. BitterSweetLurveLife: beauty conscious

Who's Me??

My photo
I wrote my thoughts here and share to all of you the pain and joy of bitter-sweet life. Life is sweet,Lurve is Bitter.
Showing posts with label beauty conscious. Show all posts
Showing posts with label beauty conscious. Show all posts

Saturday, September 21, 2013

Review: Boya Skin Mask

Hari ini takde plan nak pegi mana-mana pun, walaupun sekarang ni sedang berlangsung event MENARIK DI SINI..tapi me and my hommie memilih nak stay dan berehat je kat umah. Walaupun tempat event tu berlangsung hanya mengambil masa setengah jam perjalanan..tapi bila sampai di sana nanti, jenuh pulak nak cari parking. So..malaslah! 

Hari ni nak buat product review pulak. Sebenarnya dah lama nak buat review ni tapi memandangkan masa yang ada tidak mengizinkan diriku untuk berada lama di depan lappy, maka terpaksa la diriku 'postpone' niat utk update. 



Review ni berkaitan dengan sejenis produk dari Korea yang diformulasikan di Jepun. Rasanya ramai yang tahu tentang produk yang dikenali dengan nama "Sleeping Mask" ni. Mask ni, bukan seperti peel-off mask yang biasa kita gunakan tu, tapi mask ni kita apply sebelum tido..selepas membersihkan badan/mandi. 

Usually, aku apply skin mask ni everytime nak tido je. Caranya, picit mask tu ke tapak tangan..then gosok je la macam uols sapu lotion. Boleh juga disapu ke muka asalkan jangan terkena mata. Mengandungi Boya Glutathione yang meresap terus ke dlm kulit uols. Jika diamalkan dengan berDISIPLIN, maka hasilnya kulit uols akan jadi cerah dan kembali remaja dalam masa 7 hari. Aku dah apply lebih dari 7 hari, so far tak nampak sangat perubahan sebab aku selalu je skip. Kalau ingat, sapu.. tak ingat..ahh, malaslah! Hahaha...



Selain drp mencerahkan dan meremajakan kulit, skin mask ni buat kulit kita rasa fresh and it smells nice. Which is, takde la bau yang boleh meloyakan or memeningkan kepala. Just nice.. So, bila bangun esok hari nya baru la dibersihkan kulit uols ye. Tak susah pun, just mandi macam biasa..then uols rasai la perbezaannya. Kulit terasa halus-mulus dan anjal. Cerah?? Nope...ini bukan produk ajaib yang boleh mencerahkan kulit SEKELIP MATA. Nak CERAH, kena berDISIPLIN guna selama 7 hari ye.. Aku ni kurang berdisiplin, maka hasil untuk pencerahan tu tak nampak sangat..tapi kulit memang terasa smooth dan anjal. 



So, kepada uols yang nak kulit cantik, bersih bersinar macam artis Korea..try la this produk. Saya tak jual..saya just review je. Hahaha... *kalau aku ada modal, memang aku jual..*

Ok, till I blog soon... Thanks for reading...


Saturday, August 31, 2013

Indahnya hari Sabtu!!

Hai.. Selamat Hari Merdeka dan selamat berhujung minggu buat semua. Hari Sabtu, kalau takde plan apa-apa.. lebih baik stay je kat umah, menghabiskan masa bersama keluarga tersayang memang sangat bermakna. Berlainan pula dengan aku yang hidup single di tempat orang, biasanya hujung mingguku dihabiskan dengan aktivit aktiviti membuta dan menyiapkan tugasan yang perlu dikemaskini. Macam tu je, rutin hujung minggu..agak bosankan? Jarang sangat nak keluar...sebab malas dan penat..unless kalau ada hal yang tidak dapat dielakkan. 

Hari ni, aku dan housemate...plan nak pegi open-house. Open-house special..puan-puan isteri yang organize utk rakan-rakan sekerja. Puan-puan isteri ni, semuanya dah berkahwin...tapi terpaksa berjauhan dengan si suami kerana tuntutan tugas. Apa nak buat...itulah pengorbanan namanya!

Sementara menunggu masa nak mandi dan bersiap-siap, aku merajinkan diri buat self-facial dulu, coz kulit muka ni dah terasa kasar dan menggerutu kerna ada benda asing yang mulai timbul di permukaannya. Kalau pegi spa, biasanya orang akan buat 'threadding'..tapi aku tak berapa nak gemar berbuat demikian. Maka, aku just tempek je 'black mask' di muka sampai kering. Bila dah kering...tarik je dengan rakus, kemudian tengok kat mask tu...mesti banyak hasil tangkapan yang berjaya ditangkap termasuk la bulu-bulu halus di muka anda. 

Aku buat ni dua minggu sekali je. Itu pun kalau ada mood. Kalau tak, sebulan sekali pun belum pasti. Mask yg aku guna..mask biasa je. Google pun boleh cari dengan sepantas kilat kalau uols 'web search'. 



Sila abaikan wajahku yang agak 'mengerikan' itu. Hahaha...aku tempek nipis je mask tu, tak nak tempek tebal-tebal coz nanti bila dah kering and uols nak tarik..payah! Semahunya menggunakan banyak kudrat untuk menahan kesakitan..rasa macam buat 'waxing' pun ada. Tapi...seriously, aku tak pernah buat 'waxing' okayyy. Tak kuasa....tengok je dah seriau dan cuak! Betulkan kata orang... beauty is pain!

Till I blog soon peeps...have a nice weekend. Thanks for reading... 


Saturday, November 05, 2011

Hati-hati membeli produk kecantikan!

" Ewwww..." - Google
Semua org ingin cantik...tidak dinafikan. Tapi, adakah anda tahu apakah yg terkandung dalam barangan kecantikan yg sedang anda gunakan sekarang? Pastikan ianya benar2 selamat dan suci.. Aku nak sharekan uols beberapa jenama produk yg telah disenaraihitam oleh pihak KKM.. CHECK IT OUT! (KLIK SINI)

Bisik2:
jgn biarkan diri anda menjadi mangsa!


Looking for a new skincare product..(^^,)

Assalamualaikum semua...happy Saturday! Cuaca arini mendung dan lembap je tau uols...kalau dok atas tilam ni confirm aku memang tido. Yelah, weekend...masa utk berehat dan bersantai, menenangkan fikiran yg sdg berkecamuk.. Tadi mase tgh kemas2 almari, baru perasan yg skincare produk aku dah nak habis la. Currently, aku guna skincare yg aku beli di Cosway je.. Kzanah Anggun White.. (tapi muka aku tak white pun)

"my current skincare products" - Google Pics
Aku nak tukar skincare produk coz aku rasa produk ni coz selama aku pakai produk ni, kulit muka aku nampak agak kusam dan tak sekata.. Maybe kulit aku kurang sesuai kot. Before guna produk ni, aku guna skincare yg berasaskan botani...made from nature..namun kerana harganya yg agak mahal, so aku stop dan replaced with Kzanah. Nak tau skincare apa yg bermain2 dlm kepala otakku rite now?


Sunday, September 11, 2011

Goat's Milk Soap & Face Mask...

"Dah nak habisss dah.....helppp!"
Dah lama dah rasanya aku dok simpan pic ni dalam folder blog's pic.. konon2nya bila ada masa terluang nak publishkan entry ttg products ni. Kalau tak silap, aku beli sabun dan mask ni sebelum cuti penggal satu bermula. Dapat kat mana? Sejak aku memulakan kegiatan blogging ni utk mengisi masa dan meluahkan isi hati yg mungkin bleh menjejaskan pemikiran aku, kerap kali jugak aku bertandang ke SINI sebelum aku decide nak try one of the items yg DIA jual. Seriously, aku sgt suka dgn sabun susu kambing tu. Wangi tau! Kulit pun jadi halus-mulus bila kita apply. Face mask tu pulak..memang mantop! Kalau muka uols jenis muka kecik, satu peket tu bleh pakai 3 kali.. Sgt best coz mask tu jenis peel off. Once uols tarik the mask..confirm all dirts and white & blackhead tercabut skali. Stok dah nak habiss...so plan nak book lg. Tapi, skrg ni DIA agak busy. Masih aktifkah ANDA menjual produk2 ini?

Bisik2:
ini yg terbaeekkk!!

Tuesday, August 09, 2011

Make Up; How and Where To Apply Blush

Aku mmg suka make up. Tapi takdelah fanatik sgt, sampai nak buat tutorial make up bagai. Aku juga suka tgok ladies yg cantik, comel, ayu dan sopan. Bagi aku...semua wanita di dunia ni, masing2 mempunyai kecantikan yg tersendiri. Kalau luaran kurang cantik, inner beauty pasti menyerlah. Somehow, ada jugak yg cantik diluar tp inner beauty, hampehh. Hati busuk! Apapun, jika kamu si gadis2 ingin kelihatan lebih cantik..makanya haruslah diseimbangkan dari segala segi. Baik dr segi perangai, tingkah-laku, adab sopan...semuanya mau jaga babes! Okeh, enuff of membebel. Tadi masa dok google resepi2 yg agak2 aku bleh try utk buat masa senggang dibulan puasa ni, aku turut menggodek cara2 utk sapu blusher yg betul, mengikut bentuk muka masing2. Tapi ini bukan tutorial ya dear..juz a few tips for us to share. Hopefully, pasni if uols nak sapu blusher uols taulah tmpt mana nak bubuh kan?...



Friday, July 15, 2011

Tension arrr....dark circles dan kesembapan mata very obvious!

sekadar hiasan
Iskk...tension arr uols! Latelykan...dark circles semakin menggila under eyes aku. Tak suka nahh tgok! Nak captured pics pun aku takde mood. Tak berseri lansung pics aku dek kerana dark circles yg agak obvious tu. Huhu...plus pulak dgn mata yg sembab..hadooo...cukup pakej la. Erm..camni la bila kita asyik dok fokus kat computer screen for a long hour...and tak cukup masa tido. Plus....tekanan kerja yg indirectly disturb our emotion. Haa..pasal tulah senang dapat pakej dark circles.. Feel down sesangat if tgok muka lam cermin. Nampaknya, pasni kena pg cari produk yg dpt kurangkan kesan dark circles kat mata ni.. Uols amacam? Having the same problem? Come la..share produk apa yg sesuai utk segarkan dan kurangkan dark circles kat mata..

Bisik2:
rumitnya jadi perempuan..ada slack sikit kat muka/kulit mesti kecohh.. syg muka & kulit maa

Sunday, March 27, 2011

I hate dark circles



Dark circle...a.k.a Panda Eyes..huhu. Uols ada tak? Try check kat cermin and belek2 muka uols especially kat area mata tu..korang perasan tak korang punya mata ada lebam2? Kalau ada itu tandanya tak lama lg akan timbul eye bag!! Goshh..i hate eye bag. Nampak mcm org sakit je if eye bag tu obvious sangat..

Actually for those yg masih nak merangkak remaja tu..eye bag tak kelihatan lagi. Tapi those yg semakin meningkat usia macam aku ni..of course..ADA. For those yg sangat2 menjaga penampilan diri benda pasti merisaukan uols rite? Let's find out..why eye bag ni muncul..antaranya:

  • Selari dengan umur anda yang semakin meningkat.
  • Anda ada alahan.
  • Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri.
  • Mengalami keletihan setelah bekerja seharian.
  • Kekurangan nutrisi pada tubuh anda.
  • Faktor genetik.
  •  Pengaliran darah yang tak stabil.
  •  Anda menghadapi tekanan dan tak dapat mengawalnya dengan baik.
  • Terdedah kepada cahaya matahari. (Bukan matahari waktu pagi yer.)
  • Penurunan berat badan yang agak mendadak.
  • Ada masalah pinggang dan juga perut.
  • Tisu lemak dan cecair.
  • Masalah sinus.
  • Anda memang ada masalah kesihatan.
  • Anda seorang SMOKERS (perokok)
So..that's it. Aku tak reka2 tau..tapi ini semua adalah hasil dr pembacaan aku setelah mengodek2 Mr. Google. Erm..macam mana pulak dgn ORG LELAKI ek? Uols ada eye-bag tak?

P/S: pasni nak godek2 Mr. Google and tanya nenek kebayan tentang petua nak kurangkan dark circles ni..nanti kita share2 eaa..
SWEETLURVE UOLS!

Saturday, March 26, 2011

Eumora Miracle Bar


Penah try tak sabun ni uols?.. Ni lah sabun ajaib yg org dok bising tu...dah try ke uols. So far aku tak berani nak try lagi sabun ni..tapi my housemate ada guna sabun ni.. So far, after few weeks dia guna..aku tgok muka dia tegang and berseri2..bersih pun bersih..dan nampak cerah sikit berbanding biasa. So for those yg nak tau lebih details tentang produk ni...terjah2 and klik la kat "tak try kita tak tau" tu . Kalau aku story kat sini berjela2 pun nanti boring lak korang kan..so better check it out sendiri. Aku pun nak try gak guna sabun ni... Untuk awet muda la uols...tp tak konfiden lg. So for those yg penah try or still ongoing guna sabun ni..sharelah uols punya testimonial kat aku..

Thursday, March 10, 2011

(T_T) sobss..sobbss.. eh..eh..lady nangess laa...nape ek?? 

nak tau nape? meh sini..meh. mirror..mirror on my hand, why suddenly my skin gettin' so dull?? is it because too much exposure to the sun? huhuhu..i miss the old me... aku sedih semacam je bila tengok muka aku kat cermin ni..erm..kulit aku nmpak kusam and mcm dah tak berseri like before.. agaknya, maybe coz aku lately active sgt 'bekerja diluar' kot...i guess or probably aku dah jarang nak 'membelai' my own skin mcm yg aku slalu buat dulu2 tu... or...kulit aku ni jenis yg nak pakai skincare yg rega beratus2 perset?.. hohoho...jenuh aku ooo nk spend on skincare every month.. dulu2 masa anak dara..ceaa...(skrg ni bkn ank dara lg ke, lady?)...aku rajin nk wat facial sndiri..guna petua org2 tua.. skrg ni dek kekangan waktu yg ckp hebat, semua tu dah kurang..dan jarang aku lakukan.if nak wat pun, ikut mood aku..rajin aku buat..malas aku tinggal..hahaha..(ketawa jahat).. susah gak jadi WANITA ni ye..bnyk sgt maintenance nya..hehehe..nak2 lagi kl wanita yg bekerjaya tu..adoiiyaii..bleh botak hubby dibuatnya..especially for those yg benar2 menjaga penampilan diri..1st impression is important..katakn..almost everymonth sure punye nak pg spa..facial..slimming...ermm..ape lg ek??.. nowadays,bkn wanita je yg rajin jg penampilan tau, lelaki pun sama gak..especially those yg metrosexual..erm..btul ke term yg aku dok guna tu ek??.. hehehe..papepun,aku msh sedih & rasa kurang yakin dgn diriku skrg ini..huhuhu..nak kena pg 'salin kulit' le ni..^_^....

♥
♥
♥
♥
♥
♥
* stress...memikirkan tentang diriku..kini.*
P/S : by the way uols...uols guna skincare ape ek??..hehehe..sharing is caring,n loving at each other maa...mana le tau kot2 pasni aku leh try skincare yg korang guna utk try kat face aku ni...(^_^).....

Current Running Numbers

CooL FoLLoWeR