. BitterSweetLurveLife: 2013

Who's Me??

My photo
I wrote my thoughts here and share to all of you the pain and joy of bitter-sweet life. Life is sweet,Lurve is Bitter.

Saturday, November 23, 2013

Tahu Vs Tak Tahu??

Mata masih tak nak pejam. Otak ni masih ligat berfikir dan sangat perlukan jawapan. Kadang-kala aku bagai mencipta halusinasi sendiri dalam ruang yang sepi dan menganggap sedang berkomunikasi dgn si lelaki. 

Ya..harus komunikasi agar semuanya lebih jelas nanti. Mata ke mata..hati ke hati. Biar jelas segala yang tersembunyi tentang persoalan hati dan kedudukan sebenar diri ini. 

Hampir beberapa tahun menjaga hati, mengikat diri, akhirnya dikejutkan dengan kontroversi..yang selama ini hanya hadir dalam mimpi. Namun yang sebenarnya ia bukan sekadar mimpi. Akan tetapi..petunjuk dari Ilahi dan sedikit gerak hati.

Kamu..kenapa dan mengapa harus begini? Aku ingin sekali mendalami..apa sebenarnya yang kamu cari? 

Jika masa dapat diputar kembali..ada baiknya diriku tak perlu ketahui tentang semua ini. Namun, Allah swt lebih mengetahui..dan ingin menguji sekali lagi. Apakah keputusannya kali ini? 

Bukan tak sayang..bukan juga membenci..tapi diri ini telah dikhianati..oleh seseorang yang dipercayai, maka perasaan ini bergelodak kembali..dan perlukan rasional serta ruang sendiri untuk mengubati hati. 

Andai diriku tak tahu, maka sepanjang hidup bersama kamu, adalah tragedi ngeri dalam hidup seorang permaisuri. Namun, aku yakin ada sebab mengapa semua ini terjadi. Kerana itulah kita harus komunikasi..bila tiba saatnya nanti.

Curhat ini bukan untuk membuka pekung sendiri tapi kerana ingin berkongsi rasa di hati yang masih berbelah-bagi..walau sedar diri ini sentiasa dilukai. Tak semua mampu terima bila hati dilukai..namun aku bukanlah sekejam entiti misteri. Aku sanggup hadir disisi..untuk lebih mengerti..agar aku bisa memahami dan melangkah dengan senang hati..kemudian hari..atau bila-bila saja aku harus melangkah pergi.

Jadi AKU harus kuat dan tabah hati!
Untuk terus BERDIRI SENDIRI..
Kerana MATI nanti..
Kita memang SENDIRI!


Friday, November 22, 2013

Tentang Rasa.

Bukan lagu..bukan puisi. 
Tetapi sesuatu yang sedang perit dirasai. Dalam seribu mungkin hanya satu..
Mungkin jua dua..bahkan tiga yang pernah merasai..peritnya rasa hati yang dihiris 
Lalu mati!
Mati kerana hati sudah tiada fungsi. 

Hati ini mati kerana dikhianati..
Hati ini jadi sepi kerana dia bukan dirinya lagi
Yang telah pun khianat pada hati ini
Yang mengharap dengan janji-janji
Sanggup menanti walaupun disakiti
Namun..hati ini pasti akan pergi
Bila rasa sudah tiada lagi!

Pasti pergi..
Pasti lari..
Mencari penawar merawat hati yang mati
Agar suatu hari hati ini bisa bernafas lagi
Seperti takkan ada hari-hari sepi dan sunyi
Datang muncul kembali..

Tenanglah duhai hati
Yang sakit dikhianati
Sembuhlah duhai hati
Agar kau bisa berdenyut ceria lagi..
Dan kembali berfungsi..menyintai!







Thursday, November 21, 2013

Tawar Hati...

Lama tak jenguk blog ni. Rasa rindu sangat nak meluahkan perasaan di sini. Sebelum ni..agak busy dengan urusan kerja..jadi masa yg ada agak terhad nak jenguk blog ni. Balik keje je..penat. Kemudian..terus padam. Tiap hari rutin yg sama..kalau org yg tak biasa dgn keadaan ni..mmg boooringgg.
Skrg musim cuti sekolah..so..adalah sedikit masa untuk berehat dan buat kerja dgn tenang. Tapi..nak kata tenang sangat tu..mmg tak la. Ada bnyk perkara yg terjadi..yg perlu aku selesaikan..demi kebaikan bersama. Masalah peribadi tak berapa elok nak dikongsi bersama. Aku hanya mampu berdoa agar segalanya dipermudahkan nanti.. 

Saturday, September 21, 2013

Tempat yang ingin sangat aku pergi sekarang.....

Hari ni bosan. Bila bosan, tak tahu dah nak buat apa untuk enjoykan diri sendiri. Kalau ikutkan hati..nak sangat pergi window-shopping then duduk lepak2 sambil tengok gelagat orang yang lalu-lalang. Tapi..kerana bajet yang ada pun kurang mengizinkan...maklum la, dah hujung bulan..maka..nak tak nak, duduk je la terperap di bilik. Orang bujang macam aku..takde apa sangat nak dibuat kalau hujung minggu. Lain la kalau ada kawan yang sekepala atau sebaya di kawasan sekitar, boleh jugak ajak lepak sama. Kawan-kawan yang seusia dengan aku..semua dah punya life dan keluarga sendiri. Tinggal aku je, antara yang masih bujang. Selalu juga diajukan soalan.."bila lagi ni?". Reaksi aku...dengan senyum hambar dan berkata.." seru tak sampai lagi,". 

Apapun, aku redha dengan semua ini kerana aku percaya, Allah SWT merancang yang terbaik untuk hidup aku. Maka, aku nak selitkan sedikit nasihat dan pandangan buat uols yang senasib seperti aku. SABAR.dan DOA..kerana JODOH itu adalah RAHSIA ALLAH. Buat yang beruntung dah bertemu jodoh, dan sedang menjalani saat-saat yang membahagiakan...hargailah pasangan masing-masing dan kehidupan berumahtangga kalian. *pilu pulak rasa hati ni bila berbicara tentang jodoh*

Bila rasa sedih dan pilu ni, in my mind..aku sangat-sangat nak berada di satu tempat. Dah lama rasanya tak pergi somewhere untuk vacation. Tak perlu pergi jauh sangat...sebab di tempat kelahiran ku masih banyak lagi tempat menarik yang aku belum habis explore. Dan tempat itu adalah........

::
::
::
::
::
::
::
::
::
::

~ Taken from Google images 

Nak sangat pergi Kuching! Last pergi, tinggal 2 hari lagi nak raya pada tahun 2012. Unplanned nak pegi. Pegi sana pun coz 'si tekol' nak minta teman..coz dia tak dapat lesen lagi masa tu. In case..ada road-block, boleh la aku cover untuk drive sekejap. Hahaha...jangan tak tau, 'si tekol' aku ni..adventure orangnya. Mat koboi, redah je! Weols bertolak dari Miri...selepas Subuh sekitar 5.00am , then sampai Kuching around 7-7.30pm something..tak berapa nak ingat. Elok je sampai bandar Kuching, terus weols serbu 'Dayang Salhah Cakehouse'..coz masa tu orang dah sibuk dengan persiapan raya. Aku beli untuk dibawa balik ke kampung halaman (somewhere in Miri), keesokkan hari nya. 

Lepas je memborong kek lapis, then..si tekol mengadu badan terasa sengal..so weol terus pergi cari pusat reflexology untuk body-massage. Tak ingat dah nama tempat tu tapi massaeur tu urut memang sedap.Boleh terlelap aku dibuatnya. Perkara yang jarang aku buat kalau pegi massage! Mungkin sebab letih sangat-sangat kot, Habis massage, weol terus pegi Kubah Ria untuk find something to eat for our supper, then terus balik ke rumah.

The next morning, kena bangun awal coz flight ke Miri berlepas sekitar 6.40am. Masa tu pulak hujan lebat diselang seli pulak dengan guruh. Si tekol nampak sedikit risau tengok cuaca pagi tu...so sampai je airport dia terus tukar tiket ke sebelah petang pulak. Hehe...dalam hati, seronokk! Boleh sambung tido sekejap coz mata masih mengantok. Then, petang tu dah berlepas balik ke Miri and safely landed. 

Begitulah, serba sedikit flashback moment bersama si tekol tercinta. Journey yang agak memenatkan tapi sangat bermakna.. Seronok untuk dikenang bila kita ada moment-moment terindah bersama yang tersayangkan? 

In shaa Allah, ada rezeki nak pergi Kuching...bestfriend dan bekas rakan sekerja semuanya berada di Kuching sekarang. Nanti boleh la hangout together dengan dorang semua..dan makan laksa sarawak, sepuas-puasnya. Serious cakap, banyak makanan sedap-sedap boleh didapati di Kuching berbanding dengan tempat aku berada sekarang. Bukan nak membanding atau tak bersyukur, tapi sometimes...we get bored because lack of variety..kan?

Till i blog soon....thanks for reading!


Review: Boya Skin Mask

Hari ini takde plan nak pegi mana-mana pun, walaupun sekarang ni sedang berlangsung event MENARIK DI SINI..tapi me and my hommie memilih nak stay dan berehat je kat umah. Walaupun tempat event tu berlangsung hanya mengambil masa setengah jam perjalanan..tapi bila sampai di sana nanti, jenuh pulak nak cari parking. So..malaslah! 

Hari ni nak buat product review pulak. Sebenarnya dah lama nak buat review ni tapi memandangkan masa yang ada tidak mengizinkan diriku untuk berada lama di depan lappy, maka terpaksa la diriku 'postpone' niat utk update. 



Review ni berkaitan dengan sejenis produk dari Korea yang diformulasikan di Jepun. Rasanya ramai yang tahu tentang produk yang dikenali dengan nama "Sleeping Mask" ni. Mask ni, bukan seperti peel-off mask yang biasa kita gunakan tu, tapi mask ni kita apply sebelum tido..selepas membersihkan badan/mandi. 

Usually, aku apply skin mask ni everytime nak tido je. Caranya, picit mask tu ke tapak tangan..then gosok je la macam uols sapu lotion. Boleh juga disapu ke muka asalkan jangan terkena mata. Mengandungi Boya Glutathione yang meresap terus ke dlm kulit uols. Jika diamalkan dengan berDISIPLIN, maka hasilnya kulit uols akan jadi cerah dan kembali remaja dalam masa 7 hari. Aku dah apply lebih dari 7 hari, so far tak nampak sangat perubahan sebab aku selalu je skip. Kalau ingat, sapu.. tak ingat..ahh, malaslah! Hahaha...



Selain drp mencerahkan dan meremajakan kulit, skin mask ni buat kulit kita rasa fresh and it smells nice. Which is, takde la bau yang boleh meloyakan or memeningkan kepala. Just nice.. So, bila bangun esok hari nya baru la dibersihkan kulit uols ye. Tak susah pun, just mandi macam biasa..then uols rasai la perbezaannya. Kulit terasa halus-mulus dan anjal. Cerah?? Nope...ini bukan produk ajaib yang boleh mencerahkan kulit SEKELIP MATA. Nak CERAH, kena berDISIPLIN guna selama 7 hari ye.. Aku ni kurang berdisiplin, maka hasil untuk pencerahan tu tak nampak sangat..tapi kulit memang terasa smooth dan anjal. 



So, kepada uols yang nak kulit cantik, bersih bersinar macam artis Korea..try la this produk. Saya tak jual..saya just review je. Hahaha... *kalau aku ada modal, memang aku jual..*

Ok, till I blog soon... Thanks for reading...


Wednesday, September 18, 2013

Minggu Busy Datang Lagi.. Beginilah Rutinnya!


Baru je semangat nak update blog, tak lama lepas tu..lambakan kerja pun kembali menunggu. Agak stress juga kalau terlampau banyak sangat kerja ni. Bukannya apa, kadang-kadang tak tahu nak mula dari mana dulu. Tambahan pula, kalau serba-serbi nya 'rushing'. 

Baru-baru ni, aku agak sibuk dengan persiapan ujian percubaan PMR2. Kena gubal soalan, sediakan skema jawapan, pastikan kertas ujian dicetak secukupnya, kena staplerkan kertas soalan sebanyak 200 set (Paper 1) dan 200 set (Paper 2), catatkan siapakah gerangan pengedar dan penyemak kertas soalan pada hari kejadian dan agihkan set soalan pada hari kejadian. Selesai tugas sebagai penggubal kertas soalan.

Next day, kena rush semak kertas jawapan pulak, Objektif paper (MCQ) sekejap je nak semak, sebab murid gunakan kertas OMR..tapi bila sampai masa nak semak kertas subjektif iaitu esei... kepala dah start weng..wenggg..henggg!! Adoii!! Aku sebenarnya agak kurang gemar nak semak esei...sebab prosesnya makan masa yang agak lama coz aku tak boleh nak semak essay paper direct sampai licin.. Neverrr!

Biasanya, essay paper..aku hanya boleh go sampai 3-4 set sahaja. Then, harussss...3R (Refresh, Relax, Rest). Reasonnya...nak kurangkan sakit kepala dan rasa nak koyak kertas jawapan! Semak esei ni sometimes boleh mengundang rasa geram tau! Kalau uols ada family member yg jadi warga pendidik yang mengajar sekolah menengah, maka pastinya uols arif dengan situasi ini. Budak-budak sekarang, bukan macam budak zaman 80an, 90an dulu.. Jauh sangat bezanya! Nak kata pandai sangat..tak jugak. Nak kata.. kurang pandai..pun tak semestinya. Average..kot!

After habis semak semua paper, kena kira markah pulak. Then, bagi markah pada guru kelas untuk di key-in kan dalam sistem analisis peperiksaan untuk sekolah dan juga sistem online. Untuk pengetahuan uols, selain mengajar..aku juga seorang guru kelas. Sekarang ni..semua benda dah kena online..markah murid online..kehadiran murid online..kehadiran staff online..dan macam-macam lagilah yang akan di'online'kan nanti.. Tapi, sebenarnya masalah jugak online ni..especially bila masa line internet bermasalah, maka satu kerja online pun takkan dapat nak buat. Itulah...transformasi pendidikan. Lain dulu, lain sekarang. Dulu, guru lebih rapat dengan pelajar... Sekarang, guru dirapatkan dengan kerja-kerja pengkeranian. Opss...terlebih sudah! Terrrmerapu la pulak.. Maafkan saya. 

Selesai proses key-in markah, kena siapkan pulak buku rekod kemajuan murid dan dihantar kepada pengetua untuk ditandatangan. Hmmm...macam tulah lebih-kurang rutin bila tiba je minggu peperiksaan. Tahun ni, adalah tahun terakhir peperiksaan PMR (Penilaian Menengah Rendah) diadakan.. Tahun depan akan dinilai berdasarkan PBS (Penilian Berasaskan Sekolah) pula. Yang ini pun...agak memeningkan kepala jugak. Tapi..apa boleh buat, kami warga pendidik hanyalah pelaksana dasar yang melaksanakan dasar yang digubal oleh penggubal dasar. Maka...redha dan laksanakan dengan sebaiknya. 

Agak panjang lebar juga coretan kali ini ye... Hahaha!! Apapun, ini sekadar tulisan di saat diri terasa agak tertekan dengan bebanan kerja. Semua orang yang bekerja merasai tekanan...cuma tahapnya berbeza. Ini serba-sedikit gambaran tugas aku sebagai seorang pendidik...kalau nak cerita secara details..sampai bila-bila pun tak habis. Ok..baiii!!


~ Till I blog soon, thanks for reading..~


Saturday, August 31, 2013

Indahnya hari Sabtu!!

Hai.. Selamat Hari Merdeka dan selamat berhujung minggu buat semua. Hari Sabtu, kalau takde plan apa-apa.. lebih baik stay je kat umah, menghabiskan masa bersama keluarga tersayang memang sangat bermakna. Berlainan pula dengan aku yang hidup single di tempat orang, biasanya hujung mingguku dihabiskan dengan aktivit aktiviti membuta dan menyiapkan tugasan yang perlu dikemaskini. Macam tu je, rutin hujung minggu..agak bosankan? Jarang sangat nak keluar...sebab malas dan penat..unless kalau ada hal yang tidak dapat dielakkan. 

Hari ni, aku dan housemate...plan nak pegi open-house. Open-house special..puan-puan isteri yang organize utk rakan-rakan sekerja. Puan-puan isteri ni, semuanya dah berkahwin...tapi terpaksa berjauhan dengan si suami kerana tuntutan tugas. Apa nak buat...itulah pengorbanan namanya!

Sementara menunggu masa nak mandi dan bersiap-siap, aku merajinkan diri buat self-facial dulu, coz kulit muka ni dah terasa kasar dan menggerutu kerna ada benda asing yang mulai timbul di permukaannya. Kalau pegi spa, biasanya orang akan buat 'threadding'..tapi aku tak berapa nak gemar berbuat demikian. Maka, aku just tempek je 'black mask' di muka sampai kering. Bila dah kering...tarik je dengan rakus, kemudian tengok kat mask tu...mesti banyak hasil tangkapan yang berjaya ditangkap termasuk la bulu-bulu halus di muka anda. 

Aku buat ni dua minggu sekali je. Itu pun kalau ada mood. Kalau tak, sebulan sekali pun belum pasti. Mask yg aku guna..mask biasa je. Google pun boleh cari dengan sepantas kilat kalau uols 'web search'. 



Sila abaikan wajahku yang agak 'mengerikan' itu. Hahaha...aku tempek nipis je mask tu, tak nak tempek tebal-tebal coz nanti bila dah kering and uols nak tarik..payah! Semahunya menggunakan banyak kudrat untuk menahan kesakitan..rasa macam buat 'waxing' pun ada. Tapi...seriously, aku tak pernah buat 'waxing' okayyy. Tak kuasa....tengok je dah seriau dan cuak! Betulkan kata orang... beauty is pain!

Till I blog soon peeps...have a nice weekend. Thanks for reading... 


Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke - 56! Hargailah kemerdekaan, keamanan dan kemakmuran bersama.

Friday, August 30, 2013

Teringin...tapi hati masih berbelah-bagi!


Haii...yeayyy. Cepatnya masa berlalu. Tak sangka pulak, hari ni dah hari Jumaat.. Yang best hari Jumaat ni, boleh balik kerja awal..(kalau takde apa-apa aktiviti). Lepas tu...sambong tido di siang hari.. Pagi tadi, memandangkan hujan..rasa tak nak bangun pulak dari katil..tetapi kena paksa dan gagahkan jugak diri untuk bangun sebab kena gerak awal ke tempat kerja coz dah sampai giliran kumpulan aku yang bertugas. 

Nasib baik, petang tadi takde apa-apa aktiviti so aku and my hommies pakat la balik awal. Sampai je kat umah, lepas mandi..terus masok ke bilik masing-masing dan sambong tido. Bahagiaaa rasanya!! Nak-nak pulak hujan, memang layannn habiss la. Tapi, bukan setiap hari Jumaat boleh buat aktiviti rehat macam ni tau.

Kali ni nak share dan story sikit pasal online shopping. Kaum hawa memang sukakan topik begini kan? Yelah, shopping online ni..mudah. Uols tak payah nak penat2 drive..cari parking bagaii, survey dari satu kedai ke satu kedai hingga penat..kan? Apa yang diperlukan..hanyalah lappy dan line internet je. Lepas tu..pastikan dalam akaun ada cukup bajet. Tak cukup bajet...cuci mata dan buat wishlist je la..kan?

Aku ni memang kalau rasa malass nak keluar, maka aku prefer online shopping je. At least, tak banyak sangat benda yang aku rembat. Maklum la, kadang-kadang..dah plan & siap tulis barang yg nak dibeli bagai..tapi sedikit-sebanyak mesti ada jugak barangan lain yang akan dirembat kemudian. So...bajet pun lari. 

Ada satu online website utk shoppers yang famous ni yang aku tengah usha-usha jugak..tapi bila baca review, ramai jugak yang tak puas hati. Ntah betol atau tak...tak tahu pula kebenarannya. So, aku nak tau dan minta pandangan la uols yang pernah shopping online DI SINI pengalaman uols macam mana?? Ada beberapa stuffs yang menarik perhatian aku di situ, but at the moment, aku just letak dalam wishlist je. Nanti, kalau everything dah clear, baru boleh proceed checkout. So, uols yang gemar online shopping, jom share pengalaman uols atau suggest mana-mana website yang memang servis terbaekkkk punya!!

Monday, August 26, 2013

Insomnia...

Lately...sangat susah la rasanya nak melelapkan mata ni. Walau badan penat sekalipun..otak ni masih ligat lagi berfikir. Memang..sekarang ni terlalu banyak perkara yang difikirkan..tentang kerja..tentang hidup..tentang diri sendiri..tentang keluarga..macam-macam lagi lah!

Sepatutnya kalau nak sihat dan kembali cergas..kita mestilah spare tido dan rehat yang mencukupi..at least 6-8hours.. Tapi, kalau insomnia melanda..maka kurang la masa tido tu.. Sudahnya, esok hari tersengguk-senguk..menongkat dagu..

Ohhh mata....tidor lah!! 

Sunday, August 25, 2013

A Life Companion Story..



Malam-malam kalau tak dapat nak tido tu ataupun nak melayan mata sampai tertido selalunya aku memang akan layan Youtube. Tengok short movie, tutorial, news, gosip, parody, lawak..macam-macam lagi lah! 

Recently, ternampak iklan Samsung di kaca tv tentang short movie ni..so apa lagi, aku pun search dalam youtube. Setiap episod dah tengok and sekarang tengah tunggu final episod nya pulak yang akan ditayangkan penghujung Ogos ni. Uols dah tengok?? Kalau nak tahu apa kesudahannya....jom layan Youtube. 


Lemau rasanya...

Esok adalah hari yang 'lemau'.. Semestinya uols tahu apa yang dimaksudkan dengan perkataan 'lemau'. Kalau ada yang tak tahu, NAH KAMUS..KLIK SITU!

Rata-rata ramai yang berhadapan dengan situasi 'Isnin Biru'. Bila hari Isnin je..of course..rasa lembik, longlai, lemah dan demotivated. Semuanya berpunca daripada persekitaran tempat kita bekerja. Betul tak? Macam aku, dah hampir 7 tahun berkhidmat di tempat yang sama, dengan sesetengah orang yang masih sama di samping orang-orang baru, dan sistem yang sama...memanggg membosankan!! 

Kadang-kadang terfikir jugak, kalau la ada orang yang nak switch kerja nya dengan aku..memang aku sanggup. At least, masing-masing dapat merasa cabaran dan beban tugas masing-masing..kan? Apapun, sebagai hamba Allah, kita kena sentiasa beringat bahawa kerja itu satu ibadah. Maka, haruslah sentiasa membetulkan niat dan ikhlaskan hati untuk berbakti kepada masyarakat. 

So....selamat menanti kedatangan 'Isnin Biru' dan mulakan hari 'Isnin Biru' dengan bersemangat! Dan warna yang baru!! 

I'll blog soon...take care! Thanks for reading...


Saturday, August 24, 2013

Impressed!

\(^^)/ weeeheee!!

Tak sangka betul la..walaupun daku agak lama menyepi dr blogging, ada unexpected things pula yg terjadi. Tak sangka tau!! *sounds excited*

Semestinya uols nak tahu apa benda yang buat aku tetiba eksaited ni.. Weeeheee! Well...takde apa pun sgt, just that..tadi aku tergerak hati nak check Nuffnang account..and guess what??


Agak sgt teruja perasaan daku bila mataku terpaku pada amaun yg terpampang di skrin. Ada peningkatan di situ nampaknyaa...woww!!

Before this, there's only a few cents. Then a miracle happens. Nuffnang meningkat kpd ringgit.*Alhamdulillah...rezeki.* Terima kasih, Nuffnang. Terima kasih readers & visitors kerana sudi singgah disini.

Walaupun hanya sekadar ringgit..tapi aku tetap bersyukur. Manalah tahu..lepas ni boleh bercambah dan beranak-pinak menjadi puluhan..ratusan..ribuan ringgit. Boleh la digunakan untuk membayar extra hutang-piutang..kan?


Maka, harussss la daku rajin-rajin update dan buat research untuk generate income Nuffnang lepas ni. Sapa kata blogging ni buang masa? Kalau betul caranya..boleh senyum sampai ke telinga uols!

Till I blog soon, take care luvly readers and visitors. Thanks for reading...


Friday, August 23, 2013

BLOGGER apps!

Hi there uols! Since daku sudah pun installed Blogger di gadgetku..terasa semangat pula daku ini mengupdate.. Yelah, nak explore dan.. get use to this apps. So far, tak berapa nak 'passed' sangat sebab masih lagi terkial-kial menaip di screen coz gadgetku ini hanya gadget yg sedang-sedang saja..*kalau menaip di tablet tu..mungkin cepat sikit coz screen nya agak besar dan luas..hehe*

Yang bestnya bila dah install apps ni dlm ur gadget...anytime..anywhere uols bleh update blog uols. Tak payah nak tunggu bukak lappy..on..bagaii! Tapi..yg tak berapa nak bestnya...setakat ni aku tak tahu lagi cara nak alignkan paragraphs di blog aku ni haa.. Kalau di lappy, cari je icon garisan yg byk2 tu..then ur paragraphs pun aligned dgn kemasnya. So..readers..jangan la heran ye kalau nengok aku punya paragraphs ni..bagai ulala yg tgh pening pulak..jadinya! * masih dlm proses belajar guna apps ni*

Ada tak antara uols yang dah expert dgn apps ni? Jom bagi opinions & tips skit....

Salam Syawal!!

Assalamualaikum... Wahh! Lama sudah daku tidak menjenguk blogku ini.. * kesian kau wahai belog*. Aku kini tidak serancak ketika mula-mula blog ini dibuat. But, it doesn't mean yang diriku akan terus menyepi buat selama-lamanya. Kekangan masa..sometimes, membataskan niatku utk blogging. Kadang-kadang...MALAS pun ada. MALAS bcoz of idea tetiba hilang saat aku sudah pun berada di depan lappy! *bolehh gitu??*

Anyway...masih belum terlewat lagi utk wish uols the bloggers & readers " SALAM SYAWAL..SALAM AIDILFITRI".. *amacam raya uols?  Mst ada yg dpt angpau & juga 'kena pau'  kann??*  Hahahaha... Takpe..setahun sekali maaa...

Okay uols..idea dah start nk freezing ni..so i'll be signing off now. Hopefully...i will able to blog soon. No promise... It's not nice to keep a promise if you can make it...right??  Take care!!

Friday, June 14, 2013

Sedih!

Dah bersawang blog ni.. Takde masa nak update. Bila dah ada masa, idea pulak berserabut! Tak tahu nak mula dari mana. Duduk termenung, mengadap laptop cari-cari idea...buat ayat.. Bila ayat pun tak kunjung tiba, sudahnya...terus off lappy dan tido! Begitulah ceritanya...

Ingin nak berblogging seperti waktu mula-mula blog ni 'dilahirkan'.. Semangat berblogging pun bagai api yang membara, walaupun sibuk dengan tugasan hakiki..yang al-maklum akan sentiasa kunjung tiba dan harus dilaksanakan tak kira masa dan ketika...tapi tetap aku masih gagah menaip beberapa entri untuk tatapan semua.

Tapi kini...semuanya dah berubah. Blog semakin sunyi dan sepi..tapi hidup aku, tidak pernah sepi dengan pelbagai dugaan dan konflik. Makanya, semakin serabut! Ingin diluahkan..ianya terlalu peribadi. Hanya berserah dan tawakal pada ketentuan ilahi. Semoga semua ini akan dapat diatasi.. Goodbye for now.. 

Friday, May 10, 2013

I'm busy! Soooo busyyyyy......


Well...actually i'm single..but not available. I'm taken...but recently has been ignored. Therefore, to make myself happy and forget all the obstacles which 'Now Trending' in my life path...better think and find ways to satisfied myself! Thank you very much....enough said. 

** semakin banyak dugaan, maka semakin dekatlah kita padaNya.... In Shaa Allah....**


Tokkk...tokkkk!!

Assalamualaikum.. Kembali menjenguk seketika.. Tak tahulah kenapa, mood berblogging dan blogwalking aku kini sudah tidak serancak dulu. Kekangan masa...ermmm, mungkin juga. Tapi, itu bukan alasan yg boleh diterima pakai oleh sesetengah org..betul tak? Sibuk bekerja?? Erm, org lain pun bekerja juga...tapi tetap punya masa utk berblogging at least, satu entri...utk satu hari.. Kehilangan idea? Hmmm...anehh, rasanya banyak cerita yg ingin dikongsi bersama...namun segalanya agak peribadi dan mungkin mengaibkan org... tak baik jugak kl mcm tu..ye tak? Apapun, yg pasti & dpt aku simpulkan ialah, aku bukan seorang penulis tegar. Mood utk berkarya itu sentiasa ada...cuma telah ' ke laut' utk beberapa ketika.. Dan,  ketika ini tiba-tiba saja aku kehilangan idea utk meneruskan bicara....so.... to be continue! 




** suka part...."tidakkah kau tahu..hidup punya waktu..kasih tersia..bukan itu ku mahu!**

Wednesday, May 01, 2013

Happy Labour Day!

Assalamualaikum! Dah hampir petang yg indah buat uols yg mengambil masa dan peluang utk berehat pada hari cuti umum begini..kan? belum terlambat lagi nak wish "Selamat Hari Pekerja" buat anda sekalian yg bekerja keras selama ini. Sekadar entri ringkas utk update blog yg semakin diabaikan ni.. Kesiann dia dan juga tuan dia.. Tahun ni, nampaknya tahun yg penuh dgn dugaan. Lain kali, sambung cerita ye! 


** hari ini hari yg sesuai utk bermalas-malasan tapi bukan utk aku! Apapun enjoy the song....


Thursday, March 28, 2013

Rindu ini blog!

Assalamualaikum..

Agak lama ye diriku ini menyepi..kalau nak di bandingkan dengan tahun lepas, diri ini rajin juga buat entri.. Hampir every month ada update..ye tak? Sekarang ni..nak blogging dan blogwalking pun..punyaaa la payah! Bukannya payah kerana takde line internet..tapi 'kepayahan' kerana kekangan masa..sentiasa sibuk dgn tugasan semasa..dan juga kerjaya. Inilah hidup...semakin kita dewasa..semakin banyak yang perlu di uruskan. Bukan senang....menjadi dewasa.. Ahh..mula la nak melalut tak pasal-pasal.

Susah jugak nak memerah idea ye...bila mood rajin nak update entri, tetiba je boleh stuck. Tak tahu pulak nak cerita apa. Ok, till then..have a nice day uols!  


Saturday, March 02, 2013

Dearest My 'Mr March~3003'


Life gives you a lot of chances to screw up yet it also means you have just as many chances to get it right...
~ Missing you a lot...only God knows how hurt i was~


Friday, February 08, 2013

Last Resort....


Currently Broken....

Assalamualaikum... lamanya tak blogging.. Singgah sekejap nak mencoret petikan kata-kata indah ni :

" Belajarlah menjadi insan yang REDHA, dalam mengharungi ujian yang TIBA, cuba menjadi BAHAGIA, walau kadang-kadang DUKA, kerana kita tahu ada cintaNYA, bersama ujian yang sedang kita RASA..."


* mode : emotionally unstable...just found out something bout love.life.everything.

Current Running Numbers

CooL FoLLoWeR