. BitterSweetLurveLife: August 2011

Who's Me??

My photo
I wrote my thoughts here and share to all of you the pain and joy of bitter-sweet life. Life is sweet,Lurve is Bitter.

Tuesday, August 30, 2011

Salam Syawal ; Selamat Hari Raya Semuaa!!


Assalamualaikum my readers..dah beberapa hari tak update storykan..last updated pun dgn story yg agak moody dan stress memanjang.. Alhamdulillah, now rasa stressfull tu dah berkurangan..coz tgh cuti skolah katakan..rasa ringan sikit beban di kepala buat masa ni. Aku tau..aku agak lewat nak buat raya wishes, tapi it doesn't matter la coz semua org sdg happy dan msh dlm mood berhari raya.. Semoga uols gembira bersama keluarga tersayang dihari raya ini!

Bisik2:
msh tidak konsisten utk blog update...coz busy + raya mode.. (^^,)

Thursday, August 25, 2011

STRESSFUL!


No words can describe how much stressful I am right now.... No mood to think for raya! I just want to have a peaceful holiday....

Bisik2:
sorry guys...juz a short entry!

Monday, August 22, 2011

Sengal tak habis2..geramm ahh!



Not mine! Google jer.. (jgn buat pasal boleh tak?)
Aku benci betol lah!! Geram sgt! Kalau ada tukul kat tangan aku sekarang maunya pecah berkecai engkau aku kerjakan.. Masa aku sibuk dgn tugasan yg memerlukan engkau, masa tu pulak engkau buat hal.. Slowwwwwww nak mampusss! Haishhh...tension benor aku.. Sejak wujudnya sistem key in markah secara online ni, susah betol aku nak consentrate pada tugas hakiki....iaitu teaching and learning. Tak key in kangg kena sound pulak, then KPI pun tercalar. Macam2 je skrg...sistem dulu2 walaupun tak semaju sekarang takdelah sampai nak menyusahkan dan membebankan tugas hakiki seorg guru.. Kesian kat budak2 aku. Betol lah...people only wants to see good results, but never know how painful to achieve it! Gerammmm! 
Bisik2:
macam2 je dugaan dan kerenah di bulan puasa ni..adoyaii!

Saturday, August 20, 2011

Kacau-bilau..!

sekadar hiasan ; Google Pic
Assalamualaikum Uolsss...aduhaiii.baru berkesempatan utk menaip entri. Maaflah kerna aku terlambat menghapdetkan belog kesayanganku ni. Masa yg aku ada seakan2 semakin hari semakin tak mencukupi pulak dek bebanan tugas2 yg semakin hari..entah bagaii apa-apa entahh. Memeningkan kepala..menyakitkan hati..menyesakkan dada..dan akhirnya, aku tewas! Tewas..hingga tidak punya waktu utk menghapdetkan entri utk belogku dan readers ku. Sorryyy..uols! Apapun..terima kasih kerna masih ada diantara kalian yg sudi singgah dan mengomen entri2 ku yg terdahulu. Lurve uols!!

Bisik2:
don't push yourself...pelan-pelan sajalah..

Thursday, August 18, 2011

Stress....Lazy....Moody...




Bisik2:
tak sabar nak cuti....nak rehatkan minda dan jiwa! Arghhh...

Thursday, August 11, 2011

Juadah yg aku teringinnn sgt nak buat...tapi tak TERbuattt..

Cendol! Dulu2 slalu tlg mak kat dapur dan belajar buat menu cendol sendiri..mak kata lagi jimat kalau buat sendiri. Bleh makan ramai2 dan makan byk2 kali kalau masih tak puas.. Betol ckp makk..


Kuih ketayap..or Kuih Lenggang, for Sarawakian lah. Kenapa digelar sbg 'kuih lenggang'? Coz masa buat kuih tu uols kena lenggangkan kuali juz like uols buat senaman pinggang tu..Hahaha..Maybelah kot. Dulu2, suka tlg mak buat kuih ni. Bukan saja di bulan posa, tapi bulan tak posa pun buat utk juadah minum petang..intinya mstlah kelapa parut yg dicampur dgn gula merah..Now? Dah kurengg, aktiviti melenggang kuali coz anak mak yg sorg ni, jarang2 balik kpg. Busy dgn keje.

Bisik2:
stay single ni semuanya simple..kl stay dgn family, meriahhnya hidangan..(T_T)

Segmen Ramadhan Jejaka Terhangat: Makanan Buka Puasa Kegemaranku


Assalamualaikum uolss.. Dah masuk hari ke 11 kita berpuasa.. Wahh,cepatnya masa berlalukan. Rasa mcm baru semalam je pengumuman puasa dibuat..tup..tupp, tgal 19 hari je lagi Ramadhan akan berlalu. Tetiba rasa sayu pulak..semoga kita semua akan berpeluang utk bertemu Ramadhan yg akan dtg..aminn. Pagi ni nak join segmen Ramadhan tentang makanan kegemaran bila tiba waktu berbuka. Erm..very the easy. Kalau cerita bab makanan mmg takkan habiss. Kalau boleh semuanya nak makan especially bila tibanya Ramadhan. Maklum la,bila dah seharian menahan diri dari lapar dan dahaga..pasti ada je menu special yg teringin sgt nk mkn utk berbuka. Nak tgok, makanan kegemaran aku waktu berbuka? Meh la intaii...

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday


Bisik2:
'Aku panas'

Argghhhh...nafsuu..nafsuuuu!


Apalah yg dok diriuhkan sesgt ni??.. Nafsuu? Ya..aku bernafsu! Tettttt...jgn fikir bukan2 ya. Tak baik tau bulan puasa ni bersangka yg tak baik. Actually, aku kebisingan psl nafsu nak memborong shawls. Aku minat gak pakai shawls tapi so far masa keje ni, aku belum bersedia lagi nak memakai shawls. Biasanya...bila weekend or keluar jenjalan, aku gemar pakai shawls. Cozz....it's very easy and simple to wear. Skrg ni,aku dok gagah mengumpul dan memborong shawl, coz aku plan nak tukar imej. Ceaaaa...tukar imej tuuuu. Sesekali nak juga melaram, kan ladies? Aku suka tgok dan beli shawls kat satu blogshop ni. So far dah masuk 3 kali jd return customer...and perhaps, akan jd regular customer blogshop ni....


Tuesday, August 09, 2011

Make Up; How and Where To Apply Blush

Aku mmg suka make up. Tapi takdelah fanatik sgt, sampai nak buat tutorial make up bagai. Aku juga suka tgok ladies yg cantik, comel, ayu dan sopan. Bagi aku...semua wanita di dunia ni, masing2 mempunyai kecantikan yg tersendiri. Kalau luaran kurang cantik, inner beauty pasti menyerlah. Somehow, ada jugak yg cantik diluar tp inner beauty, hampehh. Hati busuk! Apapun, jika kamu si gadis2 ingin kelihatan lebih cantik..makanya haruslah diseimbangkan dari segala segi. Baik dr segi perangai, tingkah-laku, adab sopan...semuanya mau jaga babes! Okeh, enuff of membebel. Tadi masa dok google resepi2 yg agak2 aku bleh try utk buat masa senggang dibulan puasa ni, aku turut menggodek cara2 utk sapu blusher yg betul, mengikut bentuk muka masing2. Tapi ini bukan tutorial ya dear..juz a few tips for us to share. Hopefully, pasni if uols nak sapu blusher uols taulah tmpt mana nak bubuh kan?...



Alhamdulillah...dpt bonus setengah bulan gaji!

 
Alhamdulillahhhhhhhhhh....terjawab sudah kegusaranku. Semalam bila dgr khabar berita gembira ini mau rsnya melompat2 keriangan. Terima kasih byk2 pd kerajaan kerana tlah meringankan beban penjawat2 awam. At least dgn pemberian bonus pd hari raya ni dptlah serba sedikit membeli keperluan yg diperlukan utk menyambut hari raya yg bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Tinggal 21 hari je lagi....yeayy! Seronok..mmg seronok tp aku ni tak tau lagi nak buat or beli kuih raya apa lagi thn ni.. Pening gak memikirkannya. Sekarang ni dok sibuk mencari dan menggooglekan resepi biskut2 raya yg mudah, simple dan yg penting sedap. Uols mcm mana?? Dah plan nak buat or beli kuih raya apa agaknya thn ni??

Bisik2:
tak sabarrrr nak cuti...nak tlg mak buat kuih raya..kesian mak.

Monday, August 08, 2011

Ramadhan yg sederhana...

Assalamualaikum. Diam tak diam dah masuk hari ke-7 umat Islam sedunia mengerjakan ibadah puasa kan uols? Wahh...jadi maksudnya tinggal 23 hari lagi Syawal akan menjelang.. Dah seminggu berpuasa, baru semalam aku berkesempatan menerjah bazaar ramadhan berdekatan dgn Miri Indoor Stadium. Macam2 ada ye uols! Al-maklumlah, bulan puasa ni selera kita memang ada je nak makan itu ini.. Kekadang, menu yg jarang2 kita makan pun kita bleh makan dan cari. As for me..utk berbuka posa semalam aku juz beli Mee Kolok Goreng dan air sirap je. Ntah kenapa..tetiba aku kehilangan idea dan rasa utk mengenalpasti juadah yg dpt memikat tekakku ptg kelmarin.

Mee kolok goreng..ala2 yg aku beli di bazaar ramadhan semalam!
Bisik2:
hilang selera makan di bulan posa ni..mungkin rasa tak best coz berbuka puasa sendirian..

Friday, August 05, 2011

SAPS : Buat Aku dan guru2 seM'sia peninggg!!

.....Aku sangattt penatt...
Hadoiiiii!! Pening-sepeningnyaa. Proses key in markah ONLINE ni sgtlah mencabar kesabaran aku especially di bulan posa ni. Sesangat la problem nak loading page! Bila dah key in...kena pulak tunggu markah yg di key in tu berjaya di key in kan.. Pastu kena klik pulak nama student yg seterusnya dan tunggu kotak markah keluar! Kalau tak keluar..kena klik sekali lagi nama student tu. Server pun pening wehh! Ragam bila semua guru se'Msia berlumba2 nak login ke website utk key in markah pelajar masing2.

Bisik2:
penattt..asal habis exam je..penatt berganda2..tambah pulak wujudnya SAPS yg baru je diperkenalkan ni..hadoiii, bertambah la proses key in markah. 
~Berkhidmat Utk Negara~

Tazkirah Ramadhan - Roh di bulan puasa

Pic from Google

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Thursday, August 04, 2011

Bila exam dah tamat...racing & rushing key in markah pulak !

*ehsan Google*
Assalamualaikum and salam ramadhan to uols..my sweet and loyal readers. Dah a few days aku tak jengok blog ni. Quite busy maa.. Maklum la, monthly and trial exam dah pun habiss..so now aku agak busy menyemak dan menggredkan paper bebudak yg aku ajar. Bila dah siap marking paper ni, biasanya weols akan distribute the marks to Form Teacher..coz dorg yg akan key in markah for their class. Aku adalah di antara teacher yg bertuah coz selain drp menjadi guru subjek, aku juga seorang guru kelas. Anak2 aku..which is my class laa...semuanya ada 34 org. Whoaaa..takes time jugak if nak key in - key in bagaii ni. Nak2 pulak kl kena dgn cikgu yg lambat nak distribute markah dan lambat semak exam paper. Jenuh gak menunggu. Hopefully this time,everything goin' smoothly.

Monday, August 01, 2011

Selamat Menjalani Ibadah Puasa kpd Muslimin sekalian..

Alhamdulillah...bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih berpeluang utk menjalani ibadah puasa Ramadhan 1432H bersamaan tahun 2011 Masihi..(pergh...mantappnya ayat..skema pulak). (^_^) So, kpd readers yg beragama Islam.. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa, sempena bulan yg mulia ini..perbanyakkanlah amalan yg baik agar ibadah puasa kita diberkati dan mendapat ganjaran yg setimpal drp Allah SWT. Sesungguhnya, bulan Ramadhan adalah bulan yg sangat istimewa dan sentiasa dinanti ketibaannya. Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan..

 Bisik2:
Semoga dpt menjalankan ibadah puasa dgn sempurna pd tahun ini..

Current Running Numbers

CooL FoLLoWeR