattt penatt...
Hadoiiiii!! Pening-sepeningnyaa. Proses key in markah ONLINE ni sgtlah mencabar kesabaran aku especially di bulan posa ni. Sesangat la problem nak loading page! Bila dah key in...kena pulak tunggu markah yg di key in tu berjaya di key in kan.. Pastu kena klik pulak nama student yg seterusnya dan tunggu kotak markah keluar! Kalau tak keluar..kena klik sekali lagi nama student tu. Server pun pening wehh! Ragam bila semua guru se'Msia berlumba2 nak login ke website utk key in markah pelajar masing2.

Bisik2:
penattt..asal habis exam je..penatt berganda2..tambah pulak wujudnya SAPS yg baru je diperkenalkan ni..hadoiii, bertambah la proses key in markah. 
~Berkhidmat Utk Negara~

Thursday, July 28, 2011

Busy marking exam paper...Less Blogwalking & Updates! =(

Assalamualaikum Uols! How's everyone today? Hope uols doing great ya!
Ohhh..pening..peninggg. Sakit kepala dtg menyerang. Berdenyut2 rasanya. Tekak pula seakan terasa loya nak muntah. Opss..ahh,ahh..bukan MORNING SICKNESS kehh!

* Nak REHAT japp wehh..*

Friday, July 15, 2011

Happy Friday!

It's Friday uols! Yeayy...seronoknya. Esok off-day..tapi still have to buat keje gak wehhh... Nak semak buku students, prepare lesson utk hari seterus2nya.. Nak taip handouts lagi..kalau rajin le. If not..later on, chalk and talk je la wehh! Well..itulah rutin harian dan mingguan aku. Ohh..penatnya berfikir! No wander lately cepat sgt mentally and physically tired..

Bisik2:
....ari Jumaat..balik awal...

Thursday, July 14, 2011

Tahun Ke-4.... Aku lagii?? Tetap dan berpencenlahh jwbnya!

Slide movie yg aku buat utk majlis perasmian Minggu Bahasa..
Hi Uols! How's your day? Hopefully..it's great! Recently...quite busy with lot of activities in school. Macam2 kena buat..kena handle..kena update bagaii.. And, seriously..i was mentally tired, physically exhausted. Then, feel demotivated. Banyaknya dugaan dan cabaran once you become a teacher. Working hours pulak..bukan macam uols yg keje office hour..it's 24/7. Those yg single, tak kisah la..if terbeban dgn task yg pelbagai. Those yg ada family?? Wahhh...mana nak urus anak2..suami..hal2 rumahtangga yg lain? Well..itulah komitmen. Komitmen pd kerjaya..dan komitmen pd keluarga. Kena bijak mengurus masa dan simpan dan kerah tenaga. Nak story sikit ni....

Monday, June 20, 2011

It's a sleepy Monday...

Hi Uols!

Semangat nak pegi keje arini agak kurang. Since last Friday, rase tak sihat..badan cam sakit2 semacam je..nak demam, tapi demamnya tak menjadi-jadi. Again...diserang ulser pulak. Gerammmm ahh, tak reti2 nak habis kena attack dgn ulser. Kali ni..kat bahagian yg paling dalam, dekat pipi kanan..tapi sebelah dalam ek . Camna nak letak oral aid camni?  Nak tak nak...kena tahan jugak! Lupa pulak nak beli antiseptic kumur. Mata pulak ngantok yg teramat..even tido semalam agak awal..keje pulak..melambakk. Hadoiii...what a great combination.
Bisik2:
my table is messy rite now..hate it

Monday, June 13, 2011

It’s Monday…Back to school lorh!


Assalamualaikum my readers!

Yahh..setelah hampir dua minggu bercuti, kini aku kembali bertugas! Biasanya..lepas cuti ni mesti ada blues sikit..pasti punyalah! Kalau la masa ni boleh di‘pause’kan..alangkah bahagianya… Tapi..mana mungkin terjadi begitu. Apa yg berlalu telah berlalu dan takkan berulang kembali. Berdirilah di dunia nyata ek.

So..lepas ni rutin hidup akan kembali seperti biasa. No more chillax..no more ‘goyang kaki’. No more rehat dgn fikiran yg tenang. Hadapilah hari2 mendatang dgn sabar.
Chaiiyokkk! Jom kita buat keje…(^_^)

Bisik2:
Masih terkenangkan suasana yg sgt tenang dan bahagia disamping keluarga tersayang. Sayunya hati bila terpaksa berjauhan dgn keluarga. Bertuahnya uols yg balik keje..bleh makan nasik dirumah, bergurau senda dgn family..(T_T)

Current Running Numbers

CooL FoLLoWeR