. BitterSweetLurveLife: nukilanku

Who's Me??

My photo
I wrote my thoughts here and share to all of you the pain and joy of bitter-sweet life. Life is sweet,Lurve is Bitter.
Showing posts with label nukilanku. Show all posts
Showing posts with label nukilanku. Show all posts

Tuesday, December 27, 2011

Sayangi Wanita & Hargailah Wanita....

"Fahamilah isihati seorg wanita yg mungkin anda tak ketahui"

Assalamualaikum uols! Tadi masa blogwalking baca entry kwn2 bloggers..aku singgah lepak jap kat blog Qaseh ni dan tertarik dgn entry yang aku rasakan patut kita kongsikan bersama. Aku harap bila uols dah baca dan selami semuanya, persepsi uols akan berubah dan lebih menyayangi dan meghargai insan yg bergelar 'wanita'. Aku berbangga dilahirkan sbg sorg wanita. Kini, wanita memainkan peranan yg amat penting dlm sesebuah institusi kekeluargaan, bahkan menjadi 'tulang belakang' buat si suami. 

Maka dgn itu, khusus buat KAMU (LELAKI) yg bakal ataupun sudah bergelar suami dan ayah, entry berikut khas utk kalian. Cuba selami dan fahami. Nak tahu..mengapa dan kenapakah para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tak menarik??... 

Semuanya tersingkap di ENTRY INI.. Lepas baca nanti, harap uols mengerti dan cuba utk menjadi lebih prihatin terhadap para wanita terutama sekali buat isteri kalian..

Bisik2:
semoga kehidupan kita akan bertambah baik dan harmonis apabila masing-masing sama2 bertoleransi.. Sesekali, bawalah si isteri pergi ke spa buat rawatan badan setelah penat bekerja & menguruskan rumahtangga.. They deserve it!

Saturday, December 24, 2011

Aduhaiii Lelaki!!!


Sometimes....
Lelaki ni agakkkk misterii..
Semakin ingin difahami..semakin sukar utk dimengerti....
Bila ingin diuji..silap-silap ujian itu pulak yg memakan diri..
Arghhhh...kejiii...kejiii..kejiiiii......
Bosannlahh begini!

Bisik2:
makan hati dan tak puas hati dgn perangai si lelaki..

Tuesday, December 20, 2011

What Say You??




TRUST is important in a relationship! ...
but what if..you can't TRUST  your own partner/friends/couple? 
Does it mean that you're evil? 
NO TRUST means NO LOVE...
What say you?

Bisik2:
tak mudah utk percaya pd org yg telah mengkhianati kepercayaan yg tlah diberikan pdnya!

Sunday, December 18, 2011

Andai suatu hari.....


Andai suatu hari jemariku tidak lagi 
mengalunkan rentak rimanya disini 
aku pohon agar kalian mengerti..
Walau berat dihati ini untuk terus menyepikan diri 
atau menghilang dan terus sepi
Kerna aku ingin menjaga sekeping hati..

Andai suatu hari bila gemalai tari 
jemariku mulai hilang rentaknya
Aku ingin kalian ketahui
sungguhpun kita hanya mengenali diri disini
Terima kasih setulus hati kerna sudi membaca isi hati
Diriku yang tidak seberapa ini..
Yang akan terus cekal meniti hari
Sabar dan tabah menghadapi dugaan hidup
 yang tiada henti..


Bisik2:
Mencari SOLUSI utk terus menikmati hidup yg selama ini aku ingin aku kecapi KAMU takkan pernah mengerti kalau masih berasa SANGSI!

Sunday, October 16, 2011

Masalah?...Ada ke manusia yg tak punya masalah??


Merujuk kpd persoalan diatas....ada sesiapa diantara kalian yg langsung tak punya masalah dlm hidup? Kalau ada yg langsung tak punya masalah..ohhh...bahagianya hidup anda. Cubaan dan ujian tak berani dtg mendekat nampaknya..(haha..juz kidding). Well..aku rasa semua org ada masalah. Kecil mahupun besar...ianya tetap masalah. Nampak atau tidak, semuanya bergantung dgn cara seseorg itu 'menyembunyikan' masalahnya. Ada ke yg suka cari masalah? 


Well..mmg ada, tapi tak semua. Yg lari drp masalah pun ada. Yg cari masalah dan cuba utk menyelesaikannya pun ada... Sape kata manusia ni langsung tak punya masalah? Semua org ada masalah.. bezanya manusia itu diuji Tuhan dgn masalah yg berlainan. Ada yg ringan...ada yg berat.. Semua itu adalah ujian Tuhan. Rasionalnya...kita diuji dgn masalah supaya kita belajar utk menyelesaikan masalah tersebut..sekiranya ianya berpunca drp khilaf kita sendiri. Ada juga masalah yg dtg tanpa diundang..tujuannya supaya kita sentiasa beringat dan berjaga2 dlm kehidupan kita. Pendek kata....masalah sentiasa wujud disekeliling kita tanpa kita sedari. 

Tuesday, October 11, 2011

Cintaku Ibarat Sambal Belacan Yg Pedass

Hi uols! Lama tak update..lately line broadband aku ni buat hal. Susah btol nak reached ke Google site. Geram arr..rasa nak p tukul je tau!

Lately aku pun agak busy..keje aku mmg takkan pnah habis dan selesai. Yg sekian pun aku dok gagah nak settlekan, jap lagi ada pulak tugasan lain yg akan menyusul. Kekdg aku rasa, aku ni bukan lg sorg guru tapi tugasnya lebih ke arah pengkeranian..uols jgn ingat kerani ofis je yg buat keje2 pengkeranian tau..cikgu like aku ni pun tak terkecuali tau! Ingat keje cikgu ni senang ke? Meh uols try...then baru ckp. Skrg ni aku cukup meluat if ada antara org2 yg diluar sana ckp..’best pa jd cikgu..gaji besar, keje senang,keje juz setengah hari je”.. Perghhh....KEPALA HOTAKKK KAU! Kl ckp camtu masa zaman tok nek ko dulu takpe, tapi zaman sekarang silap2 haribulan ada yg kena smashh percuma kot!

Apapun, itu bukan intipati utama entry ku kali ni. Tapi tentang kisah aku dan seseorang... 

Friday, October 07, 2011

Jiwaku Kacau Lagi!!

Salam Jumaat buat uols..arini mood keje agak kureng. Last two days, sesak2 nafas je and ruang pernafasan tu seakan2 menjadi sempit. Org Sarawak kata..sendat! Sendat asa nyawa... Tak sabar nak tunggu semua ni berakhir! 

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V


Bisik2:
kasihan Pingu

Saturday, October 01, 2011

Boring & Sunyi; Pekena Tom Yam....


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi..kerna masih bernafas dan berblogging pada hari ni. Sedar tak sedar, September tlah pun berlalu..dan kini Oktober pula menjelma. Uols nak tau apa yg berlaku pada hari ni? Meh aku storykn....kisah ni kira "Tragedi Oktober" coz berlaku pd awal Okt. Selepas je bangun dr tido, mcm biasa aktiviti yg harus dibuat setiap Sabtu ialah general-cleaning...basuh baju, bsh cadar & selimut,  kemas rumah, sapu sampah, dan buang sampah..*tapi arini tak sempat buang coz lepas kemas2 semua, ujan pun turun dgn lebatnyaa..* means kena buang esoklah.

Friday, September 09, 2011

Masalah Air Lagiii...adoiyaii.rasa nak mengamuk la!

"Air...Oh..Air.."
 Aduhaiiii....masalah air lagi. Kali ni bukannya takde langsung, tapi jadual pembukaan air (taktau nak letak istilah yg sesuai..papepun harp uols faham)..dah bertukar. If ikut logik akal la kan....air ni mmg diperlukan setiap masa. Bukan saja utk mandi..memasak, malah ianya dah menjadi salah satu medium keperluan manusia yg paling utama. Sejak kembali daripd cuti pertengahan penggal kedua yg lepas, sistem ataupun jadual pembukaan air (dr paip utama)..dah ditukar ke waktu tghmlm hingga ke waktu pagi..tu pun sekitar jam 9.00 pagi dan ke atas, kekdg hingga lewat malam, setitik air pun takkan keluar dr paip rumah..maupun paip2 di sekitar sekolah. Sungguh mengharukan...menyedihkan serta menyusahkan. Selama aku berkhidmat disini, masalah air ini mmg takkan pernah selesai ataupun menjadi normal. Saban tahun pasti akan merasai fenomena ketiadaan air..dan utk mengatasi masalah tersebut...harus bersedia menakung air sebanyak yg mungkin sebaik sahaja air mulai di alirkan. Bak kata pepatah, alah bisa..tegal biasa.. Namun, fenomena ini juga menjadi salah satu faktor penolak yg bleh mencetuskan hilangnya motivasi dikalangan pekerja...apatah lagi kpd para pelajar. Mana tidaknya..masa yg sepatutnya digunakan utk pelajar berehat atau tidur (jam 10 mlm, lampu asrama wajib dipadamkan) digunakan utk mereka mencari dan menakung air utk mandi keesokkan paginya. Sungguh kesiankan...dan kesannya, pelajar2 letih dan tidur didlm kelas. 

Bisik2:
sampai bilakah perkara ini akan berlanjutan? Aku juga sudah mulai penat dgn fenomena ini!
"baju pun dah melobo2 mintak disesah..aishh"

Thursday, July 14, 2011

Tahun Ke-4.... Aku lagii?? Tetap dan berpencenlahh jwbnya!

Slide movie yg aku buat utk majlis perasmian Minggu Bahasa..
Hi Uols! How's your day? Hopefully..it's great! Recently...quite busy with lot of activities in school. Macam2 kena buat..kena handle..kena update bagaii.. And, seriously..i was mentally tired, physically exhausted. Then, feel demotivated. Banyaknya dugaan dan cabaran once you become a teacher. Working hours pulak..bukan macam uols yg keje office hour..it's 24/7. Those yg single, tak kisah la..if terbeban dgn task yg pelbagai. Those yg ada family?? Wahhh...mana nak urus anak2..suami..hal2 rumahtangga yg lain? Well..itulah komitmen. Komitmen pd kerjaya..dan komitmen pd keluarga. Kena bijak mengurus masa dan simpan dan kerah tenaga. Nak story sikit ni....

Monday, July 11, 2011

Disaster Monday!....Salah sendiri terusss JIWA KACAU.

Sekadar Hiasan

Alahaiii…so a bit unlucky today. Jiwa aku pun terus KACAU dibuatnya. Alkisahnya begini, lepas je aku balik dr menapau and having my breakfast di rumah..(sempat lg balik rumah kauu..even tgh keja), aku dikejutkan dgn panggilan telefon from my housemate. First, thought she asked me to conserved water..al-maklumlah, tempat weols agak kerap berlaku ketiadaan air.

Dipendekkan cerita..panggilan tersebut actually from our school clerk. She asked me to come to the main office coz she has something to tell. So, dgn lenggang mak limah, aku pegi la jumpa ‘kakak clerk’ ni.

‘Kakak Clerk’: (senyum manis dia bila nampak aku datang).. Maiii japp. Ada benda nak cakap.

Aku : (ikut dia masuk p boardroom yg berbau hapak).. Apehal kak?

Simple is EASY...just the way you are!

Natural look..juz wearing eyebrow pencil and lil'bit dark blended eyeshadow..
Sesekali dok tayang muka...bukan nak glamer pun. Saje je woii.. (^_^). Lately, aku agak malas dah nak mencalitkan make up di wajahku when i off to work.. Sometimes, aku rasa buang masa gak nak make up coz aku ni kalau make up..maunyer amik masa dlm 1 hour siap. Huhu...lately pulak..masa aku bangun dr tido pulak agak lewat berbanding sebelum ni. So, masa yg tinggal pun tak banyak mana nak tenyeh..tonyoh dan calit sana sini..so..just let it be. Sekali-skala..biarlah muka ni nampak natural. Cuma satu je yg aku tak kenan if muka aku tak make up..tau ape??.. Nampak PUCAT-LESI..bagai org yg sdg menangung kesakitan. So..menjawablah dgn colleagues yg rajin dok tegur aku pasal kepucatan wajahku ini.

Sunday, July 10, 2011

My Review ; Bila banyak duit..some people LUPA DIRI & jadi STUPID..

Duit..
Sape yg tak perlukan duit? Zaman sekarang ni...kalau tak berduit, orang tak pandang. Kalau uols ada duit ribu-riban, semua akan dtg pada uols. Mase tu lah semuanya jadi kawan..susah-senang bersama as long as uols ada duit. But....once uols drop..down and lose everything..semua lesap. Kawan pun dah tak mengaku kawan lagi. Sebelah mata pun tak pandang. See...itulah penangan duit. Duit boleh menyenangkan dan menyakitkan kepala. Bila takde duit..kita jadi sakit kepala..fikir camne nak settle hutang yg dok keliling pinggang. Bila ada duit, kita senang hati..dan kita boleh beli ubat utk legakan sakit kepala. Hahaha..ape yg aku merapu ni??

Saturday, June 11, 2011

hari terakhir di rumah sendiri..& kerenah yg bakal dilalui


Cepatnya masa berlalu. Pejam celik..pejam celik cuti telah pun sampai ke penghujungnya. Mulai ari Isnin ni, aku dan colleagues yg lain akan kembali bertugas seperti biasa. Menunaikan kewajipan sbg seorg pendidik. Berkhidmat utk nusa dan bangsa tercinta.

Well, aku yakin ramai diantara pelajar2 aku agak keberatan utk back to school. Segelintir drp mereka mungkin tak sabar utk kembali bersekolah, dgn alasan “boring la cikgu, tak tahu nak buat apa”.. “tak sabar nak jumpa kawan2, nak main dan sembang2 bersama”..
I’m not making up stories here..this is the REAL situation. Bak kata pepatah “lain padang, lain belalang”. 

Saturday, June 04, 2011

Nobody is PERFECT.. If you got a chance..make it RIGHT!


Hi there uols…*sapaan yg lemah longlai,ibarat tak makan nasik 800 tahun*.

Still in swinging mood..yet it is not becoz of  PMS syndrome anyway. Terlalu banyak berfikir kot. Think about future life…works..money..so on so forth. Sulit dan sukarnya jadi org dewasa ni. Banyak cabaran..dugaan..rintangan…susah-senang..tangis-duka yang  kadang2 tak semua org boleh nampak. Semakin dewasa seseorg tu…semakin sulit dan bijaknya mereka hide their problems. Some peeps, wanna ask for help..tapi tak tau nak minta tolong camana. Some..wanna ask for advice,tapi tak terucap dan tak reti nak request how. Akhirnya..decide utk pendam semuanya sendiri. Is that a good solution?

Gimme Back..My GLITTERATI status..Enche Nuffnang!

(T_T)...(T_T)..(T_T)..
*uwaaaaaaaaa....WHY?!!!!*

Dear Enche Nuffnang yg kaya-raya,

Enche Nuffnang, aku bukan nak cakap apa..tolong bagi balik aku punya glitterati status boleh tak?.. Aku dah remove ads yg aku fikir boleh menjejaskan reputasi engkau sbg komuniti pengiklanan yg paling tersohor di rantau Asia Pasifik ni..aku takkan serve mana2 ads lagi melainkan ads yg Enche Nuffnang dan ChurpChurp assign kat aku. Bukan nak kata aku ni desperate sgt nak cari duit tapi..sebenarnya aku nak jadikan blog ni tempat yg berguna.. bukan je sbg tmpt utk meluahkan rasa gelodak jiwa..tapi aku nak buktikan pada seseorang yg aku bukan melakukan sesuatu yg sia-sia.. Aku nak buktikan pada DIA, aku bukan sekadar merapu tak tentu hala dgn blog aku yg tak seberapa ni..sungguh pun aku sedar, bukan mudah nak dptkan BE dr engkau yg sentiasa tercari2 blog yg benar2 layak dpt BE..

Tuesday, April 19, 2011

B.U.H.S.A.N .... Boring!

Aku yg semakin BUHSAN!
Assalamualaikum semua.. Aduhh,hari ni aku rasa sangat buhsan..sesungguhnya teramat-amat buhsan. Rasa dah demotivated sesangat. What should I do? Kenapa perlu rasa camni ek? Org kata kalau kita enjoy dgn kerja kita of course kita akan cinta dan sayang pd kerja kita..but its different for me. Not only me..some of my friend also dah demotivated..buhsan dgn perangai bebudak..buhsan dgn tugas2 luar yg agak remeh dan memenatkan weols..yg untungnya org lain..huh! Yg dpt nama pun..org lain gak! Adoiyaii..memang aku sedar, takde keje yg senang..tapi kini aku dah semakin BUHSAN! Mampukah aku bertahan sehingga tamatnya perkhidmatan aku pd usia 58 tahun??.... 

Bisik2:
...nampaknya kena cari INCOME lain selain dr MAKAN GAJI...nk berbisnes kot?..

Wednesday, April 13, 2011

Uniquenya Perasaanku..Kenapa??


Confuse?... Serabut?!.. Macam2 hal laa... Aku tak suka la macam ni.. WHY?! Fikir susah..tak fikir pun susah..Uwaaa...takde sape pun yg tau apa yg aku rasakan sekarang ni.. aku jadi keliru..hingga aku sendiri dah taktau nak cakap apa2 lagi.. Sesungguhnya aku...
SANGAT PENAT! 
Aku penat memikirkan tentang kehadiran perasaan yg terlalu abstrak utk aku nyatakan pada seseorang.. Aku tak ingin berganjak. Toleh ke belakang pun tak sanggup.. nak terus melangkah pun aku tak konfiden.. Tak terlintas pun dihati ingin melukai perasaan seseorang tapi..AKU KONPIUS..dan aku penatt! Aku penatt..sangat2 penatt..aku dah tak laratt.. Sungguh aku tak larat.. I WANT TO BE ALONE (just for a moment)...I'M SORRY..

Bisik2:
Hidup ini memang rumit..kau mungkin kata, aku yg buat ia rumit..tp 'kerumitan' ini bukan aku yg minta,aku punya SATU HATI..dan hati itu milik AKU.
*entry mengarut dan mencarut??..erm..ada aku kesah??*
*tak suka BLAHH..mood aku swing2 nih*

Wednesday, March 30, 2011

Pictures speak for me

Menyingkap kembali detik perkenalan antara aku dan dia..
Sekitar Julai 2009..
Setelah sekian lamanya..tidak menitip khabar
Tiba2..handphoneku tertulis.."1 message received"..
Disitulah..segalanya bermula..
And then...we both engaged 
October 2009..
Ketika itu..aku merasakan bahawa aku lah wanita yg paling bertuah..
Happy sangat..even you were not there..
Alhamdulillah..majlis berjalan dgn lancar..
TAPI..
Terdetik dihatiku..adakah SELEPAS ini semuanya akan LANCAR?
Atau..dugaan maha hebat akan sentiasa menerjah?
TUNGGU DAN LIHAT..
How could you torn my heart..
January ~ March 2010
(and perhaps..ongoing)

YES..it's TRUE..tentang apa yg aku slalu fikirkan ttg KAMU..
I had a strange feelings..and I know you're hiding it from me..
Petunjuk ALLAH..convinced me..you have someone else..
AKU~your fiancee
'SHE'~ your girlfriend
How could you??..
No wander all this while..always blame and accused me for being  dishonest!
KAMU..di bayangi oleh kesilapan dan ketakutan kamu sendiri..
TAKUT KANTOI
...Maha Suci ALLAH kerna memberi petunjuk kpdku...
YOU MESS THINGS UP!
YOU HURT ME SO MUCH

Then..I decided to LET YOU GO..
But, you're asking for a chance to fix things up?
WELL..due to the deep consideration..
I forgive you..
and you promised will settled those things!
FINE..
Let's SEE what WILL HAPPEN..next.
YOU BROKE WITH 'SHE'
...quite happy..but it's ON and OFF for a few months
BUT..why do i still feel the strange feeling..again?
ONE DAY,
in the middle of December 2010
I lose my patience and finally i made up decision
maybe this is the best for us..i let you go
and suddenly the engagement dissolved.. you left me without saying a word!
FINE..MAYBE "SHE" COMFORTS YOU MORE..
You leave me alone..Well, that's FINE..
Since you don't need me anymore..
You said..lets fate lead it way of our relationship..
I'M ALONE..FINE..
it's okay..i'm still alive..thou its HURTS!
and I will SURVIVE..on my own.
NOW..I set you FREE. Just go..and live your life.
No more sweet-talk..coz I know who you are.
.SWEET-TALKER, PLAYER, LIAR..

(to be CONTINUE..)
P/S..this narration is based on a real unhappy love story..
SWEETLURVE UOLS!

Monday, March 28, 2011

Semangat Oh Semangat

Hambekkk kau..muka toya!
Assalamualaikum...Selamat petang semua! Harap petang ni uols semuanya selamat.. Whoaa..masa utk blogging and blogwalking. Sambil buat keja..nak jugak ada selingan sikit.. Penat dah dok mengadap fail-fail dan buku-buku yang sentiasa menimbun2 atas meja ni.. My tables is so messy rite now..and aku tak suke tgokkk!! Makin banyak keje..makin hilang pulak semangat ni..hadooo. Agaknya dah masa untuk minta transfer ke tempat lain dah kot.. keje macam aku ni..kalau dah lama sangat kat tempat tu..motivasi diri akan semakin berkurangan. Tahun bertukar tahun, semuanya masih sama seperti biasa.. Attitude yg sama... Persekitaran pun sama.. Management pun sama.. Erm..tak tau nak cakap apa.. Nak continue buat keja lahh..

SALAM SWEETLURVE..UOLS!

Current Running Numbers

CooL FoLLoWeR