. BitterSweetLurveLife: sad

Who's Me??

My photo
I wrote my thoughts here and share to all of you the pain and joy of bitter-sweet life. Life is sweet,Lurve is Bitter.
Showing posts with label sad. Show all posts
Showing posts with label sad. Show all posts

Saturday, March 02, 2013

Dearest My 'Mr March~3003'


Life gives you a lot of chances to screw up yet it also means you have just as many chances to get it right...
~ Missing you a lot...only God knows how hurt i was~


Sunday, December 18, 2011

Andai suatu hari.....


Andai suatu hari jemariku tidak lagi 
mengalunkan rentak rimanya disini 
aku pohon agar kalian mengerti..
Walau berat dihati ini untuk terus menyepikan diri 
atau menghilang dan terus sepi
Kerna aku ingin menjaga sekeping hati..

Andai suatu hari bila gemalai tari 
jemariku mulai hilang rentaknya
Aku ingin kalian ketahui
sungguhpun kita hanya mengenali diri disini
Terima kasih setulus hati kerna sudi membaca isi hati
Diriku yang tidak seberapa ini..
Yang akan terus cekal meniti hari
Sabar dan tabah menghadapi dugaan hidup
 yang tiada henti..


Bisik2:
Mencari SOLUSI utk terus menikmati hidup yg selama ini aku ingin aku kecapi KAMU takkan pernah mengerti kalau masih berasa SANGSI!

Monday, November 14, 2011

Kecewa..Sedih..Hampa...(T_T)

" My e-GTukar Result...(T_T).." click to enlarge!
Saat ini...hati rasa sgt sedih, kecewa dan hampa. Apa yg diharap2kan tak menjadi kenyataan. Aku refreshkan memori uols kat SINI..  Actually, keputusan ni aku dah pun semak pada 10/11 yg lepas..tapi wish some miracle might happen so try lagi skali log in today coz arini adalah official result permohonan pertukaran/perpindahan guru bg sesi 2012....tgok2 keputusannya masih tetap sama. So far skolah aku, hanya 2 org guru je yg permohonan perpindahannya berjaya/diluluskan.. Guru-guru ini adalah daripada Jabatan Bahasa, iaitu kedua2nya ialah guru Bahasa Inggeris. Ramai jugak cikgu yg mintak transfer tp tak diluluskan. Eventhou, those yg dah cukup tempoh perkhidmatan bertugas disini dan tak terkecuali guru-guru yg dah berkahwin, beranak- pinak disini, guru-guru yg bakal berkahwin dgn alasan mengikut suami pun tidak diluluskan permohonannya..apatah lagi aku, guru bujang yg dah cukup tempoh perkhidmatan dan bakal menikah... Adoiiyaiiii...sungguhpun ada yg kata tempat ni selesa, dan tak bnyk kerenah..tapi dr segi aspek jiwa aku....sungguhh aku dah tak tahan.. Bosann dgn environmental disini.... Nampaknya kena berusaha lagi pada tahun depan. 

Bisik2:
nak cari 'kabel' la lepas ni..senang cerita..

Sunday, October 16, 2011

Masalah?...Ada ke manusia yg tak punya masalah??


Merujuk kpd persoalan diatas....ada sesiapa diantara kalian yg langsung tak punya masalah dlm hidup? Kalau ada yg langsung tak punya masalah..ohhh...bahagianya hidup anda. Cubaan dan ujian tak berani dtg mendekat nampaknya..(haha..juz kidding). Well..aku rasa semua org ada masalah. Kecil mahupun besar...ianya tetap masalah. Nampak atau tidak, semuanya bergantung dgn cara seseorg itu 'menyembunyikan' masalahnya. Ada ke yg suka cari masalah? 


Well..mmg ada, tapi tak semua. Yg lari drp masalah pun ada. Yg cari masalah dan cuba utk menyelesaikannya pun ada... Sape kata manusia ni langsung tak punya masalah? Semua org ada masalah.. bezanya manusia itu diuji Tuhan dgn masalah yg berlainan. Ada yg ringan...ada yg berat.. Semua itu adalah ujian Tuhan. Rasionalnya...kita diuji dgn masalah supaya kita belajar utk menyelesaikan masalah tersebut..sekiranya ianya berpunca drp khilaf kita sendiri. Ada juga masalah yg dtg tanpa diundang..tujuannya supaya kita sentiasa beringat dan berjaga2 dlm kehidupan kita. Pendek kata....masalah sentiasa wujud disekeliling kita tanpa kita sedari. 

Sunday, September 18, 2011

Good Mood turns Bad Mood! grrrrrrrr....

"Everything bout my life is boring..wish i had a LIFE"- Google
Hidup aku ni sgt boring. Nak story pun..uols takkan mengerti. No LIFE...less FRIEND..got LOVE but always HURT.. Should i explain more?.. No need! Mood baik pagi tadi dah bertukar ke mood kurang baik. Benci dgn org yg kerjanya hanya tau nak menyakitkan hati je.. Cemburu tak tentu pasal!Tak tahu hujung pangkal..sesuka hati je! I hate you!

Bisik2:
geram sgt dgn 'seseorang'

Friday, September 09, 2011

Masalah Air Lagiii...adoiyaii.rasa nak mengamuk la!

"Air...Oh..Air.."
 Aduhaiiii....masalah air lagi. Kali ni bukannya takde langsung, tapi jadual pembukaan air (taktau nak letak istilah yg sesuai..papepun harp uols faham)..dah bertukar. If ikut logik akal la kan....air ni mmg diperlukan setiap masa. Bukan saja utk mandi..memasak, malah ianya dah menjadi salah satu medium keperluan manusia yg paling utama. Sejak kembali daripd cuti pertengahan penggal kedua yg lepas, sistem ataupun jadual pembukaan air (dr paip utama)..dah ditukar ke waktu tghmlm hingga ke waktu pagi..tu pun sekitar jam 9.00 pagi dan ke atas, kekdg hingga lewat malam, setitik air pun takkan keluar dr paip rumah..maupun paip2 di sekitar sekolah. Sungguh mengharukan...menyedihkan serta menyusahkan. Selama aku berkhidmat disini, masalah air ini mmg takkan pernah selesai ataupun menjadi normal. Saban tahun pasti akan merasai fenomena ketiadaan air..dan utk mengatasi masalah tersebut...harus bersedia menakung air sebanyak yg mungkin sebaik sahaja air mulai di alirkan. Bak kata pepatah, alah bisa..tegal biasa.. Namun, fenomena ini juga menjadi salah satu faktor penolak yg bleh mencetuskan hilangnya motivasi dikalangan pekerja...apatah lagi kpd para pelajar. Mana tidaknya..masa yg sepatutnya digunakan utk pelajar berehat atau tidur (jam 10 mlm, lampu asrama wajib dipadamkan) digunakan utk mereka mencari dan menakung air utk mandi keesokkan paginya. Sungguh kesiankan...dan kesannya, pelajar2 letih dan tidur didlm kelas. 

Bisik2:
sampai bilakah perkara ini akan berlanjutan? Aku juga sudah mulai penat dgn fenomena ini!
"baju pun dah melobo2 mintak disesah..aishh"

Monday, September 05, 2011

First day kerja slps bercuti raya...hati masih lekat dirumah!

"SAYA YG MENURUT PERINTAH"
Assalamualaikum semua! Mostly, arini ramai yg kembali bertugas seperti biasakan. Rasa macam mimpi je cuti seminggu tu berlalu tanpa disedari. Sesungguhnya, cepat benar masa berlalu. Aku baru je kembali ke tmpat bertugas pagi tadi. Bertolak seawal jam 5.30 pagi dr kpg kerana jarak perjalanan dr kpg ke tmpat aku bermastautin (bertugas) memkn masa satu jam setengah. Terasa berat hati ni nak meninggalkan family tersayang, dan terasa airmata rindu tu bergenang di saat aku menaip entry ini. Sungguh emo rasanya hari ni, walaupun kpg halaman baru je beberapa jam di tinggalkan. Sungguhpun, kpg halaman aku taklah sejauh mana, kalau ikut hati bleh balik tiap2 hari tapi semua itu mustahil utk aku lakukan kerana bebanan tugas yg melambak. Kalau balik rumah sendiri, confirm susah nak buat keja. 

Bisik2:
harap dpt pindah dan berada dekat dgn family dan juga yg tersayang..

Thursday, August 11, 2011

Juadah yg aku teringinnn sgt nak buat...tapi tak TERbuattt..

Cendol! Dulu2 slalu tlg mak kat dapur dan belajar buat menu cendol sendiri..mak kata lagi jimat kalau buat sendiri. Bleh makan ramai2 dan makan byk2 kali kalau masih tak puas.. Betol ckp makk..


Kuih ketayap..or Kuih Lenggang, for Sarawakian lah. Kenapa digelar sbg 'kuih lenggang'? Coz masa buat kuih tu uols kena lenggangkan kuali juz like uols buat senaman pinggang tu..Hahaha..Maybelah kot. Dulu2, suka tlg mak buat kuih ni. Bukan saja di bulan posa, tapi bulan tak posa pun buat utk juadah minum petang..intinya mstlah kelapa parut yg dicampur dgn gula merah..Now? Dah kurengg, aktiviti melenggang kuali coz anak mak yg sorg ni, jarang2 balik kpg. Busy dgn keje.

Bisik2:
stay single ni semuanya simple..kl stay dgn family, meriahhnya hidangan..(T_T)

Saturday, July 30, 2011

My Heart....often Fragile!

Hai Uols....
Rasa takde mood nak update story. At the moment..jiwa kacau. Sakit hati..tak puas hati. Geram. Marah. Benci. Bosan.. Keliru.. Serba salah.. Kecewa.. Hampa.. Sedihh. Airmata sentiasa menemani.. tangisan dlm hati yg tiada kesudahan! Kenapa? Arghh..complicated! Semua benda seakan2 salah dimata seseorang. Dari dulu hingga kini, perasaan ini sentiasa dihambat dgn perasaan yg sgt menyedihkan. Sampai bila aku harus bertahan dgn semua ini! 

Bisik2:
Ya ALLAH..kuatkan semangatku, tabahkanlah hatiku selalu.. Sesungguhnya, hanya ENGKAU yg Maha Mengetahui perkara yg terbaik utkku.

Tuesday, July 26, 2011

STRESSFUL!

Hi uols..rasa macam dah lama aku tak update my story kan? Erm...since last few days, ntah la pasal apa la agaknya aku agak rasa down nak menulis..huhuhu. Penatt dgn keje....penatt dgn masalah dalaman.. Penatt dgn environment yg aku dok tengok hari2..dan penatt dgn pelbagai kerenah manusia yg macam2.. Susah dan sukarnya nak hidup dlm keadaan yg mcm ni. No more best buddies.. No more jokes and laughters! And I'm quite stressful with this kind of situation...

Bisik2:
wanna cry on my sweet mr. fiancee shoulder...but he's too far...

Friday, July 08, 2011

Miss Him...=(


Rasa cam mimpi je... tapi seriously it happens. It's real.. Almost a week spent time with mr fiance after almost 4 months weols tak jumpa. Alhamdulillah..jodoh msh kuat. Hope this time around, both of us  akan lebih kuat dan tabah menghadapi dugaan yg mendatang. Aminn.... Syg him so much!

Bisik2: 
this coming October...2nd year engagement anniversary!

Monday, June 27, 2011

Sedih..=(

Assalamualaikum.. It's Monday!.. 

Semalam, pegi jenjalan ke bandaraya Miri bersama housemateku. Tetiba, dikejutkan dgn satu berita..sesungguhnya, aku agak sedih. Dan, pastinya housemateku pun turut sedih. Sedih kerna bakal meninggalkan kami semua..teman2 sekerja. She's going to move to other school soon.. =( .. Dia bakal bertugas di tempat baru, setelah hampir 3 tahun berkhidmat di daerah ini. Semoga sukses selalu..sahabatku!


Bisik2:
nak mohon pindah jugak..hujung tahun ni..ingin mencari pengalaman baru..

Sunday, June 12, 2011

Buhh-bye Home Sweet Home

*Credit to Mr Google*
..leaving home..

…beratnya rasa hati nak melangkah pergi..tetapi apakan daya..aku terpaksa…(T_T) Alahai ni yg malas ni bila dah cuti lama. Hati dah ‘lekat’ di rumah, dah selesa, tenang, aman, bahagia bersama family tersayang..terpaksa ‘melangkah pergi’ pulak.

Well..ketika entry ni dipublish, aku on the way balik ke ‘rumah bujangku’..Rutin hidup kembali spt biasa. Sakit,pening,lapar, kenyang di uruskan sendiri. Eh..eh tapi itu tak bermaksud yg selama aku bercuti dirumah ni semuanya diuruskan oleh org lain. Dan, suasana hidupku kembali sunyi dan kadangkala tegang memikirkan tentang hal2 keje. Tetapi, semua ini akan ku lalui dgn sabar.
Bisik2:
Mood sedih..(T_T)

Current Running Numbers

CooL FoLLoWeR