. BitterSweetLurveLife: Minggu Busy Datang Lagi.. Beginilah Rutinnya!

Who's Me??

My photo
I wrote my thoughts here and share to all of you the pain and joy of bitter-sweet life. Life is sweet,Lurve is Bitter.

Wednesday, September 18, 2013

Minggu Busy Datang Lagi.. Beginilah Rutinnya!


Baru je semangat nak update blog, tak lama lepas tu..lambakan kerja pun kembali menunggu. Agak stress juga kalau terlampau banyak sangat kerja ni. Bukannya apa, kadang-kadang tak tahu nak mula dari mana dulu. Tambahan pula, kalau serba-serbi nya 'rushing'. 

Baru-baru ni, aku agak sibuk dengan persiapan ujian percubaan PMR2. Kena gubal soalan, sediakan skema jawapan, pastikan kertas ujian dicetak secukupnya, kena staplerkan kertas soalan sebanyak 200 set (Paper 1) dan 200 set (Paper 2), catatkan siapakah gerangan pengedar dan penyemak kertas soalan pada hari kejadian dan agihkan set soalan pada hari kejadian. Selesai tugas sebagai penggubal kertas soalan.

Next day, kena rush semak kertas jawapan pulak, Objektif paper (MCQ) sekejap je nak semak, sebab murid gunakan kertas OMR..tapi bila sampai masa nak semak kertas subjektif iaitu esei... kepala dah start weng..wenggg..henggg!! Adoii!! Aku sebenarnya agak kurang gemar nak semak esei...sebab prosesnya makan masa yang agak lama coz aku tak boleh nak semak essay paper direct sampai licin.. Neverrr!

Biasanya, essay paper..aku hanya boleh go sampai 3-4 set sahaja. Then, harussss...3R (Refresh, Relax, Rest). Reasonnya...nak kurangkan sakit kepala dan rasa nak koyak kertas jawapan! Semak esei ni sometimes boleh mengundang rasa geram tau! Kalau uols ada family member yg jadi warga pendidik yang mengajar sekolah menengah, maka pastinya uols arif dengan situasi ini. Budak-budak sekarang, bukan macam budak zaman 80an, 90an dulu.. Jauh sangat bezanya! Nak kata pandai sangat..tak jugak. Nak kata.. kurang pandai..pun tak semestinya. Average..kot!

After habis semak semua paper, kena kira markah pulak. Then, bagi markah pada guru kelas untuk di key-in kan dalam sistem analisis peperiksaan untuk sekolah dan juga sistem online. Untuk pengetahuan uols, selain mengajar..aku juga seorang guru kelas. Sekarang ni..semua benda dah kena online..markah murid online..kehadiran murid online..kehadiran staff online..dan macam-macam lagilah yang akan di'online'kan nanti.. Tapi, sebenarnya masalah jugak online ni..especially bila masa line internet bermasalah, maka satu kerja online pun takkan dapat nak buat. Itulah...transformasi pendidikan. Lain dulu, lain sekarang. Dulu, guru lebih rapat dengan pelajar... Sekarang, guru dirapatkan dengan kerja-kerja pengkeranian. Opss...terlebih sudah! Terrrmerapu la pulak.. Maafkan saya. 

Selesai proses key-in markah, kena siapkan pulak buku rekod kemajuan murid dan dihantar kepada pengetua untuk ditandatangan. Hmmm...macam tulah lebih-kurang rutin bila tiba je minggu peperiksaan. Tahun ni, adalah tahun terakhir peperiksaan PMR (Penilaian Menengah Rendah) diadakan.. Tahun depan akan dinilai berdasarkan PBS (Penilian Berasaskan Sekolah) pula. Yang ini pun...agak memeningkan kepala jugak. Tapi..apa boleh buat, kami warga pendidik hanyalah pelaksana dasar yang melaksanakan dasar yang digubal oleh penggubal dasar. Maka...redha dan laksanakan dengan sebaiknya. 

Agak panjang lebar juga coretan kali ini ye... Hahaha!! Apapun, ini sekadar tulisan di saat diri terasa agak tertekan dengan bebanan kerja. Semua orang yang bekerja merasai tekanan...cuma tahapnya berbeza. Ini serba-sedikit gambaran tugas aku sebagai seorang pendidik...kalau nak cerita secara details..sampai bila-bila pun tak habis. Ok..baiii!!


~ Till I blog soon, thanks for reading..~


No comments:

Current Running Numbers

CooL FoLLoWeR