. BitterSweetLurveLife: Review: Boya Skin Mask

Who's Me??

My photo
I wrote my thoughts here and share to all of you the pain and joy of bitter-sweet life. Life is sweet,Lurve is Bitter.

Saturday, September 21, 2013

Review: Boya Skin Mask

Hari ini takde plan nak pegi mana-mana pun, walaupun sekarang ni sedang berlangsung event MENARIK DI SINI..tapi me and my hommie memilih nak stay dan berehat je kat umah. Walaupun tempat event tu berlangsung hanya mengambil masa setengah jam perjalanan..tapi bila sampai di sana nanti, jenuh pulak nak cari parking. So..malaslah! 

Hari ni nak buat product review pulak. Sebenarnya dah lama nak buat review ni tapi memandangkan masa yang ada tidak mengizinkan diriku untuk berada lama di depan lappy, maka terpaksa la diriku 'postpone' niat utk update. 



Review ni berkaitan dengan sejenis produk dari Korea yang diformulasikan di Jepun. Rasanya ramai yang tahu tentang produk yang dikenali dengan nama "Sleeping Mask" ni. Mask ni, bukan seperti peel-off mask yang biasa kita gunakan tu, tapi mask ni kita apply sebelum tido..selepas membersihkan badan/mandi. 

Usually, aku apply skin mask ni everytime nak tido je. Caranya, picit mask tu ke tapak tangan..then gosok je la macam uols sapu lotion. Boleh juga disapu ke muka asalkan jangan terkena mata. Mengandungi Boya Glutathione yang meresap terus ke dlm kulit uols. Jika diamalkan dengan berDISIPLIN, maka hasilnya kulit uols akan jadi cerah dan kembali remaja dalam masa 7 hari. Aku dah apply lebih dari 7 hari, so far tak nampak sangat perubahan sebab aku selalu je skip. Kalau ingat, sapu.. tak ingat..ahh, malaslah! Hahaha...



Selain drp mencerahkan dan meremajakan kulit, skin mask ni buat kulit kita rasa fresh and it smells nice. Which is, takde la bau yang boleh meloyakan or memeningkan kepala. Just nice.. So, bila bangun esok hari nya baru la dibersihkan kulit uols ye. Tak susah pun, just mandi macam biasa..then uols rasai la perbezaannya. Kulit terasa halus-mulus dan anjal. Cerah?? Nope...ini bukan produk ajaib yang boleh mencerahkan kulit SEKELIP MATA. Nak CERAH, kena berDISIPLIN guna selama 7 hari ye.. Aku ni kurang berdisiplin, maka hasil untuk pencerahan tu tak nampak sangat..tapi kulit memang terasa smooth dan anjal. 



So, kepada uols yang nak kulit cantik, bersih bersinar macam artis Korea..try la this produk. Saya tak jual..saya just review je. Hahaha... *kalau aku ada modal, memang aku jual..*

Ok, till I blog soon... Thanks for reading...


No comments:

Current Running Numbers

CooL FoLLoWeR