. BitterSweetLurveLife: Masalah Air Lagiii...adoiyaii.rasa nak mengamuk la!

Who's Me??

My photo
I wrote my thoughts here and share to all of you the pain and joy of bitter-sweet life. Life is sweet,Lurve is Bitter.

Friday, September 09, 2011

Masalah Air Lagiii...adoiyaii.rasa nak mengamuk la!

"Air...Oh..Air.."
 Aduhaiiii....masalah air lagi. Kali ni bukannya takde langsung, tapi jadual pembukaan air (taktau nak letak istilah yg sesuai..papepun harp uols faham)..dah bertukar. If ikut logik akal la kan....air ni mmg diperlukan setiap masa. Bukan saja utk mandi..memasak, malah ianya dah menjadi salah satu medium keperluan manusia yg paling utama. Sejak kembali daripd cuti pertengahan penggal kedua yg lepas, sistem ataupun jadual pembukaan air (dr paip utama)..dah ditukar ke waktu tghmlm hingga ke waktu pagi..tu pun sekitar jam 9.00 pagi dan ke atas, kekdg hingga lewat malam, setitik air pun takkan keluar dr paip rumah..maupun paip2 di sekitar sekolah. Sungguh mengharukan...menyedihkan serta menyusahkan. Selama aku berkhidmat disini, masalah air ini mmg takkan pernah selesai ataupun menjadi normal. Saban tahun pasti akan merasai fenomena ketiadaan air..dan utk mengatasi masalah tersebut...harus bersedia menakung air sebanyak yg mungkin sebaik sahaja air mulai di alirkan. Bak kata pepatah, alah bisa..tegal biasa.. Namun, fenomena ini juga menjadi salah satu faktor penolak yg bleh mencetuskan hilangnya motivasi dikalangan pekerja...apatah lagi kpd para pelajar. Mana tidaknya..masa yg sepatutnya digunakan utk pelajar berehat atau tidur (jam 10 mlm, lampu asrama wajib dipadamkan) digunakan utk mereka mencari dan menakung air utk mandi keesokkan paginya. Sungguh kesiankan...dan kesannya, pelajar2 letih dan tidur didlm kelas. 

Bisik2:
sampai bilakah perkara ini akan berlanjutan? Aku juga sudah mulai penat dgn fenomena ini!
"baju pun dah melobo2 mintak disesah..aishh"

5 comments:

Anne said...

Kesian dak student & staff sia. Sikda org komplen dgn wakil rakyat etc?

☆Lady Zahraa☆ said...

Anne: Mmg kesian coz dah bertaun2 experienced benda yg sama.sumtimes aik sik nait pun ke flat.mmg ada aduan kpd wakil rakyat tapi mcm sikda tindakan apa2pun.still juak cmya. Kali maok dipadah ke Aduan Rakyat TV3 kali daknya tok...

Anne said...

tunggah Karam Singh Walia --> Aduan Rakyat baruk tauk kali oo..:)

ciK LyndaWawa said...

mesti kitak tok x mandik nak..hehe

AmirFX said...

Mun aek ngn karan sekda kmk lebih prefer karan sekda berbanding ngn aek... Merinsak juak nyawa mun sekda aek...

Current Running Numbers

CooL FoLLoWeR