Esok adalah hari yang 'lemau'.. Semestinya uols tahu apa yang dimaksudkan dengan perkataan 'lemau'. Kalau ada yang tak tahu, NAH KAMUS..KLIK SITU!
Rata-rata ramai yang berhadapan dengan situasi 'Isnin Biru'. Bila hari Isnin je..of course..rasa lembik, longlai, lemah dan demotivated. Semuanya berpunca daripada persekitaran tempat kita bekerja. Betul tak? Macam aku, dah hampir 7 tahun berkhidmat di tempat yang sama, dengan sesetengah orang yang masih sama di samping orang-orang baru, dan sistem yang sama...memanggg membosankan!!
Kadang-kadang terfikir jugak, kalau la ada orang yang nak switch kerja nya dengan aku..memang aku sanggup. At least, masing-masing dapat merasa cabaran dan beban tugas masing-masing..kan? Apapun, sebagai hamba Allah, kita kena sentiasa beringat bahawa kerja itu satu ibadah. Maka, haruslah sentiasa membetulkan niat dan ikhlaskan hati untuk berbakti kepada masyarakat.
So....selamat menanti kedatangan 'Isnin Biru' dan mulakan hari 'Isnin Biru' dengan bersemangat! Dan warna yang baru!!
I'll blog soon...take care! Thanks for reading...
No comments:
Post a Comment