. BitterSweetLurveLife: foods

Who's Me??

My photo
I wrote my thoughts here and share to all of you the pain and joy of bitter-sweet life. Life is sweet,Lurve is Bitter.
Showing posts with label foods. Show all posts
Showing posts with label foods. Show all posts

Friday, October 14, 2011

Burger baru...nak try tak?

Hi uols! Yeayyy....it's Friday morningg. Dah breakfast tak? Ada sesiapa yg nak breakfast dgn burger tak pagi ni? Aku ada jumpa burger terbaru yg probably akan dipasarkan tak lama lagi...ceaaa..pandai2 je kan aku..

Chicken Burger...especially, KFC Zinger, mmg one of my favorite. Dah biasa gak tgok burger ni..sgt menyelerakan..mouth-watering!!

" Chicken Burger....my all time favourite" - Google
Beef Burger, nehi..nehiii.. Aku bkn pemakan daging, so beef burger ni not my favourite. So uols yg nak blanje aku burger, make sure uols jgn order beef ek.. (ceaa..ada ke yg nak spon burger ni?).

"Beef Burger.... sorryyyy not my taste.." - Google
Kedua2 spesies burger yg aku mentioned earlier mmg kita slalu tgok dan juga slalu makan.. Tapi ni aku nak bgtau uols.....ada satu lagi spesies burger terbaruuuuuu!!!...  Stakat ni blom diiklankan lagi dlm mana2 media cetak mahupun elektronik....

Thursday, October 13, 2011

Khamis yg spontan; Mengidammmm........

" Cheese Pizza...yummyy" - Google
"Ayam Goreng KEPSI (KFC)" - Google
" Secret Recipe...cakes" - Google
"Chicken Burger McD" - Google
"ABC a.k.a Ais Kacang " - Google

Perghhhh...tak dapat diungkapkan dengan kata2..betapa aku sangat cravinggggggggggggg for these foods!! Rase macam dah berkurun-kurun aku tak menjamah semua ni...benda yg paling simple dan senang nak dibuat kat mana2 gerai makan such as ABC pun susah nak carikkk kat sini.. Taktaulah..maybe ais mahal sangat harganya kot! 

Bisik2:
tak sabarrrrr nak cuti....nak p jamah all these foods.. CUTI pun aku keje gak kali ni..

Saturday, October 01, 2011

Boring & Sunyi; Pekena Tom Yam....


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi..kerna masih bernafas dan berblogging pada hari ni. Sedar tak sedar, September tlah pun berlalu..dan kini Oktober pula menjelma. Uols nak tau apa yg berlaku pada hari ni? Meh aku storykn....kisah ni kira "Tragedi Oktober" coz berlaku pd awal Okt. Selepas je bangun dr tido, mcm biasa aktiviti yg harus dibuat setiap Sabtu ialah general-cleaning...basuh baju, bsh cadar & selimut,  kemas rumah, sapu sampah, dan buang sampah..*tapi arini tak sempat buang coz lepas kemas2 semua, ujan pun turun dgn lebatnyaa..* means kena buang esoklah.

Sunday, September 18, 2011

Tempoyak...sekali makan,bleh buat terkenang2...

"sambal tempoyak goreng" - Google
Sape peminat tempoyak sini...angkat tangan? Perghh...semalam dinner kat umah kawan, kiteorg masak tempoyak goreng. Sodapppp giler! Dah lama tak mkn tempoyak weh. Jgnkan tempoyak..durian pun dah jarang makan dah skrg ni. Masak very the simple je..hiris bawang..cili padi (if nak pedas), gorengkan ikan bilis dulu..pastu tumiskan bawang dgn cili sampai naik bau pastu masukkan tempoyak. Goreng beberapa minit sampai sebati semuanya..then bleh la dihidangkan. Resepi org bujang katakan..simple je!

Bisik2:
resepi ekspress bila perut dah mula menyanyi keroncong dgn rancak sekali..

Saturday, September 17, 2011

Biskut Makmor...my ALL TIME favourite =)

"biskut makmor yg paling aku gemari: - Google
Kita masih di bulan Syawal yg mulia..pasti ada diantara uols yg masih rajin buat open-house. Aku tak punya banyak story tentang hari raya.. Tak meriah sgt coz cuaca pd hari raya pertama dan kedua..asyik hujan je memanjang. So..mood nak berziarah ke rumah kengkawan dan sanak-saudara pun spoiled.  Apapun, i enjoyed my raya dan aku nak bgtau uols..everytime berziarah ke rumah friends or relatives, biskut yg dlm gambo tu mstlah dicari terlebih dahulu..coz it's my ALL TIME fav maa...ailikeeee...especially bila mkn then org hidang pulak dgn coke or Pepsi..perghhh...mak mentua lalu pun tak perasan wehh!

Bisik2:
nanti balik weekend nextweek..nak buat biskut makmor lagi la.bleh bawak mkn kat ofis..

Thursday, August 11, 2011

Juadah yg aku teringinnn sgt nak buat...tapi tak TERbuattt..

Cendol! Dulu2 slalu tlg mak kat dapur dan belajar buat menu cendol sendiri..mak kata lagi jimat kalau buat sendiri. Bleh makan ramai2 dan makan byk2 kali kalau masih tak puas.. Betol ckp makk..


Kuih ketayap..or Kuih Lenggang, for Sarawakian lah. Kenapa digelar sbg 'kuih lenggang'? Coz masa buat kuih tu uols kena lenggangkan kuali juz like uols buat senaman pinggang tu..Hahaha..Maybelah kot. Dulu2, suka tlg mak buat kuih ni. Bukan saja di bulan posa, tapi bulan tak posa pun buat utk juadah minum petang..intinya mstlah kelapa parut yg dicampur dgn gula merah..Now? Dah kurengg, aktiviti melenggang kuali coz anak mak yg sorg ni, jarang2 balik kpg. Busy dgn keje.

Bisik2:
stay single ni semuanya simple..kl stay dgn family, meriahhnya hidangan..(T_T)

Segmen Ramadhan Jejaka Terhangat: Makanan Buka Puasa Kegemaranku


Assalamualaikum uolss.. Dah masuk hari ke 11 kita berpuasa.. Wahh,cepatnya masa berlalukan. Rasa mcm baru semalam je pengumuman puasa dibuat..tup..tupp, tgal 19 hari je lagi Ramadhan akan berlalu. Tetiba rasa sayu pulak..semoga kita semua akan berpeluang utk bertemu Ramadhan yg akan dtg..aminn. Pagi ni nak join segmen Ramadhan tentang makanan kegemaran bila tiba waktu berbuka. Erm..very the easy. Kalau cerita bab makanan mmg takkan habiss. Kalau boleh semuanya nak makan especially bila tibanya Ramadhan. Maklum la,bila dah seharian menahan diri dari lapar dan dahaga..pasti ada je menu special yg teringin sgt nk mkn utk berbuka. Nak tgok, makanan kegemaran aku waktu berbuka? Meh la intaii...

Monday, August 08, 2011

Ramadhan yg sederhana...

Assalamualaikum. Diam tak diam dah masuk hari ke-7 umat Islam sedunia mengerjakan ibadah puasa kan uols? Wahh...jadi maksudnya tinggal 23 hari lagi Syawal akan menjelang.. Dah seminggu berpuasa, baru semalam aku berkesempatan menerjah bazaar ramadhan berdekatan dgn Miri Indoor Stadium. Macam2 ada ye uols! Al-maklumlah, bulan puasa ni selera kita memang ada je nak makan itu ini.. Kekadang, menu yg jarang2 kita makan pun kita bleh makan dan cari. As for me..utk berbuka posa semalam aku juz beli Mee Kolok Goreng dan air sirap je. Ntah kenapa..tetiba aku kehilangan idea dan rasa utk mengenalpasti juadah yg dpt memikat tekakku ptg kelmarin.

Mee kolok goreng..ala2 yg aku beli di bazaar ramadhan semalam!
Bisik2:
hilang selera makan di bulan posa ni..mungkin rasa tak best coz berbuka puasa sendirian..

Friday, July 22, 2011

Teringinnyaaa nak mamam ni....

*gambar hiasan je*
Perghhh...dulu kalau tak bergeng dgn kengkawan dak Malaya, siyess aku takkan penah rasa or makan Tom Yam. Fuhhh..suddenly bila dah fall in love with tom yam, teruss jadikk my favourite. Dulu, rajin benor nak masak tom yam tapi bila aku masak yg pastinya..aku sorang je yg makan. My family..agak kureng dgn makanan yg dorg tak pernah rasa. Huhuhu..wasting je kann. Nakk tak nakk aku juga yg habiskan. Now, tetiba teringin sangat nak makan Tom Yam Ayam..dats my favourite okeh!

*sekadar hiasan gakk*


Saturday, June 18, 2011

Resepi; Kucai Bawang Putih (Garlic Sprout)

Ini adalah sambungan utk entri INI (klik utk review). Pernah makan tak ‘daun kucai’?
Dalam entri yg lepas..I mentioned that prefer kucai bawang merah if compare with kucai bawang putih. Resepi ni my housemate yg punya. Agak simple.

Actually, kucai ni boleh dimasak pelbagai cara. Whether soup or goreng tumis. Ok, jom kita intai cara memasak kucai ni.. Jom

Thursday, June 16, 2011

Sedapnyerrr..jeruk buah pala!

*Taken from Mr Google*
Jeruk buah pala
Assalamualaikum uols..nyum2.mase dok taip entry ni,mulut aku dok tgh ngunyah jeruk buah pala.. sesekali makan jeruk buah pala ni sedapp gak, maklum la kalau kat tanah kelahiran aku ni, takde buah ni. Penang mariiii….youuu!!


Mase cuti pertengahan tahun baru2 ni, one of my housemate pi holiday ke Pulau Pinang. So, another one of my housemate ni pulak..pesan la kat dia belikan jeruk buah pala..
Tu yg tumpang sekaki mkn tu..bak kata pepatah,rezeki jgn ditolak..musuh jgn dicari..

*Mr Google jugak*
Buah pala kat atas pohonnya.
Bisik2:
dah lama tak melancong...sapa org Penang? Habaq!!

Thursday, June 09, 2011

Mengidam jeruk buah amra....le pulakk!

*Pic from Mr Google*
Haluuuuu Uols! Aku rase semua tau ni buah apakan? Ala..kacang je..if uols yg familiar dgn spesies buah ni, haa ni la dia buah kedondong.. ataupun buah amra. FYI, buah ni kalau dah musimnya..ya ampunn sgt le banyak bergayut2 kat atas pohon. Tu yg buat aku jadi terliur dan tak tahan iman nak menyambal hari2...thou aku punya ulser ni tak sembuh lagi. Coz aku ni memang hantu sambal..dan semestinya, sambal tu harusss pedas. Tak pedas..tak umphh!

Thursday, June 02, 2011

Sambal Tumis Belimbing Buluh @ Wuluh


Tgok gambar je dah kecur liur..kan uols? Amacam uols rase kat tekak uols rite now mase tgok picxa buah asam tu? Aku rase semua kenal  dgn buah asam ni kan..for those yg tak tau..ni cheq nak habaq maii kat hangpa..buah asam ni namanya buah belimbing buluh @ wuluh. Erm, paham ngak kalian?? (^_^)

Now, susah nak dapat dah buah asam ni kecuali kat kampung..itu pun kalau masih ada yg tanam. Aku ni kira bertuah la coz kat belakang rumah aku di kampung, ada pokok belimbing ni yg sentiasa berbuah sepanjang tahun. Buah belimbing ni walaupun masam...ada banyak khasiat* perubatan tau! If uols yg rase nak berdiet ataupun nak stabilkan berat badan* sesuai sgt if amalkan memakan belimbing ni..tapi jgn la terover sgt pulak. Ada limit juga tu. Kang nanti tak pasal2 pulak badan tu terus cengkung melidi.

Actually, aku nak share kat uols resepi yg my mom buat utk lunch weols tghari tadi.. Penah buat tak? Penah makan tak uols? Senang je..ni versi yg my mom buat tau! Uols kena sediakan bahan2 berikut :

Sunday, May 22, 2011

First time makan icecream Iglool..terus jatuh cinta wehh!

Hollaa Uols! I'm back on the track..after a few days dah tak hapdate ape2 in  my lovely blog ni. Bukan saje2 nak menyepikan diri tau uols..tapi dek kerana kekangan mase dan juga bebanan keje yg agak byk buat mase ni.. so aktiviti belowalking dan bloggingku terpaksa ditunda...sedih2. For uols info, last friday..on 20th, actually aku and other staffs attending our dinner di Imperial Mall Hotel, Miri. Dinner tu, diadakan sempena menyambut "Teacher's Day"..like, me. Hehe..akhirnya aku terpanggil jua utk expose myself. Yess..i am an academic staff. Sorg tcer yg sempoi...dan slamber rock..ceaa. Well..today,aku bukannya nak story bout dinner tu..tapi aku nak story pasal ice-cream. Sape suke makan ice-cream?.. Sila angkat tangann! Well..i know, ramai yg suke gak mkn ice-cream ni..like, me..setelah entah beberapa bulan tak menyentuh dan tak menikmati ice-cream, tetiba yesterday afternoon..rase terpanggil nak makan ice-cream. So, kbetulan my housemate ade mention nak makan ice-cream the day before..aku pun bgtau kat dia..keinginanku yg nak makan ice-cream as well. Hehe..so kiteorg pun terjah le shopping complex yg paling famous di bandaraya peranginan ni ; Bintang Plaza a.k.a Parkson. Cuaca semalam pun agak panas tau uols..tekak aku ni asyik dahaga je..dan craving for benda2 sejukk. Sampai je di Parkson, weols singgah makan ice-cream di Iglool Kiosk..next to Teabox Kiosk..blogger yg dok Miri..mst familiar dgn tmpt ni...rite. Ni first time aku makan ice-cream Iglool tau uols dan rasenye...fuhhhh..sangat sedap. Two thumbs up! Aku ordered Chocolate Jam Snow Ice..sedap sesgt dan rase nak lagi!

Snow Ice yg sedapp dan buat uols lelehh!!
Nak tau more info tentang Snow Ice dan the most popular flava in town..jom terjah website ni..Snow Ice Iglool .. First time rase..terus jatuh cinta wehh! Pasni nak makan ice-cream di Iglool dan order flavour yg lain pulak! ^_^..  Selamat melelehkan air liur uols!

Bisik2:
coming up next....nak try ice-cream di Sunny Hill, Kuching.. Mr. Fiance dah agreed nak bawa pg sana!^_^

Sunday, May 15, 2011

Iskk..iskk...selera yg luarbiasa

Halluuu Uols! Moninkkk..Have a Happy Sunday! Ni nak story pasal aktiviti menternak lemak last few days..if uols KLIK SINI aku ade informed uols yg aku nak pg somewhere mase post tu dah published kan? Actually, that day me and my housemate plan nak ke Miri..nak pegi recycle centre nak hantar barang2 recycle yg semakin menimbun di rumah weols..antaranya ialah tin minuman aluminium, botol2 air mineral dan juga papers..tapi, plan itu CANCEL last-minute disebabkan sedikit masalah teknikal..ceaa..teknikal konon..hahaha. Since plan weols nak ke recycle centre tu dah cancel..perut pun bergendang sakan la nak mintak diisi pulak.. Wahh,sungguh tak caye lak nafsu makan tu sangat luarbiasa ea..perut dah kenyang tapi still leh sumbat lagi tue. So, ape lagi weols pun serbu la MarryBrown..the only fast food restaurant yg ade di daerah ni. Hahaha!! Aku turut tak ketinggalan gak nak mengoder tau uols..tapi menu aku tak seheavy yg lain. Takut nanti tak habis..membazir pulakk. Nahhh...silakan la uols jamu mata ea..^_^



Nampak tak uols? Tu la menu yg aku oderkan utk dikunyah2. Regular fries..Fish Filet Burger dan soft drink..Hehe..kat pic tu PEPSI tapi aku requested 7-Up. So,that's it..aktiviti menternak lemak a few days ago.

Bisik2:
hanya mampu guna pic yg digodek dr Mr Google je uols..huhu.

Thursday, May 12, 2011

Breakfastku yg simple pagi ni...


Halluu Uols! I'm back again.. nak story2 kat uols. Memandangkan pagi  aku bangun sgt le early, nak tau pasal ape? Uols klik SINI utk review ea. After selesai solat Subuh, aku pun ape lagi tros le g dapur, masukkan beras dlm periuk then masak bubur nasi. Bubur nasi aku tu simple je tau, macam pic atas kat tu (ihsan Mr Google)..and aku letak kiub ayam Maggi..nak bagi rase ayam sket. Perut aku dah pedih sgt nak mintak diisi awal. Rasenya...aku ni dah kena GASTRIC kot. Maklum le, aku ni pun jenis yg tak ikut schedule nak makan. Huhuhu..nahh,skrg kau rase lahh..dulu org tua slalu pesan jgn biar perut tu kosong pagi2..kau degil..kan dah kena. Ermm..sesungguhnya..aku memang DEGIL. Skrg, padan muke! Huhu.. 



Bila bubur nasik tu dah masak..aku pun goreng le ikan bilis. Cam pic atas tu jugak la..simple je kan uols. Ingat nak letak cabai..bawang..halia bagai..tapi..ahhh..agak kemalasan la pulak nak kupas-mengupas ni. So..jadikk la menu breakfast yg paling simple utk aku dan juga housemateku. Apapun yg penting perutku dah tak merengek2 mintak diisi sampai waktu lunch nanti..(oppss..ketika entry ni ditaip, sudah pun LUNCH hour, msh kenyang lagi..nak tau WHY..tunggu ea..^_^)

Bisik2:
susah tau uols nak tgok aku prepare breakfast on weekdays, ni kebetulan bangun awal..so ape lagi..ketuk2 kuali le aku..

Tuesday, May 03, 2011

Ngidam KEPSI..alih2...nelan yg ni..

Huhuhu...aku kan uols..tadi kan..aku mengoder la ngan aku nyer housemate ni, soh dia belikan kepsi..erm,uols tau tak kepsi tu ape? Alaaa..ni haaaa,sedap hingga menjilat jari tuu..

V
V
V
V
V
V

*ihsan dr Mr Google*..KFC Snack Plate..tuee..
Sabarr..sabarr..
Aduiihh..lamanye aku dah tak layan Spicy Snack Plate ni..tetiba arini 'ter'ngidam la pulak,tp..aku agak keciwa..huhu. Keciwaaa..tp takpe la..salah aku jugak sape suruh order lambat sgtkan, org dah OTW nak balikk baru sebok2 nak ngoder.. So, my dinner tonite is..

V
V
V
V
V
V

Instant Mamee Tom Yam
Bisik2:
instant mee pun instant lahh..rezeki jugak ni..janji perut beralas..tido pun nyenyak..
^_^

Sunday, April 24, 2011

Ais...memang sedapp..tapi....

Moninkkk Uolss...it's Sunday again! Alhamdulillah.. syukur kerana kita msh bernafas utk hari ini. Its look like cuaca arini cam PANAS je kat tmpt aku ni. Tmpt uols amacam? Hujan? Mendung? Whateva it is..hope its gonna be a fine day. Fuhh..panas2 ni cepat btol tekak ni terasa dahaga..kan uols. Kalau pekena nescafe ice, teh tarik ice, ice-blended..dan segala mcm yg ice2 baby tu..aduhh..sesungguhnya teramatlah melegakan tekak kita yg kekeringan ni. Am I rite? Actually,aku pun suka gak layan minuman2 ice especially time panas2 ni..sape yg x sokka...kan? Tapikan...ada sesuatu yg kita perlu kita tau ttg ais ni..


Pagi ni mase log in my FB..tertarik hati lak nak baca notes ttg ais ni. Maybe,uols dah tau kot..tp xpe x slh if kita nak remind again rite. Merujuk kpd notes tersebut  Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan.  Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Apabila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan  menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan   menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan. One of the diseases are..HEART-ATTACK, yakni serangan jantung. Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.Anda mungkin x  akn m'galami sakit dada pd serangan pertama  serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.   

Tu diaa uols...kita kena berwaspada tau. Nowadays, mcm2 jenis penyakit dah timbul dan semuanya berpunca dari segi pemakanan weols. Rasenya,tak salah if nak minum AIS tp jgnla terlalu kerap..selepas makan tu biasakan minum air suam. InsyaAllah,kita dpt mengatasi sedikit sebanyak kemungkinan utk dijangkiti penyakit2 kronik. Tepuk dada, tanya minda.. Credited to >>>>>Hisyamuddin Deraman FB>>>>>

~SALAM SWEETLURVE & Selamat Beramal~

Bisik2:
jarang layan AIS kecuali tekak ni meronta2 nak minum air AIS
skali-skala je layan, mostly minum air kosong je

Monday, April 18, 2011

A Place Like No Other...nangg ngamm!

Semalam aku buat entri pasal TELUR PADI , which i assume that kat Semenanjung maybe takde jual, kalau ade uols try cari..n try rase.. (thanks to PINKY MOMMA for the link entry)..arini aku nak intro kat uols tentang satu lagi makanan yg sering menjadi hidangan di Sarawak apabila tibanya musim buah ni. Haaa..buah ni adalah originated dr hutan..buah hutan, which found by nenek-moyang kita zaman dahulukala.Nowadays,aku rasa dah ada segelintir pekebun or peladang yg mula menanam pokok buah ni secara komersil..(usaha yg sgt bagus tu,komersilkan buah hutan and at the same time menyumbang kpd pemuliharaan spesies terancam..kan..kan) Buah hutan yg aku maksudkan itu dikenali sbg ‘Buah Engkalak’..bahasa saintifiknya..maap aku tak sempat nak carik lakk..^_^. Manakala,dlm BMnya..aku tak pasti gak..coz setaukk aku..’Engkalak’ tu ialah BM Sarawak. Whatever it is, doesn’t matter la..kitakan 1Malaysia. So,readers yg dr Semenanjung tu, penah nampak tak buah ni kat tempat uols??.. Kalau penah,jangan ragu-ragu nak makan k. Buah ini  tidak beracun..malah ianya SELAMAT dimakan.  Kalau nak tau more info ttg buah ni dan cara nak menyediakannya utk dimakan, don't be shy   melawat ke domain WA KHAIROL ONGGON he's a Sarawakian also. Till then uols, aku leave uols wif some pics of BUAH ENGKALAK..i'm off to home..Bubye..^_^

SELEPAS DIRENDAM DALAM AIR PANAS SELAMA BEBERAPA MINIT+GARAM
LEMAK BERKRIM RASANYA..
BUAH YG BELUM MASAK
BERWARNA HIJAU
ENGKALAK YG DAH MASAK RANUM
PINKK KALERR!
~SWEETLURVE REGARDS~

Bisik2:
mun bukan kita...sapa gik maok promote..menar sik?

Current Running Numbers

CooL FoLLoWeR