. BitterSweetLurveLife: Masalah?...Ada ke manusia yg tak punya masalah??

Who's Me??

My photo
I wrote my thoughts here and share to all of you the pain and joy of bitter-sweet life. Life is sweet,Lurve is Bitter.

Sunday, October 16, 2011

Masalah?...Ada ke manusia yg tak punya masalah??


Merujuk kpd persoalan diatas....ada sesiapa diantara kalian yg langsung tak punya masalah dlm hidup? Kalau ada yg langsung tak punya masalah..ohhh...bahagianya hidup anda. Cubaan dan ujian tak berani dtg mendekat nampaknya..(haha..juz kidding). Well..aku rasa semua org ada masalah. Kecil mahupun besar...ianya tetap masalah. Nampak atau tidak, semuanya bergantung dgn cara seseorg itu 'menyembunyikan' masalahnya. Ada ke yg suka cari masalah? 


Well..mmg ada, tapi tak semua. Yg lari drp masalah pun ada. Yg cari masalah dan cuba utk menyelesaikannya pun ada... Sape kata manusia ni langsung tak punya masalah? Semua org ada masalah.. bezanya manusia itu diuji Tuhan dgn masalah yg berlainan. Ada yg ringan...ada yg berat.. Semua itu adalah ujian Tuhan. Rasionalnya...kita diuji dgn masalah supaya kita belajar utk menyelesaikan masalah tersebut..sekiranya ianya berpunca drp khilaf kita sendiri. Ada juga masalah yg dtg tanpa diundang..tujuannya supaya kita sentiasa beringat dan berjaga2 dlm kehidupan kita. Pendek kata....masalah sentiasa wujud disekeliling kita tanpa kita sedari. 




Masalah juga mengajar kita bertindak dgn lebih matang, mencari jalan penyelesaiannya. Bukan hanya duduk diam dan terus membiarkan diri kita dibelenggu dgn masalah tersebut. Ada juga manusia yg begini..jgn tak tahu.. Masalah yg kecil, yg mudah utk diselesaikan pun dibiarkan berlarutan hingga menyusahkan hidup org lain..sbg contoh longkang rumah yg tersumbat. Kalau dibiarkan berlarutan dan tiada tindakan susulan pastinya org2 sekeliling pun akan menerima padahnya.


Aku kini diuji dgn pelbagai masalah..dan kini, sdg mencari jalan terbaik utk menyelesaikan masalah tersebut..demi kepentingan semua pihak. Aku takkan membiarkan diriku...terbelenggu dgn masalah ataupun lari drp masalah. Masalah inilah yg menjadikan aku sentiasa kuat dan tabah dan menjadikan aku lebih matang utk berfikir. 

Bisik2:
Semoga masalah2 ini akan selesai satu-persatu.. Ya Allah..permudahkanlah semuanya utk hambaMu yg hina ini..aminn.

2 comments:

AmirFX said...

Masalah kmk nektok nak kalahkan kawan kmk yang smash kmk men bedmenten malam tadik.. Gik pikir strategi cemne nak sambut bola smashnya.. haha..

Zie Madini said...

setiap manusia nang akan diduga dgn masalah olehNYA. mcm kmk...mek bok jak lepas dari masalah yg sgt rumit ariya :)

Alhamdulillah...ALLAH sik akan menguji hambaNYA sesuatu di luar kemampuan hambaNYA. i hold on to that quote utk make mek strong, yunk ^_-

Current Running Numbers

CooL FoLLoWeR