. BitterSweetLurveLife: September 2011

Who's Me??

My photo
I wrote my thoughts here and share to all of you the pain and joy of bitter-sweet life. Life is sweet,Lurve is Bitter.

Friday, September 30, 2011

Jom kita gelak2....



Best lahh...rasa macam dah lama tak gelak wehh.. Layan video lawak di youtube ni buat hati rasa di geletek2. Jom kita tengokk..jomm.

Bisik2:
video youtube je peneman coz aku takde TV kat umah bujang ni...

Kolam and the maker...=)


Hellooo...last Wednesday aku post ttg BENDA NI ..(nak tau ape dia. klik je..jgn malu2). Cantik kan? Simple je designnya. Aku rasa semua tau apakah namanya benda ni. Especially those yg kat Semenanjung mmg familiar dgn benda ni dan cara2 ianya dihasilkan.. bukan nak cakap yg weols kat Borneo Island ni tak pernah tgok..tapi jarang2 la coz those Indians yg ada kat sini pun minoriti je.. boleh kira dgn jari tangan dan jari kaki tau.. Ok,back to the point..actually kolam ni bukan aku yg lukis ye..it's my colleague art. Kenapa lukis kolam walhal Deepavali pun blom tiba lagi? Well...tunggu next entry... 

V
V
V
V
V
V


Bisik2:
sangat adore those yg creative especially dlm melukis..

Wednesday, September 28, 2011

S.E.R.A.B.U.T


Lately...jarang dah nak blogwalking..or update blog. "Mental-blocked" sudahhh. Serabut dgn macam2 masalah, masalah keje, keje pun bykk..arghhh! Rasanya nak runnnnawayyyyyyy...nak pegi ke satu tempat yg tenang, yg boleh buat aku rasa rileks dan kembali bersemangat.. 

Bisik2:
simple and sweet-sour update

Wordless Wednesday

Friday, September 23, 2011

Yeay! Kamu...kamu...dan kamu...pa cer arini?


Taknak cakap or tulis panjang berjela2..coz skrg busy nak menaip 'lesson plan' (tak sempat buat,so postponed hantar on Monday). So...pa uols punya plan? 

Bisik2:
ptg ni nak balikk oi...ohohooo balikkk kampungggg..hoyeahhh!

Thursday, September 22, 2011

Comelnyaaa....wish to have one..soon or later!

Persian Kitten
Weeeeee....comelnyeee. Comel kan uolss? Sape peminat kucing kat sini..meh kita sep-sep together pastu menari chicken dance..nak tak?? Seriously sooooo cute. Aku mmg sukakn kucing..sygkan kucing..so far tak pernah lagi pelihara spesies kucing parsi ni. Yg ada kat umah pun...kucing2 local je. Khabarnya kalau nak pelihara kucing berbaka Parsi ni kena jaga betul2..especially bab makan. Tak bleh la mkn sebarangan..takut nanti bulu2nya gugur..ermmm betul ke? Kena tanya eVa RoMiNa ..coz adik manis ni kalau tak silap pada pandangan mataku..ada dua ekor kucing baka Parsi.. "Eva, juh poret sal pusak parsi lok...(^_^)"...

Bisik2:
Persian Kitten ni only available in Kuching.. Soo..takorg nok diam di Kuching mun minat mok meli pusak nok kachakk, cute..malas nak turun ke kede'..takorg skodeng jak lam Mudah.my..(^_^)

Percaya Padaku....=)


Happy Thursday uolss...wowww..cepatnya masa berlalukan.. Esok dah Jumaat dah rupanya! Auchh...elok jugak masa ni cepat berlalu. Tak sabar nak tunggu cuti akhir tahun bermula. Sungguhpun cuti time tu, aku tetap gak keje..tapi kejenya tak le stress memanjang dan tak perlu nak rushing bagaiii.. I love cuti akhir tahun so much.. Insyaallah, aku mungkin bakal membuat kejutan hujung tahun nanti.. Kejutan apa??... Kejutan letrik...zaaaaazzzzzzzzzz. Nantikan ceritaku di akhir tahun. Meh kita layan lagu dr Ungu Band...takde kaitan dgn entri langsung kan? Ahhh...pedulikk! Kita enjoyyyy...

Bisik2:
..suka lagu ni, En. Tunang dedicated kat aku..

Tuesday, September 20, 2011

Malam yg panass...makanya aku bgn mandi!


Panass..panass sungguh semalam. Tak selesa nak buat keja yg masih tertunda, dan tak selesa jugak nak beristirehat dgn aman apatah lagi melelapkan mata. Krisis air, masih seperti biasa. Alah bisa tegal biasa.. Bukan masalah drp pihak jabatan air..tapi pihak pentadbiran sekolah yg mengawal "on-off" air. Tak faham. Kenapa perlu di control? Adakah bimbang berlakunya pembaziran? Mungkin juga..terutama di kalangan pelajar. Yg mengerti tu pastinya bertgjawab dan sedar diri, kalau yg tak reti-reti..? Huh..payahnya bila adanya komuniti yg kurang prihatin kan? Apapun, sungguhpun kami menghadapi krisis kawalan air, aku tetap gagah memandikan diri. Harusss itu.. Macam mana mandi? Berjimat menggunakan air yg di takung..gunakan seminimum mungkin. Bila air dah "on"...mandilah puas2. So..semalam puas jugak mandi even tghmalam kena bgn mandi membasahi badan yg agak panas. Lepas tu, tidur..indahnya lenaku..

Bisik2:
apakah ini? kdg2 pelik dgn penulisan sendiri..

Sunday, September 18, 2011

Good Mood turns Bad Mood! grrrrrrrr....

"Everything bout my life is boring..wish i had a LIFE"- Google
Hidup aku ni sgt boring. Nak story pun..uols takkan mengerti. No LIFE...less FRIEND..got LOVE but always HURT.. Should i explain more?.. No need! Mood baik pagi tadi dah bertukar ke mood kurang baik. Benci dgn org yg kerjanya hanya tau nak menyakitkan hati je.. Cemburu tak tentu pasal!Tak tahu hujung pangkal..sesuka hati je! I hate you!

Bisik2:
geram sgt dgn 'seseorang'

Tempoyak...sekali makan,bleh buat terkenang2...

"sambal tempoyak goreng" - Google
Sape peminat tempoyak sini...angkat tangan? Perghh...semalam dinner kat umah kawan, kiteorg masak tempoyak goreng. Sodapppp giler! Dah lama tak mkn tempoyak weh. Jgnkan tempoyak..durian pun dah jarang makan dah skrg ni. Masak very the simple je..hiris bawang..cili padi (if nak pedas), gorengkan ikan bilis dulu..pastu tumiskan bawang dgn cili sampai naik bau pastu masukkan tempoyak. Goreng beberapa minit sampai sebati semuanya..then bleh la dihidangkan. Resepi org bujang katakan..simple je!

Bisik2:
resepi ekspress bila perut dah mula menyanyi keroncong dgn rancak sekali..

Saturday, September 17, 2011

Biskut Makmor...my ALL TIME favourite =)

"biskut makmor yg paling aku gemari: - Google
Kita masih di bulan Syawal yg mulia..pasti ada diantara uols yg masih rajin buat open-house. Aku tak punya banyak story tentang hari raya.. Tak meriah sgt coz cuaca pd hari raya pertama dan kedua..asyik hujan je memanjang. So..mood nak berziarah ke rumah kengkawan dan sanak-saudara pun spoiled.  Apapun, i enjoyed my raya dan aku nak bgtau uols..everytime berziarah ke rumah friends or relatives, biskut yg dlm gambo tu mstlah dicari terlebih dahulu..coz it's my ALL TIME fav maa...ailikeeee...especially bila mkn then org hidang pulak dgn coke or Pepsi..perghhh...mak mentua lalu pun tak perasan wehh!

Bisik2:
nanti balik weekend nextweek..nak buat biskut makmor lagi la.bleh bawak mkn kat ofis..

Price Tag!


Haluuu  Uols! Happy holidayy... enjoy ur Malaysia Day holidays! Jom layann lagu... Peace no war!

Bisik2:
cuti saya??... Semak buku dan buat keje yg still undone!

Monday, September 12, 2011

Yeaahhhh...BERTUKAR!~cikgu-cikgi jom kita isi eGtukar..


Masa yg ditunggu2 dah pun tiba.. Kpd cikgu-cikgi bloggers sekalian, if uols berhasrat nak pindah pada tahun depan...cepat2 la uols isi eGtukar ni ye. Permohonan utk berpindah/bertukar telah pun di buka awal September yg lepas. So..apa tunggu lagi? Meh…mehh kita isi together-gether. Fyi, this is first time ever in my life mintak pindah tau..setelah hampir 5 tahun bertugas di daerah ini..(kat mana?..biarlah rahsia..tiba masa nnt baru habaq kat uols na?) Ni bukan saja2 nak try tau..kalau dpt pindah tu..alhamdulillah. Syukur..kerana aku akan memulakan hidup baru dan menimba pengalaman baru di tempat lain pulak. Bak kata pepatah..”lain padang, lain belalang”. Bukannya tak seronok bekerja di sini..tetapi, aku taknak komitmen terhadap tugas terjejas kerana kurang motivasi. Sometimes kita perlukan pembaharuan utk terus bermotivasikan?


Haaaa…ni aku punya permohonan. Maaf ye..aku tak bagi uols tgok my real name coz aku lebih senang uols kenal aku dgn nama pena aku skrg.. Ceaaa…(^_^)hiksshikss. Kl nak tau aku apply kat mana..uols click the pic to enlarge..


Tadaaaa…dah pun diproses. So, lega coz dah settle dgn transfer application. Juz have to wait for the result je.. The result will be announce by the end of this year, probably in November or December.

Bisik2:
Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 September 2011. So, kpd cikgu-cikgi yg blom apply tu..cepat2 apply.

Mondayyy sudahhh...ayoyoyoooo..

It's Monday again dear readers! Cepatnya masa berlalu..weekend juz berlalu camtu je tanpa aktiviti yg menyeronokkan. Hidup yg sgt sepi...bosan dan penatt.. Apapun, wish uols have a good day today. As usual, life must go on...

Bisik2:
i wish i had another Sunday..

Sunday, September 11, 2011

2 set buku program dalam masa 3 hari!!

"buku program ni takde kaitan pun dgn event yg aku maksudkan.."
 - Google
 Asyik...asyik..aku. Asyik..asyikk..aku. Adoiyaii.. Why lahh? Bukan nak mengeluh or bersungut dgn keje / amanah yg telah diberikan pada aku tapi aku kekadang terkilan dan agak nak mengamuk juga (coz ramai lg those yg ada bakat)..tapi tak jadi gak, bila seringkali di beri kepercayaan utk membuat buku program utk event2 tertentu yg akan diadakan di sekolah. Baru2 ni...sekali lagi, aku telah diberi kepercayaan utk mendesign buku program utk acara perayaan 1 M'sia yg akan diadakan pada malam 15 Sept nanti. Ini adalah aktiviti sekolah, so aku tak heran sgtlah coz dah tau ttg tentatif dan juga AJK yg terlibat. Mmg akan buat yg terbaek punya. Tapi..ada satu set lg, buku program yg melibatkan aktiviti yg dianjurkan oleh masyarakat di daerah ni....aku jugak yg kena buat. Yg menjadi masalahnya, AJK yg terlibat...masih belum memberikan apa2 maklumat ttg tentatif program pada hari tersebut yg mana khabarnya jemputan utk acara tersebut bukan calang2 org.. Ketua Menteri Sarawak..Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.. Adoiyaiiii...event nak buat grand2 tapi maklumat langsung tak dpt. Ingat aku ni keje buat buku program je ke? Keje2 lain melambakkkk tak siapp. Geram dgn spesies manusia yg camni..lain kali bagilah maklumat seawal yg boleh, so that..keje yg mudah bleh disiapkan dalam masa yg sepatutnya. Haisshhhhh!!

Bisik2:
tgh cari idea nak design buku program la ni..hadoiiiii!! 16 Sept..cuti!! Yeayy..

Goat's Milk Soap & Face Mask...

"Dah nak habisss dah.....helppp!"
Dah lama dah rasanya aku dok simpan pic ni dalam folder blog's pic.. konon2nya bila ada masa terluang nak publishkan entry ttg products ni. Kalau tak silap, aku beli sabun dan mask ni sebelum cuti penggal satu bermula. Dapat kat mana? Sejak aku memulakan kegiatan blogging ni utk mengisi masa dan meluahkan isi hati yg mungkin bleh menjejaskan pemikiran aku, kerap kali jugak aku bertandang ke SINI sebelum aku decide nak try one of the items yg DIA jual. Seriously, aku sgt suka dgn sabun susu kambing tu. Wangi tau! Kulit pun jadi halus-mulus bila kita apply. Face mask tu pulak..memang mantop! Kalau muka uols jenis muka kecik, satu peket tu bleh pakai 3 kali.. Sgt best coz mask tu jenis peel off. Once uols tarik the mask..confirm all dirts and white & blackhead tercabut skali. Stok dah nak habiss...so plan nak book lg. Tapi, skrg ni DIA agak busy. Masih aktifkah ANDA menjual produk2 ini?

Bisik2:
ini yg terbaeekkk!!

Hari ini...hari yg meletihkan!

Wahhh...ini "super mom" in action..ape kaitan dgn aku?
 Halluuuu Uols,my sweet2 readers! It's Sunday...and of course today adalah hari utk weols beristirehat dan rileksss. Some of you might go shopping or perhaps, window shopping..watching movies and apa2 je aktiviti yg santai pada hari minggu camni. I am soooooo jealous with uols yg bleh outing and relaxing outside now! As for me..today, bangun pagi kol 6.30pg. Terussss masuk bilik air, rendamkan baju2 yg dah seminggu tak basuh. Sangat banyakkk tau. Bukan sebab malas nak basuh baju...tapi dek kerana masalah air yg 'off' pd masa dan ketika aku nak membasuh pakaian on weekdays. Bila turn aku nak basuh baju je..mesti dah takde air. Bila air dah ada, aku pulak yg tak larat nak bangun tgh2mlm..(aku consider dgn housemate yg tgh tido maaa). So..lama-kelamaan..baju2 tu pun melambakkk. Arini terlebih rajin...maka aku basuh cadar, selimut dan sarung bantal sekali.. Nahhhh hambekkk kauuu...sampai kecut kulit tangan aku coz lama sgt main air. Then, bila dah selesai semua urusan house chores yg perlu dibuat hari ni, it times to relax again. Nasib baik bangun awal...sekitar jam 10 pagi...air dah 'off' until now...or perhaps midnight later.. 
Bisik2:
hari ni panasss...dok lam umah pasang kipas volume 3 pun still feels hot!

Saturday, September 10, 2011

"Iskkk...badan dia bau pelik la..nak tegur..kang kecik ati pulak.."

"Ohhh please...move over! We can't breathe!.."
Ermm...uols penah tak berhadapan dgn situasi spt yg tertulis di tajuk entry tu? Mungkin ada...dan mungkin juga takde..kan. Tetiba aku terlintas nak buat entry ni coz lately..bila berada di staffroom..especially selepas tengahari, akan ada bau semacam yg agak kurang menyenangkan..menusuk ke rongga hidung aku. Aku tak pasti if my colleagues yg lain ada noticed this weird smell or not..tapi hidung aku ni mmg agak sensitif dgn bau2 yg kurang enak.. And..aku noticed the smell came from a lady. Why do I say so? Everytime aku lalu tmpt dia...mst akan bau semacam..tapi bila aku lalu tempat other colleaugues...ladies or gents, takde pulak that smell. Hmm..nak buat camane ek??... 


Bisik2:
tak suka dgn bau tu....poninggg kepalo eden..

Friday, September 09, 2011

Arghh...weekend yg BOSAN + MYAKITKN HATI..

Enjoy your weekend dear readers!
 Minggu ni kalau diikutkan hati tu plan nak balik kpg lagi.. Sungguh....aku masih rindukan rumah dan juga ahli keluargaku. Bila berada bersama mereka, rasanya hidup ni tenang, jiwa pun tak kacau.. Tapi, hasrat hati itu terpaksa dibatalkan kerna esok aku ada aktiviti di sekolah. Benar sekali, masa itu cepat berlalu dan hari ini adalah hari yg sangat indah..kerna masa bekerja tamat seawal jam 11.20 pagi. Maklumlah..memberi laluan kpd para muslimin mengerjakan Solat Jumaat..( encik2 sekalian jgn lupa ye..Solat Jumaat tu wajib utk LELAKI)..

Esok?.. Uols tunggu jelah entry yg berikutnya. Yang pasti...weekend ini adalah hari2 yg bosan dan menyakitkan hati kerana krisis air yg masih berlanjutan. Air itu sumber dan nadi kehidupan...! Alahaii...malas cakap banyak.

Bisik2:
boleh ke aku basuh baju yg kian melambak hujung minggu ni kalau air hanya kuar pada tghmlm - Subuh?

Masalah Air Lagiii...adoiyaii.rasa nak mengamuk la!

"Air...Oh..Air.."
 Aduhaiiii....masalah air lagi. Kali ni bukannya takde langsung, tapi jadual pembukaan air (taktau nak letak istilah yg sesuai..papepun harp uols faham)..dah bertukar. If ikut logik akal la kan....air ni mmg diperlukan setiap masa. Bukan saja utk mandi..memasak, malah ianya dah menjadi salah satu medium keperluan manusia yg paling utama. Sejak kembali daripd cuti pertengahan penggal kedua yg lepas, sistem ataupun jadual pembukaan air (dr paip utama)..dah ditukar ke waktu tghmlm hingga ke waktu pagi..tu pun sekitar jam 9.00 pagi dan ke atas, kekdg hingga lewat malam, setitik air pun takkan keluar dr paip rumah..maupun paip2 di sekitar sekolah. Sungguh mengharukan...menyedihkan serta menyusahkan. Selama aku berkhidmat disini, masalah air ini mmg takkan pernah selesai ataupun menjadi normal. Saban tahun pasti akan merasai fenomena ketiadaan air..dan utk mengatasi masalah tersebut...harus bersedia menakung air sebanyak yg mungkin sebaik sahaja air mulai di alirkan. Bak kata pepatah, alah bisa..tegal biasa.. Namun, fenomena ini juga menjadi salah satu faktor penolak yg bleh mencetuskan hilangnya motivasi dikalangan pekerja...apatah lagi kpd para pelajar. Mana tidaknya..masa yg sepatutnya digunakan utk pelajar berehat atau tidur (jam 10 mlm, lampu asrama wajib dipadamkan) digunakan utk mereka mencari dan menakung air utk mandi keesokkan paginya. Sungguh kesiankan...dan kesannya, pelajar2 letih dan tidur didlm kelas. 

Bisik2:
sampai bilakah perkara ini akan berlanjutan? Aku juga sudah mulai penat dgn fenomena ini!
"baju pun dah melobo2 mintak disesah..aishh"

Wednesday, September 07, 2011

Luahan Rasa dr sekeping hati....='(

"Broken-hearted"
Hello and have a great day to all my loyal readers..(if any). Pagi ni entry aku berbaur kesedihan, kekesalan, ketensionan dan apa2 je yg sewaktu dgnnya. Sometimes, aku rasa unhappy dgn life aku sendiri. Why do I say so? For the past few years...aku rasakan hidup aku sungguh tak happening. Bored!.. Full of tears..here and there. Lot of unexpected things happen in my life that made me realised, learn from mistakes and made me become stronger to face the upcoming life trials. Kekadang, aku kesiankan diri aku sendiri..coz I can see that, I am going down and hopeless...day by day. Bukan spt aku for the past few years. Back then, I was quite a cheerful girl, ambitious, able to manage time and myself, happy and glowing, of course. But now...it seem everything has faded. Semuanya semakin pudar..dan slowly disappear. What had happen to me? Sukarnya utk aku merungkai jawapan kpd persoalan ini. Yg pasti...kini aku sedang TERTEKAN! Work and life pressure... I wish I can feel the happier life soon...or later.

Bisik2:
rindu saat2 bersantai bersama kwn2 yg sekepala..kini, masing2 punya life dan keluarga sendiri..punya cerita suka-duka bersama family...manakala aku..masih dgn duniaku sendiri..(T_T)

Tuesday, September 06, 2011

Migraine pulakk...

Moninkk Uols.. Erm,aku baru je nak menguploadkan mood utk kembali bekerja..tak pasal2 pulak arini migraine dtg menyerang. Nasib baik tak rase teruk sgt..at least aku still bleh buat kerja like usual. I guess..its only a minor migraine kot. Ermm..cuaca skrg ni pun panas..so no wander la, penyakit2 bleh dtg menyerang. So, uols...take care of yourself k..

Bisik2:
sakit2 pun kena kuatkn semangat utk kerja!

Monday, September 05, 2011

First day kerja slps bercuti raya...hati masih lekat dirumah!

"SAYA YG MENURUT PERINTAH"
Assalamualaikum semua! Mostly, arini ramai yg kembali bertugas seperti biasakan. Rasa macam mimpi je cuti seminggu tu berlalu tanpa disedari. Sesungguhnya, cepat benar masa berlalu. Aku baru je kembali ke tmpat bertugas pagi tadi. Bertolak seawal jam 5.30 pagi dr kpg kerana jarak perjalanan dr kpg ke tmpat aku bermastautin (bertugas) memkn masa satu jam setengah. Terasa berat hati ni nak meninggalkan family tersayang, dan terasa airmata rindu tu bergenang di saat aku menaip entry ini. Sungguh emo rasanya hari ni, walaupun kpg halaman baru je beberapa jam di tinggalkan. Sungguhpun, kpg halaman aku taklah sejauh mana, kalau ikut hati bleh balik tiap2 hari tapi semua itu mustahil utk aku lakukan kerana bebanan tugas yg melambak. Kalau balik rumah sendiri, confirm susah nak buat keja. 

Bisik2:
harap dpt pindah dan berada dekat dgn family dan juga yg tersayang..

Friday, September 02, 2011

Cuti raya dah nak habiss...prepare nak kerja pulakk!

"Yeayy...yeayy..raya..yeayy...yeayy..raya..." (excited ala2 adik Mia Sara). Dah msk raya ke-4 dah ye arini uols.. cepatnya masa berlalu..bagi uols yg dah mula bekerja pada hari ni, selamat kembali bertugas aku ucapkan.jgn sedih2 coz rasa masa yg ada tak cukup utk beraya dan menziarahi sanak-saudara dan sahabat-handai. Rayakn sebulan uols..so pastinya msh ada antara rakan-taulan yg akan buat open house nanti. As for me, bila dah kembali bekerja Isnin nanti kena bersiap sedia utk design buku program (tentatif program) utk sambutan perayaan 1 Malaysia di sekolah..sebelum bercuti lepas dah meeting nak organisedkan event ni yg akan menggabungkan perayaan yg disambut di Msia..such as..Thn Baru Cina, Perayaan Gawai Dayak, Hari Raya, Deepavali dan juga Perayaan Krismas..(pra-Krismas). Hmmmm...kembali busy!!

Bisik2:
bila dah berkumpul bersama famili....berat hati pulak nak balik ke 'asrama'..=(

Current Running Numbers

CooL FoLLoWeR