. BitterSweetLurveLife: April 2012

Who's Me??

My photo
I wrote my thoughts here and share to all of you the pain and joy of bitter-sweet life. Life is sweet,Lurve is Bitter.

Monday, April 16, 2012

Sunny Monday! (Opis aku bekum..weh)


Assalamualaikum Uols... Selamat kembali bekerja walaupun ada diantara kita ni sedang menghadapi 'Moody Monday blues'. Biasalah tu kan..permulaan hari bekerja mmg sentiasa moody. Kalau boleh sambong cuti tu, nak je cuti sepanjang tahun kan? Tapi..it's impossible! Kalau tak kerja..mana nak dapat gaji..takde gaji..alamatnya..takde benda pun yg kita bleh dapatkan? So..sometimes eventhou kita rasa malassss yg teramat kita kena gagahkan diri dan motivasikan diri sendiri utk move on...especially kalau kita ni byk tanggungan. Sapa yg nak tanggung..'tanggungan' kita if kita asyik nak bermalas-malasan kan? Lu fikirlah sendiri...

Cuaca hari ni agak panasss, dan situasi ini menjadikan aku jadi tak selesa nak buat kerja. Memang malang skit bagi kami yg berada ditingkat atas ni coz ada sedikit masalah dgn pendingin hawa.. Huhuhu. Hari ni kelas tambahan pun dah bermula so..kenalah balik lewat sikit. Apa leh buat...kerna aku ni 'saya yg menurut perintah'. Panas pun tahan jelah! Panas-panas ni...cepat jugak hati aku membara kalau budak-budak mula buat perangai.  Sabar jelah! Ok uols....selamat bekerja..dan cool sentiasa..okeyyyy..(^_^)

Bisik2:
dah rasa melekit dan bau semacam je ni..huhu.tak suka!


Melankolik Cinta



Bisik2:
hahaha..amekaww
post kejiwangan ...berani mati! 
*kauu ada..?*

Saturday, April 14, 2012

Layann.... Steady Saturday!



Bisik2:
be good!

Friday, April 13, 2012

Dreamhouse Bedroom

"Hollywood bedroom concept"
Kelassssssss punya bedroom! Kalau le dapat sebuah bilik yg macam ni, aku rasa aku tak keluar pg mana2 kot weekend. Screen tv gedabak punya besar..ala2 cinema gituu. Jimat duit..tak perlu pergi tengok wayang. Satu bilik aku conquer sorang2.. Dah puas tgok movie, bersantai pulak kat koridor luar tu menikmati pemandangan, yg pasti pemandangan waktu malam mmg cantikk! Tetttttt... Stop dreaming! Back to reality...

Bisik2:
bersyukurlah dgn apa yg ada..


Lama tak buat kerja ni!

"Asam Boi"
Salam Jumaat uols.. Yeayy! Jumaat adalah hari yang sentiasa ditunggu2.. Al-maklum la selepas penat mengerah tenaga selama beberapa hari dan berdepan dgn pelbagai kerenah-rencah manusia, so it's time to hang out and chill for a moment. Well..that's life! Move on and keep on moving.... Ketika entry ni ditaip aku masih lagi di ofis, menunggu hujan reda sikit coz later on nak balik ke rumah dan 'mengandor'. It means, nak rehat2 dan bersantai2 le uolssss.. Kalaulah masa 'ngandor' tu ada asam boi, perghhhh mmg heaven sgt2. Dah lama tak 'menyamboi'..so weekend ni kalau pg shopping nak pg beli stock asam boi..dried plums and benda yg masam2 tu utk bekalan dan bleh la dinikmati bersama colleagues yg lain.. (*kecur pulak air liur ni*).

Last few days, some of my colleagues asyik tanya stock asam boi..or asam2 ni.. So, aku pun jadi teringin la pulak nak prepare sumthing utk dikunyah2 mase tgh buat kerja and at the same time boleh la menghilangkan sedikit rase mual kerna nak muntah tgok kerja2 yg semakin melambak diatas meja aku ni.. Aduyaiiii... Paling best bila menyamboi..kalau ada limau nipis skali! Macam kat pic bawah tu!!!! 


"Pinjam jap pic nye ye..."
Bisik2:
kecur liur akuuuu... better STOP!

Thursday, April 12, 2012

Cisss!!


Apakah itu?.. Hmmm..maksudnya terpulanglah pada uolsss. Apapun, dunia ni mmg ada species 'binatang keparat'! Mulut bukan main berkata manis, tapi perangaiiii... Nauzu'billahh. 

Bisik2:
"jantan keparat...hanya utk betina keparat" 
(maaf..post emo skit)

I hate Thursday!



"Rarrrrrghhhhh"... Thursday is a very tiring day for me! And, I hate Thursday. Arini ada 6 masa.. paling tak suka bila ada kelas berderet 3 masa.. Sakit hati dan sakit tekak weh! Setiap Khamis, confirm akan pg ke kantin dua tiga round utk minum coz tekak kering, mana taknya...asyik bercakap, marah, bagi nasihat, membebel kat budak2. Budak2 pulak, ntah dengar ntah tak. Kekadang rase macam syok sendiri pulak...blaaa..blaaaa..blaaa kat depan. Aduyaiii... Ok, nak pg masok kelas pulak! Ahh, penatttt.. Tekak ni asyik kering je..

Bisik2:
arini asyik marahhhh je..macam2 hal dan pe'el la bebudak nih!

Monday, April 09, 2012

Mengejar MASA yg memenatkan....


Hellooo peeps! Just an express update.. Hope everything doin' great for all of you.. Jarang dah nak update blog ni kerana kekangan masa. Actually, byk masa sebenarnya tapi masa tu lebih ke arah 'core business'. Last year, sementara tunggu nak masok kelas, at least sempat gak jengah2 blogwalking ke blog uols yg menjadi kegemaranku.. But now, semuanya limited. Kekadang, rase penat sgt bila asyik focus pd 'core business'.. Things are getting tougher now. Tak lama lagi kelas tambahan dah nak bermula so terpaksalah divide time wisely.. Habis je settle dgn core business..balik rumah, sampai rumah mmg dah tak larat dah nak mengadap lappy or books or study for next lesson.. Aduyaiiii..aku rasa makin hari makin penat je..penat bekerja! 

Bisik2:
menghitung hari nak cuti!

Saturday, April 07, 2012

Suka style ni..juz nice!


Simple je kan...tak perlu nak lilit sampai uols rase nak tercekik.. Erm, aku suka style yg camni..tak terlampau heavy and messy. Juz nice..tapi so far tak pernah lagi aku try sendiri.. Hehe... I might try it soon...

Bisik2:
learn new things from tutorial

Aku rinduuuu......



Helloooo...lama tak mengupdatekan?.. Tahun ni mmg susah le aku nak bahagikan masa utk meneruskan aktiviti berblogging dgn tegar. Nampaknya..azam nak jd blogger tegar ni takkan dpt dilaksanakan dgn jayanya...dek kerana tuntutan core business! Sekarang ni..aku mmg tekun sekali menguruskan hal-hal yg berkaitan dgn kerjaya. Kalau tak buat nanti...silap2 hujung tahun markah LNPT pun kena potong uolssss... Sentapp hati mak nokss..kalau markah kena potong, alamatnya payah le nak naik pangkat. Apapun, itu bukan tujuan utama. Yang penting, kita menghalalkan gaji yg kita dpt everymonth tu dgn melaksanakn kerja yg sepatutnya kita galas. 

Rinduuuuuu yg amat utk berblogging. Bila dah lama tak update ni, gaya bahasa pun jadi tunggang langgang pulak. Aku harap uols bleh faham le ye! Ok, selamat berhujung minggu buat uolssssss.... Take care!

Bisik2:
idea banyak tapi dah tersekat...(T_T)

Current Running Numbers

CooL FoLLoWeR