. BitterSweetLurveLife: Tips ; Kurangkan Kesan Asid

Who's Me??

My photo
I wrote my thoughts here and share to all of you the pain and joy of bitter-sweet life. Life is sweet,Lurve is Bitter.

Saturday, May 28, 2011

Tips ; Kurangkan Kesan Asid

Assalamualaikum and morning. Entry ni dah beberapa ari aku peramkan..hope it will attract uols nyer attention.Well..i think everyone knows yg asid ialah sejenis bahan cecair yg berbahaya dan bersifat menghakis dan kini menjadi senjata paling berbahaya yg murah? Insiden menyimbah asid ni sebenarnya dah lama berlaku cuma akhir2 ini semakin menggila. Entah kenapa agaknya..si pelaku bertindak demikian? Konklusi..mungkin disebabkan oleh tekanan perasaan yg melampau, dendam dan mungkin juga peristiwa hitam masa lalu yg masih membelenggu jiwa si pelaku.

Beberapa siri insiden serangan asid di Lembah Klang baru-baru ini jelas menimbulkan ketakutan di kalangan orang awam, terutamanya kaum wanita. Sehingga kini, sejumlah 23 kes dilaporkan sejak Mac lalu namun orang yang bertanggungjawab masih bebas lepas dan masih dijejaki sehingga ke hari ini. 
Bagi mencegah kesan penghakisan teruk dan kecacatan kekal pada kulit,  seorang pakar daripada Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya telah memberikan beberapa tips untuk mengurangkan kesan asid apabila ianya terkena pada kulit. 

Tips 1: Bawa  sebotol air/ Cuci dgn air

Wanita yg bekerjaya pasti gemar membawa beg tangan. Sbg langkah keselamatan, anda dinasihatkan utk sentiasa membawa sebotol air dan gunakan air utk mencuci simbahan asid jika kejadian seumpamanya berlaku. Air adalah bahan pelarut yg mudah mencairkan kimia. Cuci bahagian badan dan bersihkan simbahan asid dengan menggunakan sebanyak air yang mungkin kerana masa amat kritikal ketika ini. Jika anda melengahkan pencucian asid itu, kesan lebih buruk dan menakutkan akan berlaku. Dapatkan sebanyak air dan berada di dalam aliran air sekurang-kurangnya 15 - 30 minit, kemudian tukar pakaian dan hanya selepas itu dapatkan rawatan.

Tips 2: Gunakan sodium bikarbonat (serbuk penaik)

Jika serbuk penaik, sodium bikarbonat boleh diperoleh, mangsa simbahan asid boleh mencampurkannya dengan air dan letakkan di kawasan yang terkena simbahan asid bagi meneutralkan kesan asid berkenaan.

Tips 3: Lap Bersih

Sekiranya mangsa simbahan asid berada di kawasan yg tiada air, lap kawasan yg terkena simbahan asid dengan sebersih-bersihnya. Kemudian, dapatkan rawatan dgn segera.

Tips 4: Gunakan alat pelindung keselamatan.

Kaca mata besar bukan sekadar fesyen semasa malah ia adalah alat pelindung keselamatan yg penting utk melindungi aset paling berharga iaitu MATA. Kerana dikhuatiri, sekiranya terkena asid boleh menyebabkan seseorang akan hilang penglihatan.

~~~~~ sumber : Mstar

Bisik2:
sentiasalah berwaspada dan jgn cepat panik apabila perkara seumpamanya berlaku.semoga tips ini berguna utk kita semua. 

3 comments:

Anisa Hang Tuah said...

gud info beb :)

Zie Madini said...

entry yg sgttttt lah berguna tok dear. thumbs up! :)

☆Lady Zahraa☆ said...

Anisa & Zie:..thanks dear.thanks for reading too

Current Running Numbers

CooL FoLLoWeR