. BitterSweetLurveLife: 2012

Who's Me??

My photo
I wrote my thoughts here and share to all of you the pain and joy of bitter-sweet life. Life is sweet,Lurve is Bitter.

Saturday, December 08, 2012

Oh Nooooo!! Help Me!

Alamakkkk....oh my...oh my... How come?? Mst ada antara korang yg tertanya2 kenapa aku agak gelabah at the moment. Tak tahu nak buat macam mana.. adakah ini kerana laptopku takde antivirus?? Ataupun, ada website yg entah apa2 tlah melakukan sesuatu terhadap blogku?? Selama ni..tak pernah2 pulak blog aku ni dikesan mengandungi MALWARE!

Ermm..nak buat macam mana ni ek? Kepada readers yg singgah dan tetap proceed nak baca blog ni even ada notified about MALWARE INSERTED... thank you very much! Hopefully, uols punya antivirus yg cukup kuat utk menyelamatkan laptop kesayangan uols..

Ada sesiapa yg boleh bg sedikit tips or panduan nak hilangkan or buang MALWARE ni?? Aku nak view blog sendiri pun susah....adoiii...


** when life is sweet say thank you and celebrate..when life is bitter say thank you and grow**

Tuesday, November 20, 2012

Ohh..where's my idea??

Assalam...lamanya tak update blog. Kesian pulak tengok blog ni..macam terabai la pulak. Bila dah busy dgn tugas hakiki..terpaksa la lupakan sekejap blog ni. "I'm sorry my dear blog.."

Bila dah login ke blog ni, idea pulak ntah ke mana.. tak tahu pulak nak story apa kat uols. Apapun...aku nak wishkan.. Happy School holiday to all teachers and students.. buatlah aktiviti yang berfaedah semasa bercuti ni ye! 

Orite...nanti kita story-mory lagi k.. take care..

Monday, October 08, 2012

Nahh...bertukar sudah!

Hallowww everybody... How's ur day? Ada tak yg Monday blues arini? Pastinya ada saja..ye tak? Sesetengah org pastinya bangun dari tidur dgn rasa yg agk malas hari ni kan..tak kurang juga..ada antara kalian bangun pagi dgn keadaan yg tak sabar2 nak pegi kerja.. Baguss jika begitu..besar ganjarannya di akhirat kelak jika kita sentiasa 'meng-ikhlaskan' diri terutama sekali dalam bekerja.. bukankh kerja itu satu ibadah? Sekadar muhasabah diri utk hari ini ye...

Ohh...uols,buat kamu yg tidak perasan..aku sudah pun menukar 'nama penaku'.. Maka mulai daripada saat ini..L@dyKichiMachiko telah menukarkan namanya kpd eMm@a Zaheera.. Ini hanyalah nama penaku.. Nama sebenar??? ITU RAHSIAKU... Ok..itu saja utk saat ini.. bubye♡♡

Saturday, September 29, 2012

Sabtu-day!

Sneak Peak of Kite Festival
Assalamualaikum semua....
Ada sesiapa yg suka main layang2 tak? Dulu masa kecik, slalu jugak main layang2 & buat layang2..tapi layang2 yg bersaiz sederhana je..takdelah reti nak buat layang2 yg besar gedabak mcm dlm gambar tu. Haaa...kalau nk tau, weekend ni ada Kite Festival di Bintulu. Kat sini boleh tgok pelbagai jenis layang2 tau. So far, aku tak pernah lagi pegi festival ni. Juz tgok gamba je. Mcm best tp masa ni mst crowded sgt & panaskan? Sebab tu aku tak brp nak gemar ke pesta mcm ni... Anyway...enjoy ur weekend fellas!

Wednesday, September 26, 2012

There's a pain in my chest...

Assalamualaikum peoples..how's ur day? Bertemu kembali....hari ni jiwa bagai memberontak nak post entry. Bosan agaknya..bosan dgn rutin harian..bosan dgn kerenah budak2 sampaikan kesabaran kita pun makin hilang..bosan dgn perangai manusia yg tanpa mereka sedar, mereka membuatkan kita jadi rasa muak dan meluat menatap wajah mereka. Arrghh semuanya serba tak kena..tepat sekali kata pepatah.."tak kenal,maka tak cinta". Opsss..jgn slh fhm,entry ini bukan berkaitan dgn cinta. Tapi ianya adalah metafora tentang org2 yg ada disekitar ku pada waktu ini. 

Tak tegur salah, ditegur pun salah. Dah diberitahu tapi maseh juga perangainya sama. Menegur dan mencari kesalahan org lain pandai..tapi silap sendiri tak nampak. Susah dan rumit bila bergaul dgn org yg sebegini rupa. Erm..bosannn. Aku paling alergik dgn manusia yg berpeel begini. SELFISH..TAKE THINGS EASILY & LET OTHERS DO IT FOR YOU.. What the...??  

Tuesday, September 18, 2012

Not a good start..

Arini dah mula keja. Tapi bagi aku..arini bukanlah permulaan yg baik coz aku diserang sakit kepala. Bila tengok je keadaan workspace aku yg bersepah dgn 'handouts'..makin serabut dan sakit rasanya kepala ni. Semakin menghampiri hujung tahun, makin banyaklah kerja-kerja pengkeranian yang perlu dikemaskini dan disiapkan. Hmmm...for the means of living. Sabar je la...

Bisik2:
arini nak balik awal la coz kurang sihat..

Sunday, September 16, 2012

Beutskin Essence, sounds interesting..

Hi guys! Ada ke yang dah tau pasal supplement yang tgh hot di pasaran sekarang? Bila baca testi dan tgok keberkesanannya pd one of the consumer..rasa macam tak percaya pulak. Currently, aku pun tgh consume a few supplement for health and beauty..so bila terbaca & ternampak kesannya, terasa juga nak mencuba. So to my readers, ada yg dah consume/tgh consume this BEUTSKIN ESSENCE? How do you feel?
 
bisik2:
sape yang tak nak cantik kan?

Having a good time

Happy Malaysia Day...

Seronok sangattt..coz esok Public Holiday! At least for a moment..dapat la escape sekejap dari routine weekdays yg agak sibuk, memeningkan kepala, menyakitkan hati dan mengundang kepada wujudnya 'stress' dlm diri ini. Bukan saja aku, malah semua orang pasti ada 'stress' yg tersendiri. Bukankah kita ni makhluk Tuhan paling seksi yang punya naluri dan isi hati??..
 
Apapun, weekend and this public holiday really benefits for those who want to relax and chill for a while. As for me...i feel good if i spent my precious time with those people that i love. So, people..have a good time ya!
 
Bisik2:
seronokkkkk sgtttt!

Wednesday, September 05, 2012

Wordless Wednesday


Tuesday, September 04, 2012

Setelah sekian lama..

Salam Syawal semuanya..kita masih lagi di bulan syawalkn..uols? mesti ada di antara kalian yg msh buat open house..rite? Selamat berhari raya ye.. Dah sekian lama rasanya tak update apa2 story kat blog ni..tetiba rase ayat-ayat jd tunggang-langgang pulak. Maklum la dah lama juga tak mencoret kisah2 semasa..asyik busy dgn kerja je..manakan tidak bahasanya pun bercelaru.. Nak buat mcm mana, setiap hari ada saje tugasan dan amanah yg perlu dilaksanakan.. Apapun, selamat berehat buat semua yg bekerja pd hari ini.. mulakan hari esok..dgn wajah yg ceriaaa..

bisik2: try update dr my new gadget..

Sunday, July 29, 2012

My New Gadget

Hi everyone..lama sgt dah tak update story dlm blog ni..kesian pulak tgok blog ni terbengkalai je. Ni semuanya kerana beban krja yg dh smakin menggunung hingga takde masa nak post entry. Apapun, since I got a brand new gadget, rasanya everything will not be the same again.. Here it is...

V
V
V
V
V
V
V




bisik2: puas hati..

Tuesday, June 19, 2012

Lama tak jenguk....=(


Lama tak singgah ke blog ni? Rutin harian semakin busy.. Tak puas rasanya bercuti..Everyday is bluessss..
Meh layan lagu ni jap..=)

Bisik2:
bosannnn sesgt!!!

Tuesday, May 08, 2012

Mental illness =(


Bisik2:
nothing much to say!

Monday, April 16, 2012

Sunny Monday! (Opis aku bekum..weh)


Assalamualaikum Uols... Selamat kembali bekerja walaupun ada diantara kita ni sedang menghadapi 'Moody Monday blues'. Biasalah tu kan..permulaan hari bekerja mmg sentiasa moody. Kalau boleh sambong cuti tu, nak je cuti sepanjang tahun kan? Tapi..it's impossible! Kalau tak kerja..mana nak dapat gaji..takde gaji..alamatnya..takde benda pun yg kita bleh dapatkan? So..sometimes eventhou kita rasa malassss yg teramat kita kena gagahkan diri dan motivasikan diri sendiri utk move on...especially kalau kita ni byk tanggungan. Sapa yg nak tanggung..'tanggungan' kita if kita asyik nak bermalas-malasan kan? Lu fikirlah sendiri...

Cuaca hari ni agak panasss, dan situasi ini menjadikan aku jadi tak selesa nak buat kerja. Memang malang skit bagi kami yg berada ditingkat atas ni coz ada sedikit masalah dgn pendingin hawa.. Huhuhu. Hari ni kelas tambahan pun dah bermula so..kenalah balik lewat sikit. Apa leh buat...kerna aku ni 'saya yg menurut perintah'. Panas pun tahan jelah! Panas-panas ni...cepat jugak hati aku membara kalau budak-budak mula buat perangai.  Sabar jelah! Ok uols....selamat bekerja..dan cool sentiasa..okeyyyy..(^_^)

Bisik2:
dah rasa melekit dan bau semacam je ni..huhu.tak suka!


Melankolik Cinta



Bisik2:
hahaha..amekaww
post kejiwangan ...berani mati! 
*kauu ada..?*

Saturday, April 14, 2012

Layann.... Steady Saturday!



Bisik2:
be good!

Friday, April 13, 2012

Dreamhouse Bedroom

"Hollywood bedroom concept"
Kelassssssss punya bedroom! Kalau le dapat sebuah bilik yg macam ni, aku rasa aku tak keluar pg mana2 kot weekend. Screen tv gedabak punya besar..ala2 cinema gituu. Jimat duit..tak perlu pergi tengok wayang. Satu bilik aku conquer sorang2.. Dah puas tgok movie, bersantai pulak kat koridor luar tu menikmati pemandangan, yg pasti pemandangan waktu malam mmg cantikk! Tetttttt... Stop dreaming! Back to reality...

Bisik2:
bersyukurlah dgn apa yg ada..


Lama tak buat kerja ni!

"Asam Boi"
Salam Jumaat uols.. Yeayy! Jumaat adalah hari yang sentiasa ditunggu2.. Al-maklum la selepas penat mengerah tenaga selama beberapa hari dan berdepan dgn pelbagai kerenah-rencah manusia, so it's time to hang out and chill for a moment. Well..that's life! Move on and keep on moving.... Ketika entry ni ditaip aku masih lagi di ofis, menunggu hujan reda sikit coz later on nak balik ke rumah dan 'mengandor'. It means, nak rehat2 dan bersantai2 le uolssss.. Kalaulah masa 'ngandor' tu ada asam boi, perghhhh mmg heaven sgt2. Dah lama tak 'menyamboi'..so weekend ni kalau pg shopping nak pg beli stock asam boi..dried plums and benda yg masam2 tu utk bekalan dan bleh la dinikmati bersama colleagues yg lain.. (*kecur pulak air liur ni*).

Last few days, some of my colleagues asyik tanya stock asam boi..or asam2 ni.. So, aku pun jadi teringin la pulak nak prepare sumthing utk dikunyah2 mase tgh buat kerja and at the same time boleh la menghilangkan sedikit rase mual kerna nak muntah tgok kerja2 yg semakin melambak diatas meja aku ni.. Aduyaiiii... Paling best bila menyamboi..kalau ada limau nipis skali! Macam kat pic bawah tu!!!! 


"Pinjam jap pic nye ye..."
Bisik2:
kecur liur akuuuu... better STOP!

Thursday, April 12, 2012

Cisss!!


Apakah itu?.. Hmmm..maksudnya terpulanglah pada uolsss. Apapun, dunia ni mmg ada species 'binatang keparat'! Mulut bukan main berkata manis, tapi perangaiiii... Nauzu'billahh. 

Bisik2:
"jantan keparat...hanya utk betina keparat" 
(maaf..post emo skit)

I hate Thursday!



"Rarrrrrghhhhh"... Thursday is a very tiring day for me! And, I hate Thursday. Arini ada 6 masa.. paling tak suka bila ada kelas berderet 3 masa.. Sakit hati dan sakit tekak weh! Setiap Khamis, confirm akan pg ke kantin dua tiga round utk minum coz tekak kering, mana taknya...asyik bercakap, marah, bagi nasihat, membebel kat budak2. Budak2 pulak, ntah dengar ntah tak. Kekadang rase macam syok sendiri pulak...blaaa..blaaaa..blaaa kat depan. Aduyaiii... Ok, nak pg masok kelas pulak! Ahh, penatttt.. Tekak ni asyik kering je..

Bisik2:
arini asyik marahhhh je..macam2 hal dan pe'el la bebudak nih!

Monday, April 09, 2012

Mengejar MASA yg memenatkan....


Hellooo peeps! Just an express update.. Hope everything doin' great for all of you.. Jarang dah nak update blog ni kerana kekangan masa. Actually, byk masa sebenarnya tapi masa tu lebih ke arah 'core business'. Last year, sementara tunggu nak masok kelas, at least sempat gak jengah2 blogwalking ke blog uols yg menjadi kegemaranku.. But now, semuanya limited. Kekadang, rase penat sgt bila asyik focus pd 'core business'.. Things are getting tougher now. Tak lama lagi kelas tambahan dah nak bermula so terpaksalah divide time wisely.. Habis je settle dgn core business..balik rumah, sampai rumah mmg dah tak larat dah nak mengadap lappy or books or study for next lesson.. Aduyaiiii..aku rasa makin hari makin penat je..penat bekerja! 

Bisik2:
menghitung hari nak cuti!

Saturday, April 07, 2012

Suka style ni..juz nice!


Simple je kan...tak perlu nak lilit sampai uols rase nak tercekik.. Erm, aku suka style yg camni..tak terlampau heavy and messy. Juz nice..tapi so far tak pernah lagi aku try sendiri.. Hehe... I might try it soon...

Bisik2:
learn new things from tutorial

Aku rinduuuu......



Helloooo...lama tak mengupdatekan?.. Tahun ni mmg susah le aku nak bahagikan masa utk meneruskan aktiviti berblogging dgn tegar. Nampaknya..azam nak jd blogger tegar ni takkan dpt dilaksanakan dgn jayanya...dek kerana tuntutan core business! Sekarang ni..aku mmg tekun sekali menguruskan hal-hal yg berkaitan dgn kerjaya. Kalau tak buat nanti...silap2 hujung tahun markah LNPT pun kena potong uolssss... Sentapp hati mak nokss..kalau markah kena potong, alamatnya payah le nak naik pangkat. Apapun, itu bukan tujuan utama. Yang penting, kita menghalalkan gaji yg kita dpt everymonth tu dgn melaksanakn kerja yg sepatutnya kita galas. 

Rinduuuuuu yg amat utk berblogging. Bila dah lama tak update ni, gaya bahasa pun jadi tunggang langgang pulak. Aku harap uols bleh faham le ye! Ok, selamat berhujung minggu buat uolssssss.... Take care!

Bisik2:
idea banyak tapi dah tersekat...(T_T)

Thursday, March 08, 2012

Layan ini lagu...suka sama itu lirik!

For HIM!


Bisik2:
uncertain of what i feel for you rite now..i am so sorry!

Wednesday, March 07, 2012

Wordless Wednesday

Tuesday, March 06, 2012

Stop Loving Me..if you have someone else!!


Darnnnn...how could a man says he still love his girlfriend, while at the same time he's cheating behind his girlfriend's? If this happen to you....what are you going to do?

Bisik2:
....i hate a kind like this!

Monday, March 05, 2012

A girl never forgets....



It’s March…and it is birthday month for someone special for me. But, lately it seems that we had a lot of arguments. Something happened and it changed our situation. I feel so pity for him, but on the other hand, I can smell something fishy. As usual, I began to be a suspicious person. I had a terrible experience with him before and I can’t simply erase the bitter memories. Is it true…a girl never forget?

I think I might be one of a girl that could not simply forget everything easily especially if something bad, worse and terrible happened for the first time in my life though it happen for a reason. Yess..i do believe everything happen for a reason. And, Allah is testing me again. .

Bisik2:
sometimes, if you love someone so much...it hurts you more!


Friday, February 24, 2012

Sakit Pinggang!


Aduiiiiii.... Hari ni lepas habis je kelas, teruss duduk dpn lappy dan busy buat keje key-in data murid ke Pangkalan Data Murid KPM.. Ada 34 org yg aku kena key-in and then update dari masa ke semasa nanti.. Sekarang semuanya dah online.. Makin bertambah beban kerja warga pendidik... Gaji besar pun tak guna kalau beban kerja melambak dan menjejaskan kualiti hidup weols... Currently, most of my colleagues are under pressure coz banyak documentation yg kena buat.. Suddenly, terfikir nak tukar profesion pulak... 

Bisik2:
bila dah stress..pressure..keje dgn org yg dictator..langsung tak enjoy! 

Friday, February 17, 2012

New Background...

Assalamualaikummmmm.... Yessss! It's Fridayyy uolss. At the moment, aku masih lagi kat staffrooms dok busy menanda buku-buku students. Sambil tu sempat jugaklah buat spontaneous entry.. Ermm, coz of otak pun dah rasa jammed and nak rehat sgt..sgttt.. so singgah la kejap ke beberapa blog yg dah lama tak aku baca.

Tetiba rasa nak tukar background! Tingggggggggggggg.....bertukarrrr! Hahahahaha..erm kali ni background bercorak-corak pulak tapi still bertemakan "dark background". Macam tak ceria la pulak kan? 

Bisik2:
selera masing-masing...

Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday

Bila kerja dalam mood stress...hari2 dok menghitung hari utk bercuti!

"Arrrrghhhhhhhhhhh!!!"
Hello there! Agak lama dah tak berupdate blog aku ni kan?? Bukan kerana aku nak berhenti berblogging or yg sewaktu dgnnya..tapi sejak kembali bekerja di tahun baru ni, hari2 aku mmg sgt busyy.. Actually aku ada banyak storiesssss yg nak share dgn uols tapi dek kerana kekangan masa utk aku beronline..dan menaip entry auto publish..so blog ni agak terbengkalai buat seketika.. Masa yg ada pun aku curi2 utk update dan blogwalking ke blog uols!

Di tahun baru ni, environment kerja pun dah bertukar. Aku rasa skrg ni weols berada dalam kawalan sang pemerintah yg menggunakan sepenuhnya kuasa diktatornya utk push weols buat kerja... Yg penting skrg, adalah kerja...no other business selain drp kerjaa!! Ohhhh stresssnyaaa.. Everything must go according to what she says! Pada yg berfikiran positif, yess..apa yg dia buat tu mmg ada reasonnya..tapi sometimes it too much! 

Aku hari2 pening bila balik rumah.. kalau dulu tak perlu nak bawak balik byk sgt kerja ke rumah..now aku rasa macam nak beli trolley bag utk angkut kerja2 dan buat di rumah.. kalau ditinggalkan confirm akan makin bertambah. Adoiyaiiii.... Penatlah! Tak sabar nak tunggu cuti!

Currently, kena taip dan siapkan kertas soalan peperiksaan utk students pulak.. What to do kann.. It's my responsibility.. Okay then, till we meet again dear fellas... Have a nice day!

Bisik2:
i am getting dizzy....i need rest!

Friday, February 10, 2012

Word of the month!!

I am so STRESSSSSSFUL!!

I am so Buuuusyyyyyy....like a Bee...!

Have  no time to type my entries yet.

Bye-bye

Wednesday, February 08, 2012

Wordless Wednesday


Bisik2:
............... 
(fill in the blank with a suitable word)

Tuesday, January 31, 2012

Feeling Dizzy...

Halluuuuuuuu....me in the house...just for a few moments, anyway! Baru je habis dgn class teaching and rite now dok relax sambil published comments bloggers yg dtg singgah reading my entries yesterday.. Phewwww..what a day. Penat dan tekak ni agak kehausan la pulak. Pasni have to settle a few more documetation and forms yg kena submit pada pihak pentadbiran. Actually, byk kerja nak buat..tapi tak tau nak start yg mana dulu.. Otak pun dah rasa jammed. Nak pg rehat jap ye uolsss..... Have a nice day!!!



Bisik2:
ce tengok pic tu lama2...what do you feel??

Monday, January 30, 2012

Dah hampir setahun berblogging..baru ada header!



Hahahahahahahahahhhhhaahahahahahahahaaaaaaaaaaaaaaaahahahahahahahahahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............
dah hampir setahun berblogging, baru pasang header. Itulah dia header utk blog aku pada tahun 2012.. Big thanks to the designer.. Ms. Chu Majorflava 

Nak kenal siapakah dia? See for yourself.... =)

Bisik2:
thanks Chu! You're so creative..like it so much. Ujong tahun depan polah design baru gik..=)

Haiii..haiiiii.. Bye..Byee

Kemain lagi tajuk entry.."hai..haii.. Bye..bye".. Well, nak buat macam mana..coz entry ni just entry sepantas kilat jer. Story tu banyakkkkkkk..tapiii masalahnyaa..kebiziannnn sajaaaa.. Nak buat macam mana kalau dah kerjaa kan. So, terpaksa la ignorekan sekejap blog ni coz kerjaaaa harusss diutamakan terlebih dahulu.. Awal2 tahun ni banyak btol kerja2 documentation yg kena siapkan. Hari ni adalah hari pertama kembali bekerja setelah bercuti "gong xi gong xi" selama seminggu.. Bila dah bercuti tu..aku apa lagi..cutilahhh, kerja2 tu tolak tepi kejap coz kepala ni dah rasa berat sangat dgn beban2 tugas yg tersangatlah variety. "Dah namanya kerja..."


Bisik2:
cuti tak berblogging coz ada problem dgn berukband..=(

Saturday, January 21, 2012

Good Morningggg....

Assalamualaikum and a very good morning to all.. Happy Saturday and Happy CNY holiday.. yeayy..aku cuti seminggu dan cuti ni akn dimanfaatkan sepenuhnya dgn menyiapkn...RPT,RPH,TOV/ETR (Headcount) dan mcm2 lagi.. Adoiyai!!

Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday


Bisik2:
what can you see & feel in this picture?

Tuesday, January 17, 2012

Kerja2 Pengkeranian........

Masih busyyyyy!!... Sekarang sangattttt sibukkkk dgn kerja2 pengkeranian... Lepas penat mengajar kena bertungkus-lumus settlekan kerja2 "pengkeranian"  pulakkkk.. Adoiiii... Sabarrrr jelah! Lama tak melawat dan baca blog2 uols. Kdgkala curi masa kejap nak baca blog tanpa meninggalkan komen. Masa masih mencemburui dan banyak kerja2 pengkeranian yg masih memburu aku.. Once dah settle, i'll be back on track again! 

Bisik2:
penattttt dan mengantuk..byk benda nak story tapi blom ada waktu nak update..dan buat auto-publish!

Monday, January 09, 2012

Saya tidak menyepi...cuma tika ini saya sangatttt busyyyy...

Dear bloggers & readers...

" Nak santai gini pun aku tak sempat lagi tau..!"
Tak terlambat lagi nak ucapkan "HAPPY NEW YEAR 2012"..!  Diam tak diam dah masok hari ke sembilan kita melalui hari2 di tahun baru. Semoga apa yg diharapkan serta dirancang berjayalah hendaknya..

So far, aku belum punya waktu utk bersantai2 di blog2 kalian dan juga tak cukup waktu utk menaip entry terkini secara auto-publish ataupun direct publish.. Thanks to uols yg sudi singgah.. Nanti bila ada kelapangan dan masa senggang, aku akan update story buat tatapan uols k..

Till then...selamat berjuang..selamat bekerja..selamat belajar..dan selamat-selamat segalanya... (^_^).

Bisik2:
keje....keje...keje...keje...keje...

Current Running Numbers

CooL FoLLoWeR