. BitterSweetLurveLife: Tempat yang ingin sangat aku pergi sekarang.....

Who's Me??

My photo
I wrote my thoughts here and share to all of you the pain and joy of bitter-sweet life. Life is sweet,Lurve is Bitter.

Saturday, September 21, 2013

Tempat yang ingin sangat aku pergi sekarang.....

Hari ni bosan. Bila bosan, tak tahu dah nak buat apa untuk enjoykan diri sendiri. Kalau ikutkan hati..nak sangat pergi window-shopping then duduk lepak2 sambil tengok gelagat orang yang lalu-lalang. Tapi..kerana bajet yang ada pun kurang mengizinkan...maklum la, dah hujung bulan..maka..nak tak nak, duduk je la terperap di bilik. Orang bujang macam aku..takde apa sangat nak dibuat kalau hujung minggu. Lain la kalau ada kawan yang sekepala atau sebaya di kawasan sekitar, boleh jugak ajak lepak sama. Kawan-kawan yang seusia dengan aku..semua dah punya life dan keluarga sendiri. Tinggal aku je, antara yang masih bujang. Selalu juga diajukan soalan.."bila lagi ni?". Reaksi aku...dengan senyum hambar dan berkata.." seru tak sampai lagi,". 

Apapun, aku redha dengan semua ini kerana aku percaya, Allah SWT merancang yang terbaik untuk hidup aku. Maka, aku nak selitkan sedikit nasihat dan pandangan buat uols yang senasib seperti aku. SABAR.dan DOA..kerana JODOH itu adalah RAHSIA ALLAH. Buat yang beruntung dah bertemu jodoh, dan sedang menjalani saat-saat yang membahagiakan...hargailah pasangan masing-masing dan kehidupan berumahtangga kalian. *pilu pulak rasa hati ni bila berbicara tentang jodoh*

Bila rasa sedih dan pilu ni, in my mind..aku sangat-sangat nak berada di satu tempat. Dah lama rasanya tak pergi somewhere untuk vacation. Tak perlu pergi jauh sangat...sebab di tempat kelahiran ku masih banyak lagi tempat menarik yang aku belum habis explore. Dan tempat itu adalah........

::
::
::
::
::
::
::
::
::
::

~ Taken from Google images 

Nak sangat pergi Kuching! Last pergi, tinggal 2 hari lagi nak raya pada tahun 2012. Unplanned nak pegi. Pegi sana pun coz 'si tekol' nak minta teman..coz dia tak dapat lesen lagi masa tu. In case..ada road-block, boleh la aku cover untuk drive sekejap. Hahaha...jangan tak tau, 'si tekol' aku ni..adventure orangnya. Mat koboi, redah je! Weols bertolak dari Miri...selepas Subuh sekitar 5.00am , then sampai Kuching around 7-7.30pm something..tak berapa nak ingat. Elok je sampai bandar Kuching, terus weols serbu 'Dayang Salhah Cakehouse'..coz masa tu orang dah sibuk dengan persiapan raya. Aku beli untuk dibawa balik ke kampung halaman (somewhere in Miri), keesokkan hari nya. 

Lepas je memborong kek lapis, then..si tekol mengadu badan terasa sengal..so weol terus pergi cari pusat reflexology untuk body-massage. Tak ingat dah nama tempat tu tapi massaeur tu urut memang sedap.Boleh terlelap aku dibuatnya. Perkara yang jarang aku buat kalau pegi massage! Mungkin sebab letih sangat-sangat kot, Habis massage, weol terus pegi Kubah Ria untuk find something to eat for our supper, then terus balik ke rumah.

The next morning, kena bangun awal coz flight ke Miri berlepas sekitar 6.40am. Masa tu pulak hujan lebat diselang seli pulak dengan guruh. Si tekol nampak sedikit risau tengok cuaca pagi tu...so sampai je airport dia terus tukar tiket ke sebelah petang pulak. Hehe...dalam hati, seronokk! Boleh sambung tido sekejap coz mata masih mengantok. Then, petang tu dah berlepas balik ke Miri and safely landed. 

Begitulah, serba sedikit flashback moment bersama si tekol tercinta. Journey yang agak memenatkan tapi sangat bermakna.. Seronok untuk dikenang bila kita ada moment-moment terindah bersama yang tersayangkan? 

In shaa Allah, ada rezeki nak pergi Kuching...bestfriend dan bekas rakan sekerja semuanya berada di Kuching sekarang. Nanti boleh la hangout together dengan dorang semua..dan makan laksa sarawak, sepuas-puasnya. Serious cakap, banyak makanan sedap-sedap boleh didapati di Kuching berbanding dengan tempat aku berada sekarang. Bukan nak membanding atau tak bersyukur, tapi sometimes...we get bored because lack of variety..kan?

Till i blog soon....thanks for reading!


2 comments:

eVa said...

Dkuch nang byk k lepak n makan selain d KL.. Nak alah2 makan luar jak ctok hehe

emmaa zahraa said...

menar ya eva..ya teringin mok pg kuch.belalak asa nyawa nk mkn mun pg Kuch.macam2 ada...

Current Running Numbers

CooL FoLLoWeR