Haii...yeayyy. Cepatnya masa berlalu. Tak sangka pulak, hari ni dah hari Jumaat.. Yang best hari Jumaat ni, boleh balik kerja awal..(kalau takde apa-apa aktiviti). Lepas tu...sambong tido di siang hari.. Pagi tadi, memandangkan hujan..rasa tak nak bangun pulak dari katil..tetapi kena paksa dan gagahkan jugak diri untuk bangun sebab kena gerak awal ke tempat kerja coz dah sampai giliran kumpulan aku yang bertugas.
Nasib baik, petang tadi takde apa-apa aktiviti so aku and my hommies pakat la balik awal. Sampai je kat umah, lepas mandi..terus masok ke bilik masing-masing dan sambong tido. Bahagiaaa rasanya!! Nak-nak pulak hujan, memang layannn habiss la. Tapi, bukan setiap hari Jumaat boleh buat aktiviti rehat macam ni tau.
Kali ni nak share dan story sikit pasal online shopping. Kaum hawa memang sukakan topik begini kan? Yelah, shopping online ni..mudah. Uols tak payah nak penat2 drive..cari parking bagaii, survey dari satu kedai ke satu kedai hingga penat..kan? Apa yang diperlukan..hanyalah lappy dan line internet je. Lepas tu..pastikan dalam akaun ada cukup bajet. Tak cukup bajet...cuci mata dan buat wishlist je la..kan?
Aku ni memang kalau rasa malass nak keluar, maka aku prefer online shopping je. At least, tak banyak sangat benda yang aku rembat. Maklum la, kadang-kadang..dah plan & siap tulis barang yg nak dibeli bagai..tapi sedikit-sebanyak mesti ada jugak barangan lain yang akan dirembat kemudian. So...bajet pun lari.
Ada satu online website utk shoppers yang famous ni yang aku tengah usha-usha jugak..tapi bila baca review, ramai jugak yang tak puas hati. Ntah betol atau tak...tak tahu pula kebenarannya. So, aku nak tau dan minta pandangan la uols yang pernah shopping online DI SINI pengalaman uols macam mana?? Ada beberapa stuffs yang menarik perhatian aku di situ, but at the moment, aku just letak dalam wishlist je. Nanti, kalau everything dah clear, baru boleh proceed checkout. So, uols yang gemar online shopping, jom share pengalaman uols atau suggest mana-mana website yang memang servis terbaekkkk punya!!
No comments:
Post a Comment