. BitterSweetLurveLife: August 2013

Who's Me??

My photo
I wrote my thoughts here and share to all of you the pain and joy of bitter-sweet life. Life is sweet,Lurve is Bitter.

Saturday, August 31, 2013

Indahnya hari Sabtu!!

Hai.. Selamat Hari Merdeka dan selamat berhujung minggu buat semua. Hari Sabtu, kalau takde plan apa-apa.. lebih baik stay je kat umah, menghabiskan masa bersama keluarga tersayang memang sangat bermakna. Berlainan pula dengan aku yang hidup single di tempat orang, biasanya hujung mingguku dihabiskan dengan aktivit aktiviti membuta dan menyiapkan tugasan yang perlu dikemaskini. Macam tu je, rutin hujung minggu..agak bosankan? Jarang sangat nak keluar...sebab malas dan penat..unless kalau ada hal yang tidak dapat dielakkan. 

Hari ni, aku dan housemate...plan nak pegi open-house. Open-house special..puan-puan isteri yang organize utk rakan-rakan sekerja. Puan-puan isteri ni, semuanya dah berkahwin...tapi terpaksa berjauhan dengan si suami kerana tuntutan tugas. Apa nak buat...itulah pengorbanan namanya!

Sementara menunggu masa nak mandi dan bersiap-siap, aku merajinkan diri buat self-facial dulu, coz kulit muka ni dah terasa kasar dan menggerutu kerna ada benda asing yang mulai timbul di permukaannya. Kalau pegi spa, biasanya orang akan buat 'threadding'..tapi aku tak berapa nak gemar berbuat demikian. Maka, aku just tempek je 'black mask' di muka sampai kering. Bila dah kering...tarik je dengan rakus, kemudian tengok kat mask tu...mesti banyak hasil tangkapan yang berjaya ditangkap termasuk la bulu-bulu halus di muka anda. 

Aku buat ni dua minggu sekali je. Itu pun kalau ada mood. Kalau tak, sebulan sekali pun belum pasti. Mask yg aku guna..mask biasa je. Google pun boleh cari dengan sepantas kilat kalau uols 'web search'. 



Sila abaikan wajahku yang agak 'mengerikan' itu. Hahaha...aku tempek nipis je mask tu, tak nak tempek tebal-tebal coz nanti bila dah kering and uols nak tarik..payah! Semahunya menggunakan banyak kudrat untuk menahan kesakitan..rasa macam buat 'waxing' pun ada. Tapi...seriously, aku tak pernah buat 'waxing' okayyy. Tak kuasa....tengok je dah seriau dan cuak! Betulkan kata orang... beauty is pain!

Till I blog soon peeps...have a nice weekend. Thanks for reading... 


Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke - 56! Hargailah kemerdekaan, keamanan dan kemakmuran bersama.

Friday, August 30, 2013

Teringin...tapi hati masih berbelah-bagi!


Haii...yeayyy. Cepatnya masa berlalu. Tak sangka pulak, hari ni dah hari Jumaat.. Yang best hari Jumaat ni, boleh balik kerja awal..(kalau takde apa-apa aktiviti). Lepas tu...sambong tido di siang hari.. Pagi tadi, memandangkan hujan..rasa tak nak bangun pulak dari katil..tetapi kena paksa dan gagahkan jugak diri untuk bangun sebab kena gerak awal ke tempat kerja coz dah sampai giliran kumpulan aku yang bertugas. 

Nasib baik, petang tadi takde apa-apa aktiviti so aku and my hommies pakat la balik awal. Sampai je kat umah, lepas mandi..terus masok ke bilik masing-masing dan sambong tido. Bahagiaaa rasanya!! Nak-nak pulak hujan, memang layannn habiss la. Tapi, bukan setiap hari Jumaat boleh buat aktiviti rehat macam ni tau.

Kali ni nak share dan story sikit pasal online shopping. Kaum hawa memang sukakan topik begini kan? Yelah, shopping online ni..mudah. Uols tak payah nak penat2 drive..cari parking bagaii, survey dari satu kedai ke satu kedai hingga penat..kan? Apa yang diperlukan..hanyalah lappy dan line internet je. Lepas tu..pastikan dalam akaun ada cukup bajet. Tak cukup bajet...cuci mata dan buat wishlist je la..kan?

Aku ni memang kalau rasa malass nak keluar, maka aku prefer online shopping je. At least, tak banyak sangat benda yang aku rembat. Maklum la, kadang-kadang..dah plan & siap tulis barang yg nak dibeli bagai..tapi sedikit-sebanyak mesti ada jugak barangan lain yang akan dirembat kemudian. So...bajet pun lari. 

Ada satu online website utk shoppers yang famous ni yang aku tengah usha-usha jugak..tapi bila baca review, ramai jugak yang tak puas hati. Ntah betol atau tak...tak tahu pula kebenarannya. So, aku nak tau dan minta pandangan la uols yang pernah shopping online DI SINI pengalaman uols macam mana?? Ada beberapa stuffs yang menarik perhatian aku di situ, but at the moment, aku just letak dalam wishlist je. Nanti, kalau everything dah clear, baru boleh proceed checkout. So, uols yang gemar online shopping, jom share pengalaman uols atau suggest mana-mana website yang memang servis terbaekkkk punya!!

Monday, August 26, 2013

Insomnia...

Lately...sangat susah la rasanya nak melelapkan mata ni. Walau badan penat sekalipun..otak ni masih ligat lagi berfikir. Memang..sekarang ni terlalu banyak perkara yang difikirkan..tentang kerja..tentang hidup..tentang diri sendiri..tentang keluarga..macam-macam lagi lah!

Sepatutnya kalau nak sihat dan kembali cergas..kita mestilah spare tido dan rehat yang mencukupi..at least 6-8hours.. Tapi, kalau insomnia melanda..maka kurang la masa tido tu.. Sudahnya, esok hari tersengguk-senguk..menongkat dagu..

Ohhh mata....tidor lah!! 

Sunday, August 25, 2013

A Life Companion Story..



Malam-malam kalau tak dapat nak tido tu ataupun nak melayan mata sampai tertido selalunya aku memang akan layan Youtube. Tengok short movie, tutorial, news, gosip, parody, lawak..macam-macam lagi lah! 

Recently, ternampak iklan Samsung di kaca tv tentang short movie ni..so apa lagi, aku pun search dalam youtube. Setiap episod dah tengok and sekarang tengah tunggu final episod nya pulak yang akan ditayangkan penghujung Ogos ni. Uols dah tengok?? Kalau nak tahu apa kesudahannya....jom layan Youtube. 


Lemau rasanya...

Esok adalah hari yang 'lemau'.. Semestinya uols tahu apa yang dimaksudkan dengan perkataan 'lemau'. Kalau ada yang tak tahu, NAH KAMUS..KLIK SITU!

Rata-rata ramai yang berhadapan dengan situasi 'Isnin Biru'. Bila hari Isnin je..of course..rasa lembik, longlai, lemah dan demotivated. Semuanya berpunca daripada persekitaran tempat kita bekerja. Betul tak? Macam aku, dah hampir 7 tahun berkhidmat di tempat yang sama, dengan sesetengah orang yang masih sama di samping orang-orang baru, dan sistem yang sama...memanggg membosankan!! 

Kadang-kadang terfikir jugak, kalau la ada orang yang nak switch kerja nya dengan aku..memang aku sanggup. At least, masing-masing dapat merasa cabaran dan beban tugas masing-masing..kan? Apapun, sebagai hamba Allah, kita kena sentiasa beringat bahawa kerja itu satu ibadah. Maka, haruslah sentiasa membetulkan niat dan ikhlaskan hati untuk berbakti kepada masyarakat. 

So....selamat menanti kedatangan 'Isnin Biru' dan mulakan hari 'Isnin Biru' dengan bersemangat! Dan warna yang baru!! 

I'll blog soon...take care! Thanks for reading...


Saturday, August 24, 2013

Impressed!

\(^^)/ weeeheee!!

Tak sangka betul la..walaupun daku agak lama menyepi dr blogging, ada unexpected things pula yg terjadi. Tak sangka tau!! *sounds excited*

Semestinya uols nak tahu apa benda yang buat aku tetiba eksaited ni.. Weeeheee! Well...takde apa pun sgt, just that..tadi aku tergerak hati nak check Nuffnang account..and guess what??


Agak sgt teruja perasaan daku bila mataku terpaku pada amaun yg terpampang di skrin. Ada peningkatan di situ nampaknyaa...woww!!

Before this, there's only a few cents. Then a miracle happens. Nuffnang meningkat kpd ringgit.*Alhamdulillah...rezeki.* Terima kasih, Nuffnang. Terima kasih readers & visitors kerana sudi singgah disini.

Walaupun hanya sekadar ringgit..tapi aku tetap bersyukur. Manalah tahu..lepas ni boleh bercambah dan beranak-pinak menjadi puluhan..ratusan..ribuan ringgit. Boleh la digunakan untuk membayar extra hutang-piutang..kan?


Maka, harussss la daku rajin-rajin update dan buat research untuk generate income Nuffnang lepas ni. Sapa kata blogging ni buang masa? Kalau betul caranya..boleh senyum sampai ke telinga uols!

Till I blog soon, take care luvly readers and visitors. Thanks for reading...


Friday, August 23, 2013

BLOGGER apps!

Hi there uols! Since daku sudah pun installed Blogger di gadgetku..terasa semangat pula daku ini mengupdate.. Yelah, nak explore dan.. get use to this apps. So far, tak berapa nak 'passed' sangat sebab masih lagi terkial-kial menaip di screen coz gadgetku ini hanya gadget yg sedang-sedang saja..*kalau menaip di tablet tu..mungkin cepat sikit coz screen nya agak besar dan luas..hehe*

Yang bestnya bila dah install apps ni dlm ur gadget...anytime..anywhere uols bleh update blog uols. Tak payah nak tunggu bukak lappy..on..bagaii! Tapi..yg tak berapa nak bestnya...setakat ni aku tak tahu lagi cara nak alignkan paragraphs di blog aku ni haa.. Kalau di lappy, cari je icon garisan yg byk2 tu..then ur paragraphs pun aligned dgn kemasnya. So..readers..jangan la heran ye kalau nengok aku punya paragraphs ni..bagai ulala yg tgh pening pulak..jadinya! * masih dlm proses belajar guna apps ni*

Ada tak antara uols yang dah expert dgn apps ni? Jom bagi opinions & tips skit....

Salam Syawal!!

Assalamualaikum... Wahh! Lama sudah daku tidak menjenguk blogku ini.. * kesian kau wahai belog*. Aku kini tidak serancak ketika mula-mula blog ini dibuat. But, it doesn't mean yang diriku akan terus menyepi buat selama-lamanya. Kekangan masa..sometimes, membataskan niatku utk blogging. Kadang-kadang...MALAS pun ada. MALAS bcoz of idea tetiba hilang saat aku sudah pun berada di depan lappy! *bolehh gitu??*

Anyway...masih belum terlewat lagi utk wish uols the bloggers & readers " SALAM SYAWAL..SALAM AIDILFITRI".. *amacam raya uols?  Mst ada yg dpt angpau & juga 'kena pau'  kann??*  Hahahaha... Takpe..setahun sekali maaa...

Okay uols..idea dah start nk freezing ni..so i'll be signing off now. Hopefully...i will able to blog soon. No promise... It's not nice to keep a promise if you can make it...right??  Take care!!

Current Running Numbers

CooL FoLLoWeR